Assalamualaikum dan hai semua.
Syukur Alhamdulillah, akhirnya Deeyla dapat menamatkan karya Deeyla yang ke-4 ni iaitu KAHWIN CINA BUTA pada hari ni 02/09/21.
Terima kasih pada semua yang sudi membaca dan setia mengikuti KCB dari awal sehingga lah tamat. Deeyla sangat-sangat berterima kasih dan menghargai setiap sokongan anda yang tidak putus-putus, memberi Deeyla semangat untuk terus menulis, walaupun terkadang Deeyla tidak update sehingga berhari-hari kerana terlalu kekangan masa. Deeyla minta maaf.
Terima kasih juga pada yang sudi menyumbangkan coins. Semoga anda dimurahkan rezeki. Amin.
Deeyla sebenarnya tidak menyangka sambutan karya Deeyla yang ke-4 kali ini begitu hebat dengan view yang hampir mencecah 1 juta. Bagi Deeyla, ianya pencapaian yang sangat wow! Tanpa anda, Deeyla tidak akan mencapai ke tahap ni. Thank you so much.
Deeyla juga ingin meminta maaf, jika sepanjang Deeyla menulis KCB ni, Deeyla ada menyinggung perasaan sesiapa ataupun mana-mana pihak tanpa sedar tak kira di dalam kisah KCB ni ke, di ruang komen di IG, FB ataupun NP. Deeyla juga minta maaf atas kekurangan dan kelemahan yang terkandung dalam kisah KCB terutama sekali mengenai dengan info dan maklumat tentang penyakit mental seperti Pedophile, POCD, Anxiety dan juga Depression. Sesungguhnya, Deeyla cuba memberi yang terbaik dengan memberi sedikit ilmu. Namun, dalam masa yang sama, Deeyla juga ingin mengucapkan terima kasih bagi yang memberi teguran. Terkadang Deeyla juga terlepas pandang. Terima kasih banyak-banyak.
Jadi dengan ini, tamatlah KCB dengan happy ending.
Dalam kesempatan ini juga, Deeyla ingin mengumumkan KCB akan di unpub separuh atas tujuan re-edit dan juga mengelak dari isu plagiat. Jadi, Deeyla akan memberi peluang untuk anda baca selama 2 minggu dari sekarang sebelum Deeyla unpubkan.
Untuk karya Deeyla yang baru iaitu LOVE SCARS yang baru sahaja di publish beberapa hari yang lalu, Deeyla ingin memberitahu, LOVE SCARS akan mengguna kan Unlock Chapter kerana terikat dengan NP. Jadi, tiada lain yang Deeyla harapkan daripada anda semua. Hanya sokongan yang berterusan yang memberi Deeyla semangat untuk terus berkarya dan cuba memberi yang terbaik buat anda semua.
Sekian Terima kasih. Lots of love.
Assalamualaikum.
Share this novel
maaf ya sis terspam
alaa baru terjumpa cerita sis x sempat nak baca ...sis tolong update lagi
alaa baru terjumpa cerita sis x sempat nak baca ...sis tolong update lagi