Bab 1

Romance Series 1212748

"UMAIRA Natasha! Bangun!”

Terhinjut bahu sang gadis apabila lengannya ditempik kasar. Dengan payah, Umaira bangun dari pembaringan sambil menggosok mata dengan sebelah tangan.

“Apa ni, ibu…” rungutnya meleret manja dengan suara serak-serak basah. Kemudian, dia menguap luas, jelas menunjukkan dia masih mengantuk berat.

“Hish! Anak dara sorang ni,” Puan Kartina menggigit bibir geram melihat tingkah-laku anaknya itu.

“Tu ha, Zakuan dah tunggu dekat bawah tu. Lupa ke, hari ni ada kursus nikah?"

“Hah?” Umaira yang menggeliat tubuh, meregang urat, terus mendadak kejung. Pantas, jam di dinding dipandang.

9.15 minit pagi!

Terbelalak bebola mata dengan mulut ternganga.

“Oh shit!” Dengan kalut, Umaira turun dari katil.

“Eh! Eh! Budak ni!” Puan Kartina terus menampar punggung Umaira yang sudah pun berdiri itu. Geram, pahanya dijadikan tempat tangan anak tunggalnya itu menolak tubuh kerdil untuk bangun.

Umaira terus saja meraih tuala yang disidai kemas di ampaian lalu melangkah laju menuju ke bilik mandi.

“Bagitahu dia suruh tunggu. Maira nak mandi dulu!” Sempat Umaira menitip pesan pada ibunya sebelum dia menutup daun pintu.

Puan Kartina mencebik dan menggeleng. Tidak ubah seperti memberi arahan kepada orang suruhan. Mengada betul!

Lantas Puan Kartina bangun dari duduknya lalu melangkah keluar dari bilik tidur Umaira.

****

“Abang…” panggil Umaira manja. Senyuman paling manis dihadiahkan buat bakal suami yang sedang memandu itu.

Zakuan melirik sekilas. Mereka baru sahaja selesai dari menghadiri kursus nikah. Dan sekarang, mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah restoran kegemaran mereka untuk mengisi perut yang sejak tadi berkeroncong minta di isi.

“Hmm… Apa?”

“Nanti kan… “ Terdengar meleret suara Umaira ketika itu. “… Lepas kita kahwin, sayang nak abang nyanyikan sayang lagu yang abang selalu nyanyi untuk sayang masa dekat hospital tu.”

Mendengar sahaja itu, Zakuan lantas menghela nafas perlahan. Dia memang sudah mengagak permintaan itu pasti akan diungkit lagi.

“Abang dah tak berapa ingat lagu tu dah. Kan dah lama,” ujarnya.

“La… tak kan abang dah lupa.” Mulut Umaira sudah mencebir layu. “Sayang rindu nak dengar suara abang nyanyi lagu tu untuk sayang tiap-tiap hari macam dulu tu.”

Kali ini, Zakuan melepaskan keluhan lebih panjang lagi.

“Okay lah, abang cuba nanti ye… Tapi, tak janji tau.” Zakuan melirik sekilas memandang Umaira.

“Kalau tak sedap macam dulu, jangan gelak pula,” ucapnya lagi sekadar ingin bergurau senda dengan tunang yang sangat dicintainya itu.

Bibir Umaira terus melakar senyum lebar.

“Tak apa. Janji dapat dengar suara abang yang serak-serak basah tu. Dah kira happy sangat-sangat,” ucapnya bersama tawa kecil bagai anak kecil yang manja.

“Bukan senang tau, dapat dengar suara abang yang seksi tu. Masa sayang koma je sayang dapat dengar. Dah sedar, abang dah tak nak nyanyi lagi dah.”

“Suara abang mahal. Tu lah, masa sayang tak sedar je boleh dengar,” usik Zakuan selamba.

“Hish! Angkat bakul pula dia.” Umaira terus menampar manja lengan Zakuan yang sasa itu.

Zakuan tergelak kecil apabila memandang sekilas wajah geram Umaira. Tercuit rasa hatinya.

****

Umaira duduk di kerusi di luar kafe sambil menyedut teh hijau matcha. Sesekali dia mengerling jam di tangan. Hari ini, dia bercadang mahu berbelanja sakan bersama dengan teman rapatnya, Syafiqa. Kalau boleh dia ingin meluangkan masa seberapa banyak yang boleh bersama teman rapatnya itu, sebelum dia menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

“Hey babe!” sapa Syafiqa yang baru sahaja tiba dari arah belakang.

Umaira sedikit terkejut. Hampir-hampir sahaja air yang disedut tersembur keluar. Lekas-lekas dia menutup mulutnya dengan telapak tangan.

“Sorry, lambat. Traffc jam. Biasa lah kan, tengah hari. Pick hour,” ujar Syafiqa lalu mengambil tempat duduk di depan Umaira. Tubuhnya terus disandar penuh di dada kerusi dek kelelahan mengejar waktu.

Umaira mencebik. “Hmm, ye lah tu. Bukan ke, semalam aku dah beritahu awal, sebelum pukul 12 meet up dekat sini."

Syafiqa tersengih seperti kerang busuk. Memang salahnya, kerana terlalu lalai berborak sakan ketika terserempak dengan rakan sekerjanya sehingga terlupa akan temu janji mereka hari ini.

“Siapa belanja hari ni?” Syafiqa hanya sekadar bertanya walau dia dapat meneka. Kening sengaja dijongket tipis.

“Aku lah. Siapa lagi..." jawab Umaira mula sebal.

“Macam tu lah, baru sahabat!” Syafiqa terkekeh kecil.

Umaira memutar bebola mata ke atas.

“Order lah dulu. Lepas ni, kita pergi shopping." Loceng di atas meja ditekan untuk memanggil pelayan kafe. Seorang pelayan lelaki segera datang ke arah mereka.

“Yes. May I have your order?" sapa pelayan itu ramah bersama senyuman sambil bersedia untuk mencatit pesanan.

“Yup. One Chicken Wrapped in Parma Ham and Lychee Iced Tea, please," pesan Syafiqa tanpa melihat buku menu. Mereka berdua sememangnya sudah hafal kesemua menu-menu yang ada di kafe kegemaran mereka itu. Ini kerana, hampir setiap hujung minggu mereka akan minum petang bersama disitu untuk menghabiskan masa lapang. Mereka juga turut sama mengenali si pemilik kafe tersebut. Sangat peramah orangnya.

“Okay, and Miss Umaira?”

Umaira menggeleng sambil tersenyum nipis. Pelayan lelaki itu mengangguk faham lalu mengatur langkah pergi.

“Eh! Kau tak nak makan apa-apa ke? Nanti kena gastric pula” ujar Syafiqa sedikit bimbang.

“Don’t worry. Aku dah makan sikit tadi dekat rumah sebelum keluar,” ujar Umaira sambil tersenyum nipis.

“Eleh… Nak jaga badan lah tu sebelum kahwin,” usik Syafiqa.

“Well…” Umaira mengangkat kedua bahunya.

Sedang mereka berdua asyik berbual, pelayan lelaki tadi datang menghantar dan menghidang makanan dan minuman yang telah dipesan oleh Syafiqa.

“Thank you,” ucap Syafiqa tersenyum lebar melihat makanan yang menyelerakan terhidang di depan mata.

“Enjoy your meal, miss.” Pelayan itu memberikan senyuman manis sebelum pergi.

Tanpa membuang masa, Syafiqa terus membaca Bismillah lalu menyedut minumannya dengan sedikit rakus.

“Uhuk! Uhuk!” Syafiqa terbatuk-terbatuk. Dada yang terasa perit dek tersedak air, ditepuk berulang kali.

“Ha! Kan dah tersedak. Tu lah, gelojoh sangat. Macam tak minum sebulan!” bebel Umaira lalu memberi sehelai tisu kepada Syafiqa.

Syafiqa dengan cepat-cepat menyeka air matanya yang hampir meleleh ke pipi. Nanti celak matanya ikut sama mencair. Hancurlah imejnya yang sentiasa mementingkan penampilan bak diva itu.

Sambil menekan lembut hujung tisu di tubir mata, kelopak matanya langsung tidak berkelip memandang ke arah hadapan. Yang pastinya, bukan ke arah Umaira. Tetapi, di belakang sahabatnya itu. Dia melihat seorang lelaki yang segak bergaya memakai kot hitam sedang duduk menjawab panggilan telefon.

Ini lah punca mengapa Syafiqa tersedak tiba-tiba tadi. Gara-gara terpegun melihat ketampanan wajah lelaki tersebut. Pada awalnya, wajah lelaki itu tidak kelihatan dek dihalang oleh surat khabar yang dipegang. Dan kini, wajah lelaki itu terpampang jelas di depan mata setelah surat khabar dilipat dua lalu diletakkan di atas meja.

Kening Umaira sedikit mengerut bila menyedari Syafiqa seolah-olah sedang mengintai seseorang. Dengan tubuh sedikit menyenget ke kanan.

“Kau tengok siapa tu?” soalnya lalu cuba menoleh ke belakang.

“Jangan tengok belakang!” Tegah Syafiqa berbisik sedikit keras. Dengan pantas dia menggenggam lengan Umaira yang berada di atas meja. “Nanti dia perasan.”

Semakin berlapis-lapis kening Umaira, hairan dibuatnya. “What?”

“Sini.” Syafiqa terus merapatkan tubuhnya ke meja.

“Apa?” soal Umaira turut sama merapatkan tubuhnya ke meja. Telinga kanan di hala ke arah Syafiqa. Dia tahu, Syafiqa ingin membisikkan sesuatu kepadanya.

“Lelaki yang duduk di belakang kau tu, handsome lah. Tapi sayang, tua,” bisik Syafiqa lalu terkekeh kecil.

“Hish! Bodoh lah kau ni! Gatal! Ingat apa lah tadi. Ingatkan musuh kau,” Umaira mendesis sebal.

Terkekek-kekek Syafiqa ketawa sambil menekup mulut dengan telapak tangan.

“Kau rasa, dia masih single ke?” Syafiqa masih mengintai lelaki itu dengan mata keranjangnya.

“Hish! Mana lah aku tahu! Entah-entah laki orang! Kau juga yang kata, dia dah tua!” bisik Umaira namun berbaur geram, bimbang jika lelaki yang duduk di belakangnya itu terdengar akan perbualan mereka berdua.

“Mana lah tahu kan, masih bujang tapi terlajak tua. Zaman sekarang ramai lelaki tua belum kahwin. Konon nak enjoy puas-puas dulu,” ujar Syafiqa masih ingin mengusik Umaira.

“Sudah lah kau. Lebih baik kau makan. Nanti sejuk pula makanan tu.” Umaira malas melayan perangai sengal Syafiqa. Nanti semakin meleret-leret pula.

Syafiqa terus meraih sudu dan garfu yang telah disediakan.

“So, lepas kahwin nanti, apa plan korang? Honeymoon dekat mana?” soalnya mengubah perbualan ke topik baru.

“Tak tahu lagi. Ada dua pilihan. Paris atau Rome,” jawab Umaira sambil menyedut minumannya.

“Ni mesti sebab teruja sangat kan, sampai tak tahu nak pilih honeymoon dekat mana. Alang-alang ambil je dua-dua sekali," cadang Syafiqa setelah menghabiskan kunyahannya. Air Laici disedut perlahan bagi melancarkan penghadaman.

“Aku okay je ambil dua-dua sekali. Cumanya, Zakuan ambil cuti tak lama. Agak rush lah juga kalau honeymoon dua tempat dalam jangka masa yang singkat," jelas Umaira.

"Hmm... Betul juga tu." Syafiqa mengangguk kecil.

"Tapi kan, aku tak kisah sangat pun fasal honeymoon tu. Boleh pergi bila-bila masa je. Tapi ada satu benda yang buat aku lebih excited lagi dari honeymoon tu," ucap Umaira dengan senyum lebar tiba-tiba.

“Apa dia?”

“Zakuan janji, lepas kami nikah nanti, dia akan nyanyikan lagu yang dia selalu nyanyikan untuk aku masa aku koma dulu tu. Yes!” ujar Umaira penuh keterujaan.

Syafiqa terus mencebik. “Hek eleh! Ingatkan apa lah tadi. Tak habis-habis lah kau dengan lagu tu. Apa lah yang istimewa sangat dengan lagu tu?"

“Eh, kau tak tahu, babe. Sebab dia selalu nyanyikan lagu tu lah, aku jatuh cinta dekat dia masa koma. Hari-hari dia main gitar. Kalau tak petang, malam,” cerita Umaira sambil mengenangkan kisah romantisnya itu. Sumpah, dia terlalu rindu mendengar suara lelaki itu. Pada awalnya, dia kirakan hanya mainan mimpi semata-mata ketika dia koma. Namun, setelah dia berjaya membuka mata, ternyata ianya adalah benar. Dia melihat Zakuan sedang duduk disebelahnya sambil memangku sebuah gitar.

“You’re very lucky, dapat lelaki yang setia macam Zakuan tu. Dia sanggup tunggu kau sampai kau sedar. Siap nyanyi lagu romantik hari-hari. Kalau aku ni, heh! Nan hado!” ujar Syafiqa lalu mencampak tisu yang digunanya tadi di atas pinggan.

“Kau tu, bukan tak ada yang setia tunggu kau. Ada je, cuma kau tu yang terlalu cerewet. Terlalu memilih. Si Haiqal tunggu kau dari tahun lepas lagi, sampai sekarang kau buat ‘derk’ je dekat dia. Kesian aku tengok Haiqal tu dok terhegeh-hegeh kejar kau dalam office tu hari-hari,” ujar Umaira.

“He’s not my taste lah, babe,” rungut Syafiqa.

“Habis tu, taste kau yang macam mana?” soal Umaira.

Syafiqa melorek senyum miang lalu mendekatkan tubuhnya ke meja. Dia kembali berbisik.

“Macam lelaki yang duduk dekat belakang kau tu,” usik Syafiqa kembali terkekek-kekek ketawa.

“Hish! Tak habis-habis lah kau ni. Handsome sangat ke, hah?” soal Umaira. Dia cuba menoleh ke belakang namun sekali lagi dihalang oleh Syafiqa.

“Hish! Jangan tengok lah.”

Tiba-tiba, lelaki itu mengangkat bebola mata memandang ke arah Syafiqa.

“Damn it!” desis Syafiqa. Segera dia mengalih pandangan ke arah lain. Tanpa sedar, kedua belah pipinya terasa bahang. Malu seketika.

Umaira yang mendengar dengan jelas, terus merenung wajah Syafiqa yang sedikit cuak itu. “Kau kenapa?”

“Lelaki tu tengok sini."

Mulut Umaira terus menganga seolah tidak percaya.

“Entah-entah, dia dengar kot. Habis lah kau!” usik Umaira sengaja ingin menakut-nakutkan Syafiqa.

“Hish! Kau ni!” Syafiqa menampar lengan Umaira. Umaira terus melepaskan tawa kecil.

“Weh! Weh! Weh! Dia bangun!” Semakin cuak Syafiqa ketika itu, namun dia cuba untuk bersikap tenang. Mana tidaknya, lelaki itu memandangnya tepat disaat ini sambil memperbetulkan kot.

Mata Umaira terus membulat. Entah mengapa, dia yang tadinya mahu mengusik Syafiqa, turut sama merasa cuak tiba-tiba.

“La, dia pergi rupanya…” Dari berasa cuak, kini wajah Syafiqa terus berubah hampa.

“Hah?” Umaira terus menoleh pantas ke belakang. Terlihat lelaki itu sedang melangkah pergi dengan penuh bergaya bersama surat khabar di tangan. Dia juga turut sama merasa hampa kerana dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana membelakanginya. Apa yang jelas, tubuh lelaki itu kelihatan sasa dengan bahu sedikit melebar, tinggi lampai serta rambutnya nampak beruban.

“Aku ingatkan dia nak minta nombor aku tadi,” cebik Syafiqa.

“Serius lah, taste kau macam lelaki tu?” soal Umaira seolah tidak percaya. Kali ini, bukan bergurau.

“Entah lah. Dia memang nampak tua, tapi handsome. Ada aura and hot gitew!” puji Syafiqa sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

“Cis! Geli pula tekak aku dengar. Dia bukan nampak tua, tapi dah memang tua pun! Rambut dia pun beruban aku tengok tadi. Sejak bila pula kau berubah taste nak lelaki tua ni?” perli Umaira merinding geli.

“Sekali-sekala tukar taste lah, babe. Apa salahnya kan, selagi bukan suami orang," gurau Syafiqa selamba.

Umaira terus menggeleng kepala. “Ada-ada jelah kau ni. Lelaki tu dah taraf, sugar daddy dah tu. Kau tengok lah, dengan zaman moden yang serba canggih ni, dia masih lagi baca surat khabar. Kalau kau berjodoh dengan dia, dah macam anak dengan bapa. Boleh pula kau berselera dengan orang tua."

Meledak tawa Syafiqa. “Dah lah! Jom kita pergi shopping.”

“Kejap, aku bayar dulu.”

Share this novel

Jue Mustaffa
2021-09-29 02:41:25 

aduii lm hilang mujuq mai blk smpt bc Smpai chaptr 36 ja.

citsuko_ma
2021-09-12 16:34:53 

huhu tengah syok baca chapter 56 tiber chapter hilang. Dah cukup ke 2minggu ke deeyla...uwaaaa

Mun Arifamanie
2021-08-18 09:52:41 

best giler cita ni.. tq sbb sudi karang cerita ug menarik ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience