BAB 4

Family Completed 652

Tak adil pulak aku nak salahkan dua orang cucu Pak Sudir ni sebab aku tak dapat ikan. Mungkin ‘Luck’ aku takde hari ini. Ke balasan tuhan terhadap aku sebab aku monteng keje hari ini. Hahahaha. Nasib la. Aku memang malas keje. Dah la lambat. Punch kad asyik merah je sebab lewat. Sekali sekala biarlah punch kad tu suci bersih lak daripada apa-apa tulisan.

Namun aku perasan, ada jugak 2 3 orang pemancing kat kolam ni, dah geleng-geleng kepala memandang cucu-cucu Pak Sudir. Kerana bising berlari sekeling kolam mancing ni. Agaknya mereka pun tak puas hati sebab ikan tak nak makan umpan pancing bila dengar suara bising.

Aku secara sopan, cuba menegur kelakuan cucu-cucu Pak Sudir dengan bersuara, “Pak Sudir. Maaf la nak tanya. Ni cucu-cucu Pak Sudir tu lari sana-sini bising-bising tu. Tak pe ke? Takut orang kat kolam ni marah lak. Pasal ikan tak makan umpan ni. Hehehehe. “

Sekali lagi, Pak Sudir memandang cucu-cucunya lantas tersenyum lebar. “Elok lah bebudak tu gembira. Aku pun senang hati tengok mereka gembira.” Pak Sudir menyalakan sebatang lagi rokok kretek Gudang Garamnya.

“Hehehe. Bebudak tu gembira bagus Pak Sudir. Tu orang yang memancing tu banyak yang geleng-geleng kepala je tu saya tengok Pak Sudir.” Alasan ku. Kerana yang tak dapat sekor ikan hanya aku seorang je.

Pak Sudir merenung jauh ke sekalian pemancing yang memancing di kolam ini. Lebih kurang empat orang pemancing tidak termasuk kami berdua. Seorang pemancing tadi aku perasan telah bangun beredar balik dari kolam ini. Tapi dapat jugak dia hasil sekor ikan untuk dibawa balik. Tapi tak berbaloi juga tu. Nilai sekor ikan tu kiranya RM10 la. Sebab sekali mancing sini Rm10 untuk 3 jam. Patut dengan 3 jam dan nilai RM10 tu boleh dapat 5 ekor talapia sepatutnya.

“Tak tergamak aku nak tegur cucu-cucu aku ni, Zul.” Kata Pak Sudir kepadaku.

“Oh kalau Pak Sudir tak sanggup nak tegur. Saya boleh tolong tegur bebudak ni suruh mereka diam, Pak Sudir. Kot dengan saya, mereka takut lak ke. Senyap sikit nanti.”Kataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience