BAB 2

Family Completed 652

Cuba menunjukkan sopan kepada orang tua, aku menegur pakcik itu, “Berapa ekor dapat dah pakcik?”

Pakcik itu membalas senyuman dan menjawab, “Ada la 5 ekor yang dah tarik. Tapi 2 ekor tadi kecik. Aku lepaskan balik. Ni ade 3 ekor je. Talapia merah.”

Pakcik itu lantas melontarkan semula mata kail ke dalam kolam selepas umpan cacing dipasang tadi.

Sambil membetulkan tempat duduk, dia menghidupkan sebatang rokok dan meletakkan dibibirnya. Dari kedudukan aku ini, dapat aku lihat kotak rokoknya. Jenama Gudang Garam. Memang ‘favourite’ orang-orang tua jenama keretek Gudang Garam ni.

“Nama kamu siapa?” Pakcik itu bertanya dari kejauhan.

“Saya Farizul. Panggil Zul je.” Jawab ku.

Walaupun aku cuba berlagak sopan. Tapi aku sebenarnya jugak dengan pakcik ni. Manakan tidak.

Dua budak lelaki yang berlari ke sana sini bermain tepi kolam dan menjerit-jerit ni, aku agak cucunya. Sebab budak-budak tu kejap-kejap datang ke tempat pakcik ni duduk.

Pakcik ni kelihatan seperti telah berusia pertengahan 60-an. Tapi tubuh badannya tegap. Rambut pendek. Tapi penuh dengan uban di kepala. Misai halusnya kelihatan hitam disulami putih sedikit.

Kulit nya nampak kekeringan dan berkedut. Warna cokelat kegelapan. Mungkin kerana kuat berjemur orang tua ni. Atau dia bekas askar. Memang biasa kawad bawah matahari.

“Panggil aku Pak Sudir je.” Tetiba pakcik itu bersuara. Walaupun aku tak tanya namanya.

“Oh, Pak Sudir.” Jawab aku. Sedikit pelik dengan nama pakcik ni.

“Tu budak-budak tu cucu Pak Sudir ke?” Tanyaku kembali kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience