PROLOG

Romance Completed 35322

"I tak naklah, Wakeel. Masih terlalu awal untuk I fikir semua ni" Camilla menggelengkan kepalanya beberapa kali lalu menghadapkan tubuhnya ke hadapan tasik.

"Tak awal, Camilla. You sedar tak kita dah hampir 6 tahun bercinta. Kalau nak kata masih tak kenal hati budi masing-masing. You tipu. Kita dah lebih dari kenal. You love me. I love you. Apa yang salah? Tak salah pon kalau kita kawin sekarang. Takde halangan langsung. I berkerjaya. You pon bekerjaya."

"That's the point, Wakeel. You tahukan I kerja apa. So you mesti tahu sebab apa. I taknak kerja keras I selama ni jadi sia-sia semata-mata untuk kawin dengan you." Potong Camilla laju.

"You boleh berhenti, sayang. I boleh tanggung you. You tak kerja pon takpe. I lagi suka. Takdelah you perlu tayang badan you depan orang lagi. You tayang depan I je. I yang akan tengok badan you setiap hari. I dah terbayang betapa bahagianya hidup I bila you ada depan I. Jaga anak-anak I dengan tangan isteri I sendiri."

"Wait! What? Anak!? Are you crazy? Siapa kata I nak anak? I taknak mengandunglah. I sayang badan I. I taknak sebabkan you, I kena berhenti dari buat apa yang I suka."

Wakeel tersentap. "So you taknak ada anak dengan I?"

"Bukan tu maksud I. I taknak rosakkan badan I semata-mata untuk beranak, Wakeel. Haih! Kenapa dengan you ni? Dulu bukan main lagi you support I jadi model. Sekarang apa dah jadi, Wakeel?" Soal Camilla kesal.

"Itu dulu, sayang. You dah terlebih berjaya dah sekarang. Kita bukan makin lama makin muda. Takkan you tak puas lagi dengan apa yang you dah dapat sekarang?"

"Still, Wakeel. I takkan puas. Ish! I malaslah nak fikir pasal ni. Boleh tak kita berhenti? Or else.. You bagitahu your mom. Takpayah nak gesa anak dia ni kawin. You tu dah besar. Takkan still mak yang buat keputusan lagi?"

Wakeel memandang dalam mata Camilla. Hampir tidak percaya kata-kata yang baru sahaja keluar dari dua ulas bibir merah itu. "Itu mak I, Camilla. Syurga I. Kepada siapa lagi syurga I kalau bukan pada my mom? You betul-betul dah melampau! I tak percaya ini sisi sebenar you selama ni"

Camilla tersedar. Dia sudah terlepas kata. "I'm sorry, sayang. I tak sengaja" Dia cuba meraih tangan Wakeel tetapi segera ditepis.

"So macam ni lah, Camilla. Kita akhiri hubungan ni. You teruskanlah kejar kerjaya tayang badan you tu sampai you tua. I dah fed up. I fed up dengan you. I hidup bukan semata-mata untuk you. I hampir lupa. Masih ramai lagi wanita kat luar sana yang boleh dipanggil 'perempuan' yang sebenar." Sindir Wakeel dihujung kalam

"Apa maksud you cakap macam tu?" Camilla terkesan.

Wakeel tersenyum sinis. "You fahamkan maksud I." Sambil tu matanya memandang tubuh Camilla atas bawah yang sedang berbaju tidak cukup sifat itu. Tangan kanan diangkat lalu dibawa ke bahu Camilla. Ditepuk-tepuk bahu itu berkali-kali. "Good luck, Camilla. Semoga berjaya sehingga mencapai target you untuk jadi model yang paling dicari-cari seluruh dunia tu." Sempat Wakeel memberikan jelingan kesal sebelum kakinya dihayun untuk meninggalkan tempat itu.

Camilla memandang tubuh yang berjalan menjauh itu dengan perasaan membara. Tangan digenggam erat. "You tunggulah, Wakeel. I akan pastikan tiada sesiapa yang boleh gantikan nama I dalam hati you"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience