Selesai sahaja memberikan salam kepada cikgu tersebut, kelas 5 Victy pun duduk. Kecuali aku yang masih berdiri tegak.
"Kau dah kenapa Ad? Duduklah nyah!" kata Aleesya lalu menarik tanganku untuk duduk.
"Baiklah semua, as you know from now on, I will teach you Biology. So harap semua beri kerjasama ye" kata Cikgu tersebut.
"Weh Ad, cikgu tu kata apa?" tanya Aleesya secara berbisik.
Laura Adeline sudah biasa dengan kelemahan Aleesya yang tidak pandai bahasa English. Tapi yang peliknya dia boleh bertutur dalam bahasa english dengan sempurna. Hm.
"Cikgu tu kata, siapa bising dia kambing" jawabku lalu tergelak perlahan.
"Kau ni nyah!!! Aku tanya kau jawab main main lah!" rengek Aleesya perlahan.
"Sebelum saya lupa, nama saya ialah Tengku Mukhriz. Awak semua boleh panggil Cikgu Mukhriz" Cikgu Tengku Mukhriz a.k.a suami aku memperkenalkan dirinya.
"Uish, dahsyat nauu nama. Patutlah hensem" puji Aleesya perlahan namun masih dapat didengari olehku.
Aku yang mendengar monolog Aleesya segera menjelingnya tanpa disedarinya.
"Hensem lah sangat" ejekku di dalam hati lalu memandang kearah Tengku Mukhriz.
Aku memandangnya dari atas sehingga bawah. Dari gaya rambutnya yang ala ala mamat korea sehingga ke kakinya.
"Hm. Suami aku, mestilah hensem" bisikku sambil mata masih ligat melihat Tengku Mukhriz.
"Awak!" panggil Tengku Mukhriz sambil memandang kearah Laura Adeline.
Aku segera mematikan lamunan sebaik sahaja Tengku Mukhriz memandangku. Tengku Mukhriz menundingkan jarinya kearahku.
Aku menoleh ke belakang. Mana tahu dia panggil orang belakang aku.
"Awak yang pusing belakang tu" kata Tengku Mukhriz.
Aku terkejut.
"Saya?" soalku.
"Ye awaklah" kata Tengku Mukhriz lembut.
Aku segera berdiri.
"Nama siapa?" tanya Tengku Mukhriz.
Aku mengecilkan mataku kearah Tengku Mukhriz. Tanda geram.
"Ad" jawabku sepatah.
"Ad apa? Ad iklan tu ke?" seloroh Tengku Mukhriz lalu kelas mulai gamat dengan gelak tawa semua pelajar.
"Nur Laura Adeliana Binti Al Fattah" kataku.
"Nak panggil apa?" tanya Tengku Mukhriz.
Aku mendengus perlahan. Penat dengan lakonannya.
"Teacher can call me Laura" balasku.
"Oh hai Adeliana, nice to meet you" kata Tengku Mukhriz.
"Sah tak faham bahasa dia ni. Kau tunggu kat rumah aku wrestling kau confirm esok datang sekolah berlebam biji mata kau" makiku di dalam hati.
"Nice to meet you too Cikgu Mukhriz" kataku lalu menjelingnya dan segera melabuhkan duduk tanpa keizinannya.
Tengku Mukhriz hanya tersenyum perlahan dengan perangaiku.
Share this novel