BAB 5

Drama Completed 3168

“Eh! Abang dah balik?” Satu suara yang lunak menegur dari arah pintu. Anak-anaknya masuk dan duduk di sebelahnya. Yang bongsu terus menerpa bakul mainan di ruang tamu itu.

Ameerul kusyuk menonton. Tidak menjawap dan langsung tidak menoleh ke arah isterinya.

“Memang patut pun…” kata Ameera sambil melabuhkan punggungnya ke sofa berhadapan dengan Ameerul.

“Apa yang patut?” Ameerul tiba-tiba terpanggil untuk menyoal.

“Hukum satu isteri = satu suami itulah.”

“Kenapa pula?”

“Yalah, kalau tak dihalang lelaki memang tak pernah cukup dengan satu isteri. Miang lelaki semakin lama semakin tinggi. Yang teraniaya nanti adalah kaum wanita. Lelaki sedap-sedap enjoy, wanita juga yang makan hati berulam jantung.”

“Tapi, lelaki ada hak dan alasan sendiri untuk melakukannya. Mereka tidak melakukannya tanpa sebab. Sepatutnya….”

“Sebab nafsulah apa lagi…” Ameera memotong sebelum sempat Ameerul menghabiskan hujahnya. Serentak itu dia bangun dan berjalan ke dapur. Ameerul mengeluh.

Wanita memang sensitif dan alah dengan perkataan poligami. Jadi mungkin formula baru ini adalah ubat untuk menyembuhkan trauma terhadap penyakit itu.

Namun dalam hati nubari Ameerul sudah mula terfikir, haruskah lelaki sahaja yang disalahkan dalam soal poligami? Kenapa persatuan yang mengeluarkan formula baru tidak mahu menyelongkar dan mengkaji sebab musababnya? Apakah salah seorang suami berkahwin lain jika rumah tangganya bermasalah?

Ameerul menilik ke dalam dirinya. Mungkin ini juga salah satu sebab yang logik kenapa fatwa itu tidak boleh dianut isteri. Mungkin ini satu penyebab kenapa suami terdorong membilang isteri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience