BAB 3

Family Completed 652

Pak Sudir memandang ke arah dua orang budak lelaki yang lari berkejaran sekeliling kolam ni. Kemudian memandang kepada ku. Tersenyum dan menganggukkan kepala.

Tepat seperti jangkaan ku. Rokok nusantara yang aku hisap sudah setengah batang terbakar. Seperti hatiku yang juga terbakar kerana umpan pancing ku tidak dimakan ikan. Mungkin kerana cucu-cucu Pak Sudir yang bising di sekeliling kolam ini.

Walaupun tak puas dalam hati. Luaran, muka ku tetap tersenyum kerana menghormati Pak Sudir ini. Lantas aku bertanya lagi, “Biasa ke Pak Sudir mancing sini?”

Dalam hela nafas yang ditahan dalam bersama sedutan asap rokok, Pak Sudir masih boleh menjawab, “Jarang jugak. Kolam ni, anak aku punya. Tapi aku jarang datang sini.”

Tetiba hati aku yang tak puas hati tadi jadi tenang sedikit. Sebab aku ni sedang berbual dengan bapak kepada tauke kolam mancing ni. Padanlah cucu-cucu dia berlari sana sini, kolam ni memang bapak budak-budak ni punya.

Sedang aku fokus memandang ke hujung tali joran, tetiba aku tengok Pak Sudir dengan pantas menarik dan menggulung tali jorannya. Wah hebat orang tua ni, dah kali 6 ekor ikan makan umpan pancing dia ni.

Dengan muka selamba, aku menggulung tali joran ku dan cuba beralih tempat duduk hampir dengan tempat duduk Pak Sudir. Cuba berkongsi rezeki ikan jika ada. Kot lubuk Pak Sudir pilih ni memang lubuk senang dapat ikan.

“Pak Sudir. Tumpang dok sini ye. Kot leh dapat ikan. Dari tadi saya try dah banyak tempat. Tak dapat.” Aku mohon izin Pak Sudir.

Sambil memasukkan ikan ke dalam jaring ikannya, Pak Sudir menjawab, “Rezeki ada di mana-mana. Duduklah. No problem. Hehehe” Pak Sudir gelak kecil.

Setelah melontar mata kail. Aku memacakkan batang joran dekat dengan tempat duduk aku. Selang 10 langkah ke tempat duduk Pak Sudir. Sambil itu aku lihat ade 5 orang lagi pemancing lain di sekeliling kolam ini. Tapi yang aku perasan, paling tidak, sekor ikan dah menjadi habuan mata kail mereka. Tapi aku dah dekat 2 jam mancing ni masih tak dapat sekor ikan pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience