Aku melihat diriku di hadapan cermin. Aku mengeluh. Sesungguhnya aku memang tidak suka akan rancangan keluargaku yang mahu mengahwinkan aku dengan seorang lelaki.
Almaklumlah aku baru sahaja menduduki Tingkatan 5. Tup tup dah kena kahwin. Banyak lagi tanggungjawab aku yang belum terlaksana kini tanggungjawab lain pula sudahku kena pikul di sebelah bahu.
Aku melihat pantulanku di hadapan cermin. Cantik juga aku apabila mengenakan busana pengantin yang berwarna putih cream tersebut.
Namun itu semua aku tidak kisah, yang aku kisah sekarang ialah apabila mak andam mula memanggilku untuk keluar kerana majlis sudah mahu mula.
Aku gementar. Hanya beberapa minit sahaja lagi aku bakal digelar isteri orang. Aku menarik nafas perlahan lalu menghembusnya. Aku mengangkat sedikit busanaku lalu melangkah keluar dari bilik.
Aku menuju ke pelamin dengan dipimpin oleh mak andam yang menyiapkan aku sebentar tadi. Majlis perkahwinanku hanya buat seringkas yang mungkin seperti yang aku minta.
"Tengku Mukhriz bin Tengku Zainal" kata Encik Al Fattah selaku bapaku.
"Ye saya"
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Nur Laura Adeliana binti Al Fattah dengan mas kahwinnya RM500 tunai"
"Aku terima nikahnya Nur Laura Adeliana binti Al Fattah dengan mas kahwinnya RM500 tunai"
"Sah?" tanya Encik Al Fattah.
Semua yang berada di situ mengangguk setuju lalu sudah sahlah aku bergelar sang isteri kepada Tengku Mukhriz.
Kami mula membacakan doa. Seumur hidupku aku tidak pernah berjumpa dengan dia. Aku curi curi pandang untuk melihat wajahnya namun tidak boleh. Aku hanya dapat melihat belakang badannya yang sado itu sahaja.
Selesai sahaja kami mengaminkan doa, aku mula menunduk malu. Almaklumlah sudah mula acara sarung cincin.
"Laura" panggil seseorang.
Aku mula mengangkat muka lalu memandang wajah yang memanggilku tadi. Aku melihat Tengku Mukhriz sudah duduk di hadapanku.
"Boleh tahan hensem dia ni" pujiku di dalam hati.
"Laura sayang, meh tangan" kata Tengku Mukhriz.
Aku memandang tanganku lalu merapatkannya didadaku.
"Nak buat apa?" soalku acah acah bodoh kejap.
"Nak sarung cincinlah sayang oi" balas Tengku Mukhriz.
"Hm nah!" aku memberikan tanganku yang cantik lagi mulus ini kepada dia untuk menyarung cincin.
Tengku Mukhriz mula menyarung cincin yang mempunyai batu diamond tersebut ke jari manisku.
"Salam" arah Tengku Mukhriz lalu menghulurkan tangannya kearahku.
Aku sekadar melihat sahaja tangannya itu. Lalu aku memandangnya dengan pandangan pelik.
"Kenapa?" soalku.
"Salam" ulang Tengku Mukhriz.
"Tak nak" tolakku.
"Salam" ulang Tengku Mukhriz lagi sekali.
"Tak nak!" tolakku lagi sekali.
Tengku Mukhriz mula merapatkan dirinya kearahku. Aku hanya berdiam diri sahaja.
Tiba tiba aku terasa pinggangku seperti digeletek oleh satu tangan. Ye tangan Tengku Mukhriz.
"Salam sayang" arah Tengku Mukhriz lagi sekali.
Aku tergelak dengan geletekan yang diberikan oleh Tengku Mukhriz tersebut.
Akibat tidak tahan dengan geletekan tersebut aku cepat cepat menyalam tangannya. Selepas sahaja aku menyalam tangannya barulah dia berhenti geletek pinggangku.
"Ok pandang sini!" arah cameraman tersebut selepas sahaja aku menyalam tangan suamiku itu.
Kami berdua berpusing menghadap ke hadapan lalu memandang kearah cameraman untuk bergambar.
Tengku Mukhriz merapatkan dirinya kearahku lalu meletakkan tangannya di pinggang rampingku. Aku juga tidak kurang, aku meletakkan tanganku di pinggangnya.
Namun tanganku tidak duduk diam, aku usap dahulu pinggangnya sehingga dia tergelak sedikit dan...
"Adoii!" rengek Tengku Mukhriz selepas sahaja aku menghadiahkan satu cubitan kuat di pinggangnya.
"Eh kenapa ni?" tanya Puan Rahimah iaitu ibuku apabila terdengar Tengku Mukhriz menjerit.
"Eh tak ada apa mummy. Ni ha Laura ni nakal sangat, sampai tak sabar nak masuk bilik" beritahu Tengku Mukhriz.
Aku menjeling apabila dia berkata begitu kepada ibuku.
"Sabarlah sayang. Malam ni okay? Tak lari gunung dikejar" kata Tengku Mukhriz lalu mengusap kedua dua belah pipiku.
Aku menjegilkan mataku lalu menggigit jarinya.
"Adoiiiii..........
Share this novel