4

Romance Series 7333

"Awak ni sengaja kan?" marahku kepada Tengku Mukhriz pada malam itu.

Tengku Mukhriz yang sedang leka menghadap laptop terus mengalihkan pandangannya kearahku.

"Kenapa ni sayang?" soal Tengku Mukhriz.

"Yelah, masa dekat sekolah tadi awak sengaja kan usik usik saya" marahku lalu menghempaskan punggungku di atas katil.

"Mana adalah. Over thinking lah sayang kita ni" kata Tengku Mukhriz lalu duduk di sebelahku.

"Awak pun satu! Tak bagitahu pun jadi cikgu dekat sekolah saya!" tambahku.

"Sayang tak tanya" balas Tengku Mukhriz.

"Awak patutnya bagi jelah tahu" jawabku.

"Alah sayang ni. Yela yela maafkan abang okay?" pinta Tengku Mukhriz.

Aku berdehem sahaja.

"Dahlah jom tidur. Esok sekolah kan?" ajak Tengku Mukhriz.

Aku mendiamkan diri lalu baring dan menarik selimut menutupi tubuhku.

Tengku Mukhriz tersenyum. Lalu baring di sebelahku.

"Goodnight sayang" ucap Tengku Mukhriz.

KEESOKAN HARINYA......

"Weh beb! Ini kalau yang lain tahu yang Cikgu Mukhriz tu suami kau, habislah" kata Aleesya.

"Betul tu weh" sokong Nadia.

"Entahlah. Aku pun tak tahulah" jawabku berbasa basi.

"Korang kena hati hatilah lepas ni. Nanti kantoi perghhh" tambah Aleesya diikut dengan riak mukanya.

"Tapikan, tiba tiba aku rasa kesian dekat Harith" kata Nadia.

Aku dan Aleesya segera menoleh kearah Nadia.

"Asal?" soal kami serentak.

"Dia kan suka kau Ad. Kau tengok bawah meja kau tu. Hampir setiap hari dia kasi kau bunga ros tau!" beritahu Nadia.

"Haahlah weh. Ni baru lagi rasanya" kata Aleesya lalu mengambil bunga Rose putih di bawah mejaku.

Aku melihat sahaja. Lalu aku merampas bunga Rose itu dan menuju ke tong sampah yang terletak di bahagian belakang kelas.

Aku membuang bunga Rose itu lalu menuju ke tempatku.

"Asal buang?" soal Aleesya.

"Apa ke bodoh sangat soalan kau ni? Si Ad ni kan dah ada suami" kata Nadia.

Aleesya tersengih.

Aku hanya menggeleng kepala sahaja.

"Bangun!!" arah Haikal selaku ketua kelas.

Aku tidak terkejut mahupun terpana kerana aku sudah agak dia yang akan menggantikan Puan Bedah selaku guru Biology dan guru kelas kami.

"Selamat pagi Cikgu Mukhriz" kata Haikal lalu diikuti kami semua.

"Selamat pagi. Duduk" balas Tengku Mukhriz.

"Dua masa ini, kamu buat kerja masing masing lah ye" arah Tengku Mukhriz.

Mendengarkan arahan itu, satu kelas bersorak gembira.

Aku melihat semua gembira, kecuali aku yang reaksi hanyalah seperti cekodok basi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience