Rate

BAB 3

Drama Completed 472

Tidak berapa lama kemudian mereka pun sampailah kat kedai Mamak yang
dimaksudkan itu.

“Roti telur empat, kari ayam satu,” pesan Mimosa .

“Roti telur enam, kari kepala ikan, kalau bisa saya mahu kepala ikan itu
sekali, mahu dua ya kepalanya,” Wardiyah membuat pesanan.

Anak jin ke? Makan bukan main banyak. Seperti sebulan tidak makan.
Kasihan sungguh.

“Minum?” tanya pelayan tersebut.

“Teh tarik,” balas Mimosa dan Wardiyah serentak.

Usai membuat pesanan, mereka pun tunggu sambil melihat orang-orang lalu
lalang. Hampir sepuluh minit berlalu maka pesanan mereka pun sampai.
Dengan lahap sekali mereka menjamah roti telur itu.

Wardiyah makan sekeping, Mimosa makan sekeping. Yang selebihnya ditinggalkan.
Sungguh membazir sekali. Mengapa buat pesanan sebanyak itu kalau hanya
makan sedikit sahaja. Memang kurang ajar jugalah gaya mereka. Syaitan
selalu mengamalkan pembaziran maka mereka pun ikut-ikut sekali.

“Kamu punya wang?” Wardiyah menyoal Mimosa sambil mengerling matanya.

“Tak,” balas Mimosa .

Tiba-tiba Wardiyah mengenyit mata pada seorang lelaki yang kacak bergaya.
Dengan pantas dia bangun dan mendekati lelaki terbabit. Mimosa faham apa
yang perlu di lakukan.

Wardiyah terus sahaja mendekati sorang pelanggan yang duduk berseorangan
itu. Dia pura-pura tersadung di kerusi tempat lelaki kacak dan macho itu
sedang bersarapan. Melihat Wardiyah yang jatuh itu, lelaki yang berasa
tersangatlah budiman itu terus memaut Wardiyah untuk berdiri semula.

Mimosa yang di belakang lelaki itu terus menyeluk saku tanpa disedari oleh
pelanggan tersebut. Betapa liciknya mereka.

“Sorry ya,” ucap Wardiyah.

“Kamu okey ke?”

Wardiyah mengangguk dan terus berlalu dari situ. Mimosa pula melangkah dari
arah yang berlainan dan mereka akan bertemu semula selepas itu di
belakang bangunan Centra Market itu dan seterusnya melarikan diri.

Nasib mereka sungguh baik kerana wang yang terdapat dalam dompet
tersebut sungguh banyak.
Dengan lagak yang hebat dan bangganya dia melangkah ke tempat ibunya
berniaga. Belum pun sempat mereka berdua sampai ke situ. Datang
sekumpulan lelaki menerpa ke arah mereka.

“Ikut kami!” arah mereka.

Mahu atau pun tidak, Mimosa dan Wardiyah terpaksa menurut demi keselamatan.
Kalau membantah silap hari bulan mereka pasti kena pukul di situ. Saiz
badannya yang kecil mudah dibuli. Maka perasaan takut menguasai diri.
Mereka berdua dibawa ke sebuah lorong. Dengan pisau di leher mereka
mengugut.

“Serahkan wang kamu!” arah salah seorang dari mereka.

Esah mengira jumlah mereka. Lima orang ke semuanya. Berbadan tegap dan
da sungguh sasa amat menggerunkan hati dan perasaan Mimosa . Wardiyah pula
sudah berpeluh-peluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience