BAB 8

Family Completed 652

“Ambik lah. Aku tak makan ikan darat Zul. Mancing ni saje suka-suka je.” Jelas Pak Sudir.

“Cucu-cucu Pak Sudir lak. Mesti makan ikan-ikan ni kan?”Tanyaku.

“Mereka makan apa yang aku makan.”Pak Sudir tergelak kecil. “Kau ambil aje bawak balik. Rezeki kau hari ini.”Tambah Pak Sudir.

“Alhamdulillah. Terima kasih banyak Pak Sudir.” Aku menghulur tangan bersalam dengan Pak Sudir dengan perasaan gembira.

“Aku pun nak balik ni Zul. Dah dekat masuk Zuhur dah. Dah terik matahari ni. Nak balik Semban lak lepas ni. Kang joran ni kau kemas bagi kat pondok budak jaga tu. Dia punya tu. Aku pinjam je.”Tunjuk Pak Sudir ke kaunter bayaran kolam mancing ni.

“Yelah Pak Sudir. Nanti ada masa datang la sini lagi Pak Sudir. Boleh saya dengar kisah Pak Sudir dan cucu-cucu lagi.”

“In Sha Allah.”Jawab Pak Sudir. Dia melangkah ke arah cucu-cucunya yang telah duduk kepenatan di pondok berhampiran kolam ini. Kepenatan sebab berlari-lari tadi agaknya. Penat gelak ketawa. Tak kisah lah sebab apa pun. Asalkan anak-anak yatim ini kembali gembira. Seperti sewaktu ayah dan ibunya masih ada.

Hati aku pula, separuh gembira. Separuh sedih. Sedih kerana mendengar kisah cucu-cucu Pak Sudir yang menjadi anak yatim piatu. Sedih kerana mereka telah 5 hari senyap tanpa suara. Trauma agaknya dengan kehilangan ayah dan ibu mereka. Tapi aku juga gembira, kerana hari ini, mereka telah kembali gelak ketawa. Aku juga gembira kerana kesabaran aku memancing hari ini berbaloi dengan ikan-ikan yang dihadiahkan Pak Sudir ini. Betul kata Pak Sudir, rezeki ada di mana-mana.

Semoga arwah anak Pak Sudir dan isterinya ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Al-fatihah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience