Wakeel mengambil tempat dimeja makan itu berhadapan dengan Puan Sri Adnin.
Beberapa ketika, datang seseorang dari dapur dengan membawa teko berisi air teh.
Mata mengerling sekilas kearah gadis itu sebelum tertuju pada mamanya. "Maa. Tiga hari ni Wakeel tak balik tau. Wakeel outstation."
"Hmm yelah."
Adhuha menuangkan air teh itu kedalam cawan Puan Sri Adnin. Kemudian ke cawan anak lelaki Puan Sri Adnin.
Wakeel hanya memandang tangan yang lincah menuang air itu.
"Lepasni Dhuha nak ke hospital kan? Bolehlah Wakeel tumpangkan. Lagipun sehala kan Wakeel?" Puan Sri Adnin bersuara.
Adhuha tersentak. "Err.." Tak tahu nak respon macam mana. Nak tolak tapi tak sampai hati bila Puan Sri sendiri yang memberi kata putus. Tapi nak iyakan pula dia tak sanggup. Tambah-tambah bila percakapannya semalam yang mengharapkan supaya mereka tidak bertemu lagi. Haih, mak. abah. Cepatlah balik. Dhuha dah tak sanggup nak hadap mamat ni.
"Dhuha?" Puan Sri Adnin menyentuh kekura Adhuha.
"Hah?!"
"Dengar tak?"
"Dengar apa maa?"
"Wakeel cakap. Dia boleh tumpangkan Dhuha kalau Dhuha sudi nak ikut sekali."
"Eh takpelah maa. Dhuha harini bawak kereta. Takyah susah-susah nak hantar Dhuha ke hospital. Dhuha boleh pergi sendiri je" Tolak Adhuha lembut.
"Dhuha ada kereta?"
"Ada. semalam tu sebab Dhuha saje je taknak bawak. Lepas hantar abah pergi hospital, Dhuha balik rumah dulu. Lepastu Dhuha datang sini naik bas. Lagipun dekat je kalau nak ke sini. Tu yang Dhuha malas nak bawak kereta"
"Oh macam tu. Kalau macam tu okey la. Mama takde la risau."
Adhuha memeluk kedua belah bahu Puan Sri Adnin. "Mama janganlah risau sangat. Dhuha kuatlah maa."
Wakeel menyimpan senyum didalam hati. Suka pula dia melihat keakraban yang terbina diantara mamanya dengan Adhuha. Macam dah lama kenal je.
Siap bersarapan, Adhuha bersiap-siap untuk ke hospital.
"Kau betul taknak aku tumpangkan kau pergi hospital ni?" Soal Wakeel inginkan kepastian.
"Betullah. Asal? Nampak macam main-main ke?"
"Takdelah nampak main-main pon. Cuma kau ni lah. Betul ke pandai bawak kereta ni?" Wakeel sudah mula pandang Adhuha atas bawah.
"Asal pandang saya macam tu?" Adhuha sudah membuka pintu keretanya.
Namun sengaja Wakeel berdiri dihadapannya. Tidak lagi mengizinkan untuk dia masuk kedalam kereta.
"Aku risau. Kau tu dah lah pendek. Kang tak nampak depan pulak. Elok-elok titik buta kereta tu kecik je. Dah bila kau yang bawak kang langsung taknampak titik buta."
"Hey hello. Cantik sikit mulut tu eh. Suka hati je cakap orang pendek." Adhuha sudah menjeling tajam Wakeel.
"Dah kau memang pendek nak buat macam mana.."
"Dari dulu sampai sekarang awak memang tak berub..." Terhenti kata-katanya bila terlanjur membuka cerita lama.
"See? Siapa yang berubah sekarang?" Kening diangkat.
"Dahlah. Sana. Saya dah lambat ni. Nanti mak tertunggu-tunggu pulak." Dhuha menolak tubuh itu dari terus menghalang untuk dia masuk kedalam kereta.
"Kau memang jenis suka lari dari masalah eh, Dhuha?" Baru hendak menghidupkan enjin kereta, terhenti perbuatannya untuk seketika. Tersentap dengan kata-kata itu. Lari dari masalah? Entahlah. Mungkin.
"Dalam situasi sekarang ni. Saya bukan lari dari masalah. Saya taknak panjangkan masalah. Jadi tolong ketepi ya Ahlan Wakeel. Saya nak lalu."
.
"Lusa Dhuha masuk kerjakan?" Tanya Cik Yan sambil memotong buah epal.
"Betul mak. Akhirnya usaha Dhuha selama ni membuahkan hasil kan mak."
"Alhamdulillah, Dhuha. Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk Dhuha." Mak Yan tidak menghabiskan pemotongannya tetapi bergerak ke sebuah kabinet yang sedia ada dalam bilik wad itu. Laci dibuka, dikeluarkan sesuatu dari dalam. Langkah kakinya mendekati Adhuha yang sedang duduk di kerusi bersebelahan katil Pak Rashdan.
Ditarik tangan Adhuha lalu diletakkan sesuatu dalam telapak tangan gadis itu. "Ni. Belilah keperluan Dhuha untuk masuk kerja nanti."
Bila sudah tahu apa yang sudah berada dalam pegangannya sekarang. Segera dihulurkan kad debit semula kepada Cik Yan. "Eh apa ni mak? Takpayahlah."
"Ambik Dhuha. Ni memang niat abah nak bagi pada Dhuha. Dari sejak Dhuha datang dalam keluarga kami lagi abah duk bersemangat nak sara perbelanjaan Dhuha sampai Dhuha dah berjaya. Ni amanah abah suruh mak bagi pada Dhuha."
"Mak dengan abah dah banyak sangat habis duit untuk Dhuha, mak. Dhuha malu bila mak dengan abah layan Dhuha macam ni." Kepalanya menunduk.
"Dhuha dah mak dengan abah anggap macam anak sendiri, Dhuha. Mak sayang Dhuha. Abah sayang Dhuha. Dhuha tak menyusahkan pon. Malah Dhuha lah yang telah banyak membanggakan kami."
Matanya mula bergenang. Dia berdiri mendakap Cik Yan. "Terima kasih, mak. Dhuha sayang mak sangat-sangat."
"Mak pon sayang Dhuha." Ditepuk-tepuk belakang Dhuha berkali-kali bagi memujuk.
.
Dhuha memberhentikan langkahnya betul-betul dihadapan pintu lift. Sudah tiba waktu rehat. Dia perlu mengisi perutnya. Sedar dari pagi perutnya tidak diisi. Kalau mak tahu ni, mesti kena bebel.
Beberapa ketika, pintu lift terbuka. Terus Adhuha meloloskan diri kedalam perut lift tersebut.
Seseorang meninjau wajahnya dari sisi. "Hai. Newcomer ke?"
"Ya saya. Adhuha" Salam dihulur.
Wanita itu menyambut. "Aisya"
Mereka berbalas senyuman. "Bila masuk kerja?"
"Semalam lagi."
"Oh. Er by the way, awak nak ke cafe ke?"
"Haah. Saya makan cafe sini je."
"Elok sangat. Boleh lah kita makan sama. Saya ni dah tiga hari makan sorang. Sebab Ayla, ikut bos kerja luar tiga hari. So kejap lagi baru dia turun bawah. Sebab dia tengah meeting."
Adhuha terangguk-angguk.
"Nanti aku kenalkan kau dengan Ayla. Eh Nama kita tiga pon sama-sama A lah. Boleh kita jadi BFF of A kan."
Adhuha hanya ketawa.
Pintu lift terbuka. Aisya menarik tangan Adhuha keluar dari lift. Cafe dituju.
Trey diambil lalu dihulurkan kepada Adhuha. "Kalau kau baru masuk semalam, maknanya kau tak pernah jumpa CEO lagi kan?"
Makanan diambil lalu diletakkan kedalam trey. "Kenapa?"
"Bos tu cerewet tau. Dia pernah koyakkan proposal orang macam gitu je. Tak kisahlah awak bersengkang mata seminggu, sebulan bahkan setahun sekali pon. Selagi tak kena dengan cite rasa dia, dia takkan bagi muka."
"Eyy mesti dah tua kerepot kan. Macam dah banyak pengalaman je."
Aisya melepaskan tawanya. "CEO dulu baik je. Tapi tiga tahun lepas dia menghembuskan nafas yang terakhir, anak dia yang ganti jawatan tu. Sejak anak dia yang mengelola syarikat ni, boleh dikatakan semua dia nak perfect. Pekerja pon dia tak boleh tengok kalau tak disiplin dalam kerja. Berborak. Bergelak ketawa. Datang lambat. Dia takkan bagi kompromi."
Mereka mengambil tempat duduk kosong. Beberapa ketika, duduk seorang lagi wanita bersebelahan dengan Aisya. "Eh kata ada meeting." Tegur Aisya kepada gadis manis itu.
"Dah habis. Nasib angin tuan baik hari ni. Kalau tak, memang ikat perut dengan batu jelah aku hari ni menahan lapar." Balasnya. Mata tertuju pula pada gadis cantik dihadapannya. "Eh wow! New friend!"
Adhuha hanya tersenyum nipis.
"Ha Dhuha. Ni la Ayla. Ayla ni Dhuha. Kawan baru kita. Baru masuk kerja semalam."
Terangguk-angguk Dhuha. Salam dihulur.
"Cantiknya kau Dhuha. Macam mana nak jadi cantik eh?"
"Jadi diri sendiri je" Balas Adhuha.
"Pftt!" Aisya menahan tawa. Ayla laju menepuk lengan kawannya.
"Ayla ni Dhuha. Dia PA bos tau. Nanti kalau dah jumpa bos depan-depan, kalau dah tersuka dekat bos, pass je surat pada Ayla. Nanti Ayla pass pada tuan"
Ayla mengiyakan. "Aku lah yang jadi orang tengah kepada perempuan-perempuan tak cukup kain tu semua."
"Kau tak suka tuan?"
"Kau gile? Suami aku nak letak mana?"
"Oh kau dah kawin?"
"Ya, dia dah kawin, Dhuha. Anak pon dah dua. Aku pon dah ada cik tunang. One step closer je lagi nak naik pelamin" Sahut Aisya.
Terbuntang mata Adhuha mendengar berita itu. Mati-mati dia ingatkan kedua-duanya single and available. Rupanya dua-dua dah berpunya.
"Kau? Single lagi?" Soal Ayla.
"Siapa je nak kat aku ni?"
"Takpe Dhuha. Aku boleh recommend kan kau pada bos."
"Eh its okey. Tak sudi." Laju Adhuha memberi kata putus.
"Kau jangan cakap macam tu, Dhuha. Kau tak jumpa depan-depan lagi. Boleh lah cakap. Cuba dah jumpa depan-depan. Conferm kau cair punya."
Aisya menggeleng-gelengkan kepala. "Betul. Aku kalau takde tunang lagi, aku rasa aku pon akan tunduk pada tuan tu. Lambat sikit je"
Adhuha tersenyum melihat gelagat Aisya itu. "Hot sangat ke?"
"Hot nak mati.."
Share this novel