BAB 2

Drama Completed 3168

Jika dia ada di rumah, menonton TV atau tidur lebih menjadi pilihannya. Tidak romantis dan tidak mesra kasih.

“Dia tu isteri kau Ameerul, kenalah kau nasihati dia jika dia buat silap. Bukannya membiarkan kesilapan itu berterusan,” kata ayahnya ketika dia mengadu tentang perangai Ameera.

“Dah banyak kali saya nasihatkan dia ayah. Bukannya dia bertambah baik, malah bertambah teruk. Kononnya dia berkahwin dengan saya bukan untuk menjadi babu dalam rumah tangga. Nanti kalau saya nasihatkan banyak sangat, dia akan merajuk dan membawa anak-anak ke rumah ibu bapanya. Berminggu-minggu pun dia sanggup ayah. Sebab itu saya jadi dah malas nak cakap lagi. Dia tu jenis yang tidak boleh ditegur dan dibentuk. Ibarat buluh yang sudah keras dan boleh patah jika dilentur.”

“Tapi, sampai bila kau nak biarkan keadaan macam tu. ”

“Entahlah ayah, terserahlah pada keadaan dan takdir yang tertulis,” keluh Ameerul.

Keluhan itu semakin berat dan kerap. Hanya itu yang mampu dibuat. Dia rela berdepan dengan suasana rumah yang sepi dan tunggang langgang setiap kali pulang dari kerja daripada berdepan dengan dengan rajuk Ameera.

Semuanya bukan baru. Sudah hampir enam tahun lamanya sejak awal berkahwin hingga kini. Itulah keadaan yang terpaksa dihadapinya.

Isterinya Ameera adalah anak bongsu yang begitu dimanjakan oleh keluarganya. Di awal perkahwinan Ameera bekerja. Masa itu anak pun tidak ada. Jadi urusan rumah tangga tidaklah banyak sangat.

Itu pun jarang terurus dengan baik. Rumah memang jarang berkemas, dapur jarang berasap, kain baju jarang terurus rapi. Ameerul tak kisah sangat kerana faham keadaan isterinya yang terkejar masa saban hari.

Kalau ada kelapangan, dia akan ikut membantu untuk mengelak rungutan isteri.

“Penatlah bang, apa kata abang ambil orang gaji saja.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience