CBW - 1

Romance Completed 35322

Wakeel mengambil langkah meluru ke biliknya di tingkat atas. Puan Sri Adnin yang baru keluar dari ruangan dapur menyapa. "Mama dah masak. Nanti Wakeel turun makan ya?"

"Hmm" Itu sahaja jawapan yang diterima sebelum bayangan tubuh anak tunggalnya hilang.

Puan Sri Adnin hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Puan Sri.." Tegur Cik Yan, pembantu rumahnya.

"Ya, Yan. Kenapa?"

"Saya nak mintak izin balik awal harini, boleh? Saya dapat call dari anak saya. Suami saya masuk hospital."

"Ya Allah, Yan. Takkanlah suami Yan masuk hospital, saya tak bagi Yan balik pulak. Takpe Yan. Saya izinkan Yan balik awal harini. Cepat bersiap. Nanti saya mintak Pak Ki hantarkan Yan ke hospital ya?"

"Terima kasih, Puan Sri. Saya mintak maaf saya tak dapat tolong Puan Sri malam ni. Tapi Puan Sri jangan risau. Ada orang yang akan gantikan saya. Nanti kejap lagi dia sampai."

"Hm yela. Hati-hati Yan."

.

"Jug ni nak letak mana?" Lembut sahaja suaranya bertanya apabila terdengar akan langkah kaki seseorang dibelakang.

Tiada balasan. Dia lantas menoleh.

Praggg!

Berderai jug kaca dipegangannya jatuh kelantai. Dia terkejut beruk. Sejak bila lelaki ini berdiri dibelakangnya? Mati-mati dia ingatkan Puan Sri Adnin tadi. "Apa awak buat ni hah?"

"Kau buat apa dekat sini?" Dingin suara lelaki itu menyoal.

"Eh suka hati sayalah. Saya yang patut tanya awak soalan tu. Awak buat apa dekat sini? Skodeng orang? Takde kerja lain ke?" Sebijik seperti bertih jagung.

"Eh beragak sikit. Aku sedar aku ada kat mana sekarang. Kau tu tak sedar diri ke kau tu pijak tanah yang mana sekarang ni?" Dia menggeram. Tajam pandangannya menikam ke dalam mata gadis yang hanya paras dagunya itu.

"Heish apa bising-bising ni? Wakeel? Dhuha?" Puan Sri Adnin menegur. Mata tertancap pada lantai yang sudah bertaburan kaca di sana sini. "Astaghfirullah Al Azim. Apa yang berlaku kat sini ni? Macam mana boleh ada kaca ni? Wakeel!"

"Maa. Wakeel tak buat apa-apalah. Ni hah. Budak tadika ni yang buat" Tangan diangkat lalu jari telunjuk dituju-tuju diatas kepala gadis itu.

Budak tadika kau panggil aku? Gadis itu memandang slek Wakeel. Ditepis tangan yang duk mencucuk-cucuk atas kepalanya.

"Dah! Dah! Wakeel kemas dapur ni. Dhuha.. Mari sini."

Segera Adhuha perlahan menghampiri tubuh Puan Sri Adnin.

"Eh asal Wakeel pulak? Wakeel sentuh pon tak jug tu tadi" Protes Wakeel.

"Wakeel. Jangan jadi macam budak-budak boleh? Wakeel tu dah besar tahu. Dhuha tetamu kat sini. Takkan Dhuha pulak nak kena buat?"

Adhuha disebelah sudah tersenyum kemenangan. Wakeel mengepalkan tangannya menahan geram melihatkan senyuman itu.

Dengan keterpaksaan, dia mengambil penyapu di suatu sudut. Lalu mula mengemas kaca yang bertaburan itu.

"Dhuha.. Dahlah. Dhuha duduk depan je. Yang lain biarkan. Nanti mama suruh Wakeel buat."

"Eh mana boleh maa. Ini amanah mak. Dhuha kena selesaikan. Nanti mak tu membebel la. Dhuha malas nak dengar. Lepas habis semua ni. Dhuha balik okey."

"Haih. Dhuha dengan mak Dhuha tu sama-sama keras kepala. Orang larang bukannya nak dengar."

"Bukan keras kepala maa. Dhuha taknaklah mungkir janji dengan mak. Mama dah makan?" Tukar topik.

"Belum Dhuha. Tak sempat usik pon tadi. Ramai pulak orang masjid yang datang hari ni. Tak cukup tangan mama layan."

"Okeyy macam ni.. Mama duduk dekat meja makan. Biar Dhuha ambikkan nasi untuk mama okeyy.."

"Wait! Siapa mama kau? Mama aku only my mama. Not yours!" Sampuk Wakeel yang dari tadi mencuri dengar perbualan itu. Dah macam anak beranak betul dah. Rapat semacam je. Padahal baru je kenal.

"Ek elehai. Sebok je!" Adhuha sudah menjeling menyampah. Malas lagi bersuara, dia bergerak ke meja yang ada lebih makan kenduri tahlil arwah Tan Sri Afendi yang satu jam lepas berlalu tadi. Pinggan diisi nasi. Ayam masak merah diambil. Diletakkan di dalam pinggan. Kemudian dicedok pula pajeri nenas.

Beberapa ketika, dia ke meja makan yang diduduki Puan Sri Adnin yang dihadapannya tak lain dan tak bukan semestinya Wakeel. Pinggan yang dipenuhi makanan itu diletakkan secara perlahan dihadapan Puan Sri Adnin. "Makan maa" Sila Adhuha.

"Terima kasih Dhuha." Ucap Puan Sri Adnin ikhlas.

Adhuha mengangguk sekali. "Sama-sama." Sekali lagi jelingan diberikan teruntuk Wakeel yang dari tadi memerhatikan gerak gerinya.

"Apa si pendek ni buat dekat sini maa?" Soal Wakeel tanpa berkias.

"Sedap mulut panggil orang pendek. Awak tu tinggi sangat ke?"

"Tinggi lagilah dari kau!"

Malas nak layan, Adhuha menukar topik. "Maa.. lepas Dhuha habis kemas. Dhuha nak balik. Esok pagi Dhuha nak gi hospital. Nak hantar baju mak."

"Boleh Dhuha. Wakeel hantarkan Dhuha balik kejap lagi." Arah Puan Sri Adnin.

"Tak senang" Laju sahaja jawapan yang keluar dari mulut anak lelakinya. Tubuh disandar pada kepala kerusi. Dia berpeluk tubuh.

"Its okey mama. Dhuha boleh balik sendiri. Lagipun dekat je. Tak sampai 15 minit dah sampai rumah dah."

"Dah malam Dhuha. Dekat ke jauh ke. Mama tetap risau. Dhuha tu perempuan." Larang Puan Sri Adnin.

"Oh Wakeel faham kenapa mama taknak dia balik sorang-sorang. Mama takut dia kena culik kan? Yela nanti apa lah orang tengok budak sekolah jalan sorang-sorang kat tepi jalan malam-malam macam ni"

"Wakeel.." Meleret suara Puan Sri Adnin menegur.

Adhuha didalam hati sudah menahan perasaan. Kalau takde mak kau ni. Dah lama aku cili-cili mulut kau! "Kalau macam tu bolehlah. Tapi Dhuha taknak orang lain hantar. Dhuha nak Pak Ki hantar. Boleh maa?"

"Kau ni mengada jugak kan? Kau nak menyusahkan pulak Pak Ki tu. Pak Ki tu dah tua. Mata dia pon tak beberapa nak jelas. Dah satu kerja pulak malam-malam nak mengantar kau."

"Habistu awak nak hantarkan ke? Tak kan? So diam jela. Bising pulak!" Tinggi suaranya tanpa sedar.

Wakeel sudah memandang tajam wajah Adhuha.

Adhuha tergamam. Bibir bawah digigit. Serbasalah atas keterlanjurannya berbicara. "Er.. I'm sorry maa. Dhuha takde niat nak tinggi suara.."

"Takpe Dhuha. Mama faham. Si Wakeel ni pon satu. Duk kacau orang je"

Wakeel mendadak berdiri dari duduknya. "Dah cepatlah. Aku bagi kau masa setengah jam. Kau lambat. Pandai-pandai kau lah hidup." Dia bergerak untuk ke biliknya dengan perasaan sebal.

.

Adhuha memerhati lelaki yang fokus dengan pemanduannya itu. "Er Wakeel."

Wakeel hanya diam tak berkutik.

"Saya tahu saya salah tadi dah tinggikan suara depan mama awak. Saya mintak maaf okey. Pasal panggilan mama tu pon saya mintak maaf. Mama awak yang suruh saya panggil macam tu."

Tiada respon.

"Wakeel.."

"Kau buat apa dekat sini, Dhuha? Kau dah janji dengan aku yang kau takkan muncul depan aku lagi" Pintas Wakeel.

Adhuha terdiam.

"Kau jangan cakap dengan aku yang kau ada rancangkan sesuatu."

"Tak Wakeel. Kisah hidup saya takde kena-mengena dengan awak. Jadi awak jangan risau. Saya takde niat buruk pon pada awak. Saya pon tak sangka saya akan jumpa awak lagi. Apa yang berlaku harini awak anggap je hanya kebetulan semata-mata"

"Waktu tu kau baru menginjak 19 tahun. Kau berhenti belajar tiba-tiba. Kau tak habiskan diploma kau. After 10 years of knowing each other. Are you saying that what happened today was a coincidence?" Wakeel ketawa sinis. "Tak sangka kau berubah sedrastik ni, Dhuha"

"Manusia boleh berubah, Wakeel. Berapa pulak usia kita sekarang. Dah masuk 28 tahun. Tak pelik kalau saya dah berubah sekali pon." Jeda.

"Sebab awak pon dah berubah, Wakeel. Dari yang dulu senyum, sekarang makin dingin. Saya ke yang berubah atau awak yang berubah? Dua-dua berubah, Wakeel"

Kereta sudah berhenti di hadapan rumah Adhuha. Adhuha mengerling ke arah rumah yang gelap gelita itu. Nafas dilepaskan. "Terima kasih. Harap tak jumpa lagi" Punat tali pinggang dibuka.

Adhuha ingin keluar. Pantas Wakeel menarik semula tali pinggang Adhuha. Tersandar kembali Adhuha di kerusi. Pandangan dihala pada Wakeel yang memandang dalam wajahnya. "Kenapa taknak jumpa lagi? Aku ke penyebab kau berhenti belajar dulu, Dhuha?"

"Takde kena mengena dengan awak, Wakeel."

"Habis kenapa taknak jumpa aku lagi?"

"Sebab.." Mata meliar mencari jawapan. Nak temberang apa ni? "..bukan masalah awak."

Wakeel tersenyum. Lucu mendengarkan jawapan spontan Adhuha. Rupanya, adalagi yang belum berubah dari wanita ini. Wakeel melepaskan genggamannya dari terus memegang tali pinggang Adhuha. Dialih tangannya kearah stereng. Diketuk-ketuk stereng itu berkali-kali. "Ingat, Dhuha. Bukan semua pertemuan ada perpisahan. Ada juga pertemuan, permulaan kepada sebuah perjodohan"

"Merepek!" Rungut Adhuha. Dia terus keluar dari perut kereta lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience