Adhuha tersentak. Tepat ketika itu, Adhuha terpandang akan seseorang yang amat sangat dikenalinya. Dan dia pasti dia tidak silap orang. Apa dia buat dekat sini?
Orang itu juga turut sama berlawanan mata dengannya. Hampir tidak percaya mereka masih dipertemukan semula. Dan lebih memeranjatkan. Perjumpaan kali ini, di sini!? Dia buat apa dekat sini?
"Adhuha!" Tegur Ayla apabila melihat Adhuha yang seakan termenung jauh.
"Dhuha!" Aisya pula menyentuh kekura tangan Adhuha.
"Ya?"
"Kau termenungkan apa?" Aisya menolehkan kepala ke belakang. Seseorang sedang berjalan kearah tempat letaknya makanan. "Oh. Aku faham."
"Kau pandang laki tu ke?" Ayla menyoal.
Adhuha tidak angguk dan tidak juga geleng. Dia seperti sedang mengiyakan pertanyaan Ayla tadi.
Ayla sudah tersenyum. "Tulah Tuan Wakeel. CEO muda Syarikat Teguh Impian ni. Satu-satunya waris kepada arwah Tan Sri Afendi."
"Oh" Adhuha meneruskan suapanya.
"Oh je? Tak terpikat ke?"
Adhuha menggelengkan kepala.
"Yela tu. Tadi macam nak terkeluar dah mata tu aku tengok kau duk usya Tuan Wakeel tu."
"Anggap je aku baru nampak hantu tadi" Balas Adhuha.
Tidak lama, datang dua figura menghampiri mereka bertiga. "Hai. Boleh kami join sekali?"
Sudah nampak dengan ekor mata siapa yang sedang berada disisinya sekarang ini, mata Adhuha hanya tertumpu pada pemakanannya. Ayla yang tolong jawabkan. "Eh boleh. Tapi ada satu kerusi je yang tinggal."
"Ayla. Aku gerak dulu la. Tiba-tiba perut rasa memulas pulak." Aisya mula beralasan.
"Hah dah alang-alang tu. Aku pon nak gerak jugaklah. Lagipun aku dah habis makan. Dhuha aku pergi dulu eh"
Adhuha menganggukkan kepala mengizinkan.
Hilang sudah dua orang kawan barunya tadi. Seorang dari mereka yang berdiri tadi duduk betul-betul dihadapannya. Belum sempat seorang lagi melabuhkan punggung, lelaki itu bersuara. "Riz, kau pergi tempat lain. Aku ada benda nak cakap dengan dia ni"
"Er okey.." Cepat-cepat Rizqi beralih tempat duduk ke meja lain.
Adhuha hanya diam. Wakeel berpeluk tubuh melihat Adhuha yang dari tadi leka menyuapkan nasi ke mulut.
"Kau datang sini ada urusan apa? Nak cakap coincidence jugak?"
Adhuha tidak mengendahkan.
"Baik kau jujur dengan aku, Dhuha. Apa yang kau tengah rancangkan sekarang ni? Dia hantar kau datang sini untuk spy aku ke?"
"Boleh tak sekali awak jangan nak perasan bagus sangat? Awak ingat saya takde kerja lain ke selain nak jadi spy orang? Saya ada hal saya. Awak cuma perlu teruskan hidup awak macam biasa. Tak perlu nak sibuk dalam urusan saya."
Tanpa sedar, banyak mata yang memerhati gelagat mereka berdua. Ada juga yang mengambil gambar secara sembunyi untuk dijadikan berita sensasi di whatsapp group gosip syarikat.
"Habistu, kau buat apa lagi dekat sini kalau bukan sebab tu?"
"Saya mancing dekat sini." Sindir Adhuha. "Saya kerja lah dekat sini." Berdiri mendadak. Dia menghentakkan trey diatas meja. Satu cafe boleh dengar.
"Jangan kacau saya boleh, Wakeel? Saya nak hidup dengan tenang. Saya perlu carik duit untuk sara keluarga saya. Jadi saya harap awak faham." Terus dia pergi dari situ.
.
.
"Awak boleh tolong saya, Ayla?"
"Tolong apa tu, tuan?" Tanya Ayla sudah bersedia.
"Bawak Adhuha supaya kerja dibawah saya."
"Maksudnya..?"
"Saya nak Adhuha bekerja di floor kita. Buatlah apa cara sekali pon. Asalkan Dhuha naik ke tingkat yang sama dengan saya."
"Oh. Boleh sangat, tuan. Itu perkara kecik je. Ada apa-apa lagi, tuan?"
"Saya nak fail peribadi Dhuha."
"Boleh, tuan. Nanti saya dapatkan fail peribadi Dhuha pada Aisya. Kalau takde apa-apa lagi. Saya mintak diri dulu, tuan"
Wakeel mengangguk membenarkan.
Setengah jam kemudian, Ayla datang kembali dengan fail nipis bewarna hijau. "Ini dia fail peribadi Dhuha, tuan."
"Letak situ. Nanti saya tengok."
Ayla masih lagi berdiri didalam bilik itu selepas meletakkan fail diatas meja.
"Ada apa-apa ke, Ayla?"
"Takde tuan. Cuma.. Boleh saya tahu, kenapa tuan minta saya buat semua ni? Tuan ada apa-apa dengan Dhuha ke, tuan?"
"Cukuplah sekadar awak semua tahu, saya dengan Dhuha saling kenal." Beritahu Wakeel.
"Oh baik, tuan. Saya pergi dulu."
Hilang bayangan Ayla, Wakeel mencapai fail hijau itu. Dibuka lalu dibaca isi kandungan fail berkaitan Adhuha.
Jadi, Adhuha baru lepas habis master. Master of Architecture. Tapi kenapa bekerja dibawah business administration syarikat?
Mata tertuju pula pada status yang tertera pada kertas putih itu. Dia tersenyum nipis tanpa dia sedar. Tak berpunya lagi kau, Dhuha?
.
Adhuha tertarik untuk memandang ke suatu arah. Seorang tukang pembersih sedang duduk sambil mengipas-ngipas wajahnya. Nampak wajah kepenatan mak cik itu.
"Makcik.. Makcik okeyy?" Tegurnya lembut.
"Okeyy nak. Cuma biasalah. Dah tua ni. Kejap-kejap letih. Kejap-kejap nak duduk."
Adhuha tersenyum. "Kejap ya, makcik. Nanti saya datang balik" Terus dia ke arah suatu sudut yang menempatkan mesin air tin. Sudah dapat apa yang dia mahu, dia ke arah makcik tadi semula. Dihulur air tin itu pada mak cik itu.
"Ni. Dhuha belanja."
"Ya Allah. Terima kasih, nak. Buat susah-susah Dhuha je."
"Tak susah pon. Lagipon makcik dah macam mak Dhuha sendiri." Dengan senyuman ikhlas. Dia mengambil duduk bersebelahan orang tua itu. "Dah lama ke mak cik kerja sini?"
"Lama jugaklah. Sejak arwah Tan Sri ada lagi."
Adhuha mengangguk faham.
Tanpa dia sedari, dari tadi lagi ada yang memerhati gerak gerinya dari kejauhan. Dia menghampiri. Dengan kedua belah tangan didalam poket. Dia berhenti 5 meter dari duduknya Adhuha dan Mak Cik Dah, tukang bersih kesayangan arwah papanya. "Dhuha" Tegurnya.
Adhuha menoleh bila ada yang memanggil. Hanya kedua belah kening yang diangkat bagi menggantikan soalan.
Mak Cik Dah sudah berdiri. "Mak cik pergi dulu ya, Dhuha"
"Aku nak ke hospital."
Adhuha pula berdiri. "Kenapa? Awak sakit ke?"
"Aku nak lawat ayah kau lah. Nampak macam aku tengah sakit ke sekarang ni?"
"Haah. Nampak macam tengah sakit jiwa. Ayah saya dah lama discharge." Beritahu Adhuha.
"Oh. Dah discharge."
Tiada lagi suara.
"So nak apa lagi?"
"Aku nak kau." Kata Wakeel tanpa sedar.
"Hah?"
"No I mean. Kau balik naik apa? Kalau tak, aku boleh hantarkan."
"It's okeyy. Saya boleh balik sendiri."
"Boleh ke balik sendiri? KL ni besar. Kang orang culik kau. Siapa yang susah? Mak kau jugak yang susah. Kau tu dah lah tak rupa macam orang dewasa"
"Awak kesah kenapa? Saya ke awak yang kena culik?"
"Aku ni sebagai kawan lama, aku prihatin dengan kau."
Adhuha mencebik. "Aku prihatin dengan kau" Diajuk percakapan Wakeel.
"Tak payah susah-susahlah, Wakeel. Saya boleh hidup."
"Bukan aku cakap kau tak boleh hidup, aku ni nak lah jugak dapat pahala sebab tolong kau"
"Oh takpe. Pergi cari pahala kat tempat lain. Saya tak sudi." Adhuha berjalan melepasi lelaki itu.
"Kau benci sangat dengan aku ke, Dhuha? Apa aku buat sampai nak terima bantuan aku pon kau tak sudi?"
Terhenti langkahnya mendengar kata-kata itu.
"Saya mintak maaf kalau dari persepsi awak itu yang awak rasa. Tapi dari persepsi saya. Saya tak harapkan bantuan orang lain pon sekarang ni. Termasuk awak, Wakeel. Lepas beberapa kejadian berlaku pada saya, sikit pon saya sukar nak percaya pada orang yang cuba berbuat baik dengan saya."
"Tapi kau kawan aku, Dhuha. Kau lupa?"
Adhuha ketawa besar. "Kawan?" Lebih kepada ketawa sinis.
"Kawan tak tikam belakang, Wakeel."
Wakeel sudah telan ludah.
"Awak lupakan jela perkataan 'kawan' awak tu. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum"
Share this novel