Rate

BAB 4

Drama Completed 472

Setelah menyerahkan dompet berisi wang yang dicurinya dari seorang
pelanggan di kedai Mamak itu tadi. Mereka berdua di terajang sampai
terpelanting.

Kejam sungguh. Selepas itu mereka berdua dibogelkan di situ juga. Habis
segala pakaian mereka dikoyak-koyakkan. Sekarang mereka tidak berpakaian
dan alat kelakian mereka tersembur. Cepat-cepat Mimosa memekup dengan
tangan. Wardiyah juga.

Tidak berapa lama kemudian, salah seorang dari pada mereka dihempuk
dengan sebatang kayu di atas kepala.

“Jangan ganggu anak dara orang!” tiba-tiba Maimum membuka langkah silatnya.

Sejak tadi dia merasa curiga apabila terlihat anak mereka dibawa pergi
maka dia mengekorinya sehingga sanggup meninggalkan tempat dia berniaga
tadi.

Habis lelaki-lelaki tadi dikerjakan oleh Maimum. Sampai berdarah-darah.
Ada yang pecah kepala dan ada yang pecah bibir. Lebam biji mata.

Begitulah sayangnya ibu pada anaknya biarpun tidak berjaya mendapat anak
perempuan tapi dia menerima keadaan anaknya yang mahu jadi perempuan.
Sampai sekarang dia tidak tahu anaknya sebelum ini memang suka mencuri.

Kalau dia tahu anaknya itu suka mencuri, alamatnya mati kena ganyanglah.
Patutlah ayahnya lari jauh meninggalkan mereka. Hari-hari kena pukul
dengan Mimum. Mana boleh tahan. Nasib laki dia juga sebab malas bekerja.
Kalau mahu tahu, ayah Mimosa itu adalah pak sanggup yang betul bendul,
Mimosa bukan anaknya tapi kena paksa dengan Maimum supaya berkahwin
dengannya. Kiranya Mimosa anak luar nikah.

Maimum sebenarnya dirogol dan ditinggalkan di tepi jalan. Ilmu
persilatannya tidak dapat dikeluarkan kerana sudah diberi pil khayal.

Tragis sungguh kes ini sampai menjadi titik hitam yang sukar dilupakan
dalam hidup Mimum yang mahu insaf. Parah juga. Tapi begitulah realitinya
hidup di kota ini. Banyak yang kita tidak tahu sebenarnya apa yang telah
berlaku. Kebanyakkan stigma masyarakat memang cepat membuat telahan
sedangkan punca sebenarnya mereka tidak menelaahnya terlebih dahulu.

Susah hendak kita temui seorang yang optimis dan berfikiran terbuka dan
cuba untuk mencari punca dan penyelesaian yang terbaik. Masalah negara
ketika ini adalah dari segi sosial. Kalau segi ekonomi memang agak
stabil walaupun sebenarnya kurang memuaskan namun perlu di titik
beratkan adalah sosial. Kalau boleh biarlah seimbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience