Prolog

Romance Series 1212748

LENA tidurnya menghayati di setiap petikan gitar yang lembut menyapa halwa telinga. Suara yang gemersik melantun sebuah lagu, mampu membuat denyutan jantungnya berdetak normal di kaca layar monitor itu. Sesekali bebola matanya bergerak cuba menyedarkan diri agar dapat menatap wajah si empunya suara yang serak basah itu. Sungguh, dia terpesona mendengar suara itu namun kelopak matanya begitu berat untuk dibuka. Tenaganya masih lemah. Setiap hari suara merdu itu mendendangkan lagu buatnya sehingga di setiap detik lenanya diulit mimpi-mimpi yang menyamankan. Tak sedar dalam lenanya, bibir mengukir senyum halus.

"You're just too good to be true
Can't take my eyes off you
You'd be like heaven to touch
I wanna hold you so much

At long last love has arrived
And I thank God I'm alive
You're just too good to be true
Can't take my eyes off you

I love you, baby
And if it's quite alright I need you, baby
To warm a lonely night, I love you, baby
Trust in me when I say

Oh, pretty baby
Don't bring me down, I pray, oh pretty baby
Now that I found you, stay, oh pretty baby
Trust in me when I say

Oh, pretty baby…"

“Maira, I want you to know that I’d falled in love with you since the day I laid my eyes on you…” gemersik suara bisikan itu menyapa halwa telinga. Terasa dahinya hangat dikucup dengan seulas bibir. Lama bibir itu melekap disitu seperti sedang menyalur rasa cinta yang menggebu. Kepalanya yang berbalut diusap penuh lembut.

“Saya berharap sangat awak akan cepat sedar. Saya rindu nak tengok senyuman manis awak. Saya janji, saya akan nyanyikan awak lagu setiap hari sampai awak sedar. Saya nak awak ingat di setiap bait-bait lagu yang saya nyanyikan untuk awak. Semuanya tentang awak. Dan saya nak awak tahu, awak selalu ada disini….” Tangan kanannya yang dingin, digenggam lembut lalu dilekapkan di dada sasa lelaki itu.

"Di hati saya sejak dulu lagi. Dan ianya akan selalu berada disitu sampai akhir nafas saya." Terasa detak jantung itu di telapak tangannya. Sebutir demi sebutir air jernih menitis mengalir di sisi wajahnya. Sebak hati tak bisa membalas disetiap kata-kata cinta yang diluahkan setiap hari itu buat dirinya. Hanya hatinya saja bisa membalas waktu itu.

"Terima kasih atas segalanya. Berjanji dengan saya, awak akan terus setia menanti sampai saya sedar. Sebab saya nak awak tahu, bila saya sedar nanti, saya akan katakan pada awak, bahwa awak sudah terpahat di hati saya sejak awak nyanyikan saya lagu yang pertama."

NOTA : Salam semua. Maaf, kerana lama menyepi dari dunia merah sejak dari tahun lalu dan hari ini saya kembali hanya untuk menyampaikan sedikit pesanan dan juga info. Dengan karya KCB ini di republish, kemungkinan ada segelintir pembaca akan bertanya tentang karya ini mahupun karya LOVE SCARS yang masih on-going / tergantung. Jadi untuk itu, saya mengambil langkah untuk menjelaskan disini terlebih dulu, agar tidak tertanya-tanya selepas ini.

Soalan yang selalu dipertanyakan.

1. Adakah KCB bacaan free atau Unlock Chap?

Unlock Chap. Bermula dari Bab 4 hingga tamat.

2. Berapa bab semuanya?

Mengikut dari karya asal, ada 63 bab keseluruhannya.

3. Mengapa Unlock Chap?

Untuk menjaga dan melindungi hak cipta dari plagiat. Dan sudah diberi peluang bacaan secara percuma selama dua tahun lebih sebelum di unpub.

4. Adakah author masih active? Jika tidak, nyatakan sebab.

Tidak. Atas sebab masalah kesihatan fizikal dan mental. Dan hal ini, sudah dimaklumkan di Instagram author sendiri pada bulan Mac tahun ini.

5. Jika tidak active, mengapa KCB di repbulish? Dan, mengapa Love Scars tergantung sepi?

KCB merupakan karya ketiga penulis yang sudah tamat 4 tahun yang lalu. Jadi, author tidak perlu memerah otak untuk menulis bab baru setiap hari. Hanya perlu di publish setiap bab yang sudah sedia ada dalam draft hingga tamat. Malah, hari dan waktu publish juga sudah ditetapkan mengikut perbincangan dengan editor / team marketing NovelPlus sendiri.

Manakala punca Love Scars tergantung sepi, kerana karya tersebut merupakan karya baru dan on-going. Dan author perlu menulis setiap bab baru dan author masih tidak active atas masalah kesihatan.

6. Bagaimana mahu menghubungi author jika ada pertanyaan lain?

Melalui DM instagram author sendiri. Tetapi, tidak dijanjikan untuk membalas sebarang DM kerana masih tidak active.

Instagram acc : adeeylash

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience