Rate

BAB 1

Drama Completed 472

*SETIAP* pagi Maimum ( Bukan nama sebenar ) menjaja kuih tepi jalan
berhampiran stesen LRT Star Masjid Jamek di Kotaraya itu. Bepusu-pusu
orang membeli kuihnya untuk dijadikan sarapan tatkala pergi kerja. Tidak
kurang hebatnya orang-orang yang suka lepak di pagi hari. Macam suda
tidak ada kerja hendak buat. Cari kerja di kota ini bukan susah sangat.
Ada saja yang boleh kutip barang-barang terbuang seperti kotak, tin-tin
minuman yang boleh dikitar semula. Tapi mereka tidak mahu.

Buang masa melepak saja. Kalaulah mereka rajin maka 1Malaysia ini pasti
bertambah bersih. Indah mata memandang. Ini tidak, sampah sana, sampah
sini. Hendka cuci mata pun rasa menjengkelkan bila ternampak saja
sampah-sampah merata-rata tempat. Tong sampah hanya sebagai perhiasan.
Kasihan DBKL.

Lain pula bagi Maimum. Dia pembersih orangnya. Kalau buat kuih dia
memang menitik beratkan soal kebersihan. Bermula dari dalam bilik
hinggalah ke ruang dapur. Di dalam rumahnya memang tidak boleh nampak
sampah. Mulut dia pasti bising.

“Mimosa !!!! Kenapa tak kemas tempat tidur ni?” Maimum berkecak pinggang
melihat tilam,cadar dan selimut yang tidak dikemaskan oleh anak daranya.

Begitulah lagak si ibu kalau melihat anaknya bermalas-malasan.

Pagi-pagi memang suka menjerit. Kalah pasukan sorak dalam team renang
kebangsaan. Walau apa pun Maimum memang sayang pada anak tunggalnya Si
Mimosa ( Bukan nama sebenar ) itu. Maimum janda anak satu. Dialah ibu dan
dialah bapa pada budak itu.

“Jangan lambat pergi sekolah! Kalau tidak nanti mak hentam kamu dengan
sodek ni tau!” Maimum menunjukkan sodek di tangan pada Mimosa yang
terbungkam bawah katil.

Memang Mimosa seorang yang kurang sopan bab tidur. Orang tidur atas tilam
tapi dia tidur bawah katil.

“What happen mummy?” balas Mimosa separa sedar sambil menggosok-gosok
kelopak matanya.

“What happen tengkoraknya, dah Subuh ni! Bangun Solat, lepas tu
bersiap pergi sekolah,” arah Maimum yang memang pantang melihat anaknya
liat mahu bangun.

Marah sungguh dia kalau anaknya cakap orang putih. Berkali-kali dia ajar
anaknya mengutamakan bahasa ibuanda. Cintailah bahasa kita bak kata
iklan penaja. Bahasa jiwa bangsa, moto propaganda untuk memartabatkan
Bahasa Melayu. Sungguh!

“Today is Sunday, yesterday is Saturday… Mum.. public holidaylah mum,”
Maimum menggaru kepala mendengar jawapan anaknya itu.

Boleh berkecai otak Maimum layan anaknya yang agak kurang siuman
lagaknya. Apa boleh buat, anak dia cuma seorang saja maka dijagalah si
Mimosa ini bagai menatang minyak yang penuh. Tumpah melarut-larut jadinya.

“Kalau macam tu kemas rumah, mak balik nanti tak nak tengok bersepah.
Termasuk seluar dalam mak tu sekali! Tolong cuci! Mak nak pergi berniaga
ni kang kebulur pelanggan mak tu yang merindui kuih-kuih mak ni,” kata
Maimum dengan bangganya.

“Don’t worry mum, I can do it,” balas Mimosa anak dara berumur 15 tahun
itu kononnyalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience