Rate

BAB 2

Drama Completed 472

Mata yang kecil itu dibesarkan dan dibuka luas-luas. Digosok dengan
perlahan-lahan dan akhirnya dia nampak jelas wajah ibunya di depan muka
pintu yang kemas berseluar jeans biru dan berbaju kemeja berkolar warna
hitam serta bertopi lagi di atas kepala.

“Wow! Hadsomenya mummy,” Mimosa memuji ibunya.

“Well,” Maimum berjongket bahu sambil mencemikkan bibirnya.

Bukan main seronok Maimum bila anaknya memuji dirinya sebagai orang yang
tampan. Dengan angkuhnya dia meninggikan hidung dan terus melangkah
untuk pergi jual kuih. Mimosa tersengih saja melihat gelagat ibunya.

Semenjak ayahnya menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan lagi sepuluh
tahun dulu, maka ibunya tidak cari pengganti ayahnya. Mimosa membesar
tanpa kasih sayang seorang ayah. Ibunyalah yang menyara hidupnya. Kasih
sayang ibunya menatang Mimosa bagai minyak yang penuh.

Mimosa bangun dan mengemas tempat tidurnya walaupun dia sebenarnya malas mahu lakukan kerja-kerja tersebut. Kalau hari-hari kena buat kerja
seperti itu, rasanya lebih baik dia berhenti sekolah saja dan terus
minta kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu. Tapi dia belum
cukup umur lagi untuk berbuat sedemikian.

Di awal pagi itu dia ada tetamu, Wardiyah ( Bukan nama sebenar ) namanya.
Dia datang bawa dengan bergaya sekali. Berbaju merah jambu dan skirt
pendek. Rambutnya panjang mengurai. Tapi satu saja yang tidak bagus
tentang Wardiyah ini. Dia malas sekolah. Mimosa berkawan dengan budak malas sekolah. Tapi baginya Wardiyahlah sahabat sejatinya dunia akhirat.

“Mimosa aaa! Are you there?” soal Wardiyah dengan bahasa yang amat sukar
difahami oleh Rakyat Malaysia.

Mimosa yang sedang berbaju tidur berbunga-bunga itu dengan lekas meluru ke muka pintu rumah flat. Dia mahu melihat orang yang memanggilnya sebentar tadi. Suara yang biasa dia dengar.

“Hello my best friend, what you want?” soal Mimosa yang tersenyum manis
setelah melihat kelibat Wardiyah yang sungguh ayu dan cantik itu.

“Aku mahu kamu ikut aku, yuk,” alahai! Minah Indon rupanya. Anak
siapalah ini?

“Waitlah, aku belum mandi. Apa kata kau naik dulu,” kata Mimosa .

“Okey, but don’t late, kerana aku tidak bisa menunggu kamu terlalu
lama,” pesannya sambil melabuhkan punggung di kerusi luar rumah Mimosa
yang memang tersangatlah bersih berbanding dengan rumah jiran mereka
yang memang busuk hingga menusuk rongga.

Mereka? Wardiyah hanya tinggal di sebelah rumah Mimosa sahaja. Ini bermakna
rumah Si Wardiyahlah yang busuk itu.

Selepas mandi dan berpakaian indah lagi cantik. Mimosa berpakaian sendat
(ketat) hingga menampakkan susuk tubuhnya serta pusatnya juga tersembur
keluar. Pusat yang sungguh cantik untuk ditatap. Hebatnya anak dara
seorang ini dengan berseluar jeans parah lutut itu menampakkan betisnya
yang putih dan gebu. Lumayan sungguh cara berpakaian si anak dara itu.

Zaman moden dan serba canggih. Semua itu menjadi kebiasaan bagi Mimosa dan Wardiyah.

“Okey, lets go,” kata Mimosa yang sudah bersiap sedia.

“Cantik bangat lho,” Wardiyah memuji Mimosa .

Bibir yang merah bak delima merekah, pinggangnya yang ramping bagai
kerengga serta memiliki hidung yang mancung itu sungguh cantik sekali.
Ditambah lagi dengan cara dia berpakaian ala-ala tidak cukup benang.

“Thanks a lot. Kau pun cantik juga,” Mimosa memuji kembali.

Wardiyah tersipu-sipu dan pipinya mula kemerahan. Sungguh seronok kalau
mendapat pujian yang menggunung.

Perjalanan diteruskan. Wardiyah mahu ajak Mimosa pergi ke kedai mamak pekena
roti canai sahaja. Sengaja lepak di situ untuk isi perut yang
kekosongan. Tapi kedai mamak yang di maksudkannya itu bukan berhampiran
rumah mereka tapi di Central Market atau lebih di kenali Pasar Seni di
kota itu.

Maka mereka berdua pun pergilah naik LRT dengan lenggang lenggoknya bak
penari inang yang sungguh cantik lagaknya. Lemah lembut sekali gaya yang
dipersembahkan. Tutut kata mereka memamg dramatik, ada bahasa Indonesia,
ada Melayu dan juga bercampur bahasa orang putih. Mujur tidak jawa
sahaja kerana Mimosa memang tidak akan faham sepatah haram pun seandainya Wardiyah bercakap dalam bahasa Jawa. Sesekali terpacul juga kalau Wardiyah mahu mengejek. Biar Mimosa tidak faham. Teruk juga Wardiyah ini ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience