2

Romance Series 7333

"Hai pengantin baru, datang juga sekolah ye kau. Ingatkan dah syok pergi honeymoon" seloroh Aleesya lalu tergelak diikuti dengan kawanku yang lain.

Aku yang leka membaca novel 'Suri hati MR. Pilot' segera tutup. Aku mengalihkan pandanganku menghadap mereka.

"Takyah nak perli aku sangatlah. Kau ingat aku suka ke?" marah aku. Menyampah dengar perlian mereka.

"Ala rilekslah beb. Kitorang pun terkejut gila bila kau ajak kitorang datang rumah kau sebab kau nak kahwin" balas Nadia yang sedang duduk di belakang Adeline Adrea.

"Tulah. Anyway handsome juga lelaki pilihan arwah nenek kau. Kalau aku jadi kau memang aku terima dengan hati terbuka" kata Aleesya lalu meletakkan tangannya di dagu. Berangan.

"Kau tu memang. Menggeletis je lebih. Bangladesh yang dekat tepi sekolah pun kau nak!" perliku lalu menjeling Aleesya.

"Eh kau! Kasar nampak" marah Aleesya.

Aku sekadar menjeling. Benda betul. Ada ke haritu dia pergi minta nombor pakcik bangla dekat tepi sekolah tu. Entah apa apa je.

"Tapi serius handsome tho suami kau. Jealous aku" tambah Aleesya.

Aku hanya berdehem sahaja. Malas mahu layan.

"Anyway how's your first night with your lovely husband?" soal Nadia yang dari tadi hanya berdiam diri sahaja.

"Malam pertama aku dengan dia?" ulangku lagi sekali.

Aku pun mula mendongak ke siling dan cuba mengingati kembali kejadian malam tadi.

FLASHBACK.....

"Adeline" panggil Tengku Mukhriz yang kini berada diatas katil empuk bersaiz King.

Aku yang sedang memakai losyen di tangan memandang kearah Tengku Mukhriz apabila dia memanggilku.

"Apa?" jawab aku acuh tak acuh.

"Jom tidur" ajak Tengku Mukhriz lalu menepuk lembut tempat disebelahnya.

Aku hanya memandang sahaja perbuatannya.

"Gila. Sundal pula kau ye malam ni" makiku didalam hati.

"Adeliana..." panggil Tengku Mukhriz lagi sekali.

"Ihhh gelilah. Aku budak sekolah lagi eh!" marahku lalu mencerlungkan mataku kearahnya.

"Yela. Itu sebab abang ajak sayang tidur. Esok sekolah kan?" tanya Tengku Mukhriz.

"Ihh saya tahulah. Awak suka saya eh?" soalku.

"Tak salah pun kalau abang suka isteri sendiri" balas Tengku Mukhriz.

"Cepatnya Ya Allah. Eh awak ni dah ada berapa banyak ex ni?" soalku lagi sekali sambil menyilangkan kaki.

"Astaghfirullah sayang. Abang baik tau. Takde ex ex ni" jawab Tengku Mukhriz.

"Tipu!" balasku lalu menarik muka. Entah mengapa tiba tiba mahu jadi gedik pula.

"Tak sayang. Betull!!" tegas Tengku Mukhriz lalu mengangkat sumpah.

"Hm yelah tu" kataku perlahan lalu menuju ke katil. Aku baring di sebelah Tengku Mukhriz dan menarik selimut lalu menutup badanku.

Aku tidak mempedulikan Tengku Mukhriz yang sedang ralit merenungku. Aku menutup mata. Aku dapat rasakan bahawa Tengku Mukhriz juga mula membaringkan tubuhnya.

"I know its kinda hard for you to accept this marriage. Tambahan pula you are still in secondary. But I just want you to know that I'm truly like you since the first time we met" bisik Tengku Mukhriz di telingaku.

"Since first time we met? What did he meant? Dia pernah jumpa aku ke?" soalku di dalam hati. Aku cuba mencerna kata kata yang disampainya.

Aku malas mahu berfikir lagi, aku membuang semua perkara yang bermain di benakku lalu menutupkan mata.

END FLASHBACK......

"Ad, asal muka kau tiba tiba merah?" tanya Nadia selepas sahaja nampak mukaku mula memerah tanpa sebab.

Aku tersedar dari lamunan lalu memegang pipiku yang panas. Ye malu. Tapi kenapa?

"Mesti ingat pasal malam semalam ni" seloroh Aleesya.

"Kau tak habis habis kan!" marahku lalu mengambil bekas pensil dan mula memukul di bahunya.

Aleesya mengaduh manja lalu mengambil pembaris panjangnya pula untuk memukulku. Aleesya baru sahaja hendak memukulku tiba tiba datang seseorang menjerit di pintu masuk.

"Ad!!! Sekarang waktu apa?" soal Haikal selaku ketua kelas kepadaku dengan nada yang kuat.

"Physic pak aji!" jawabku dengan nada yang lagi kuat.

"Tadi aku nampak cikgu baru tau. Aku rasa dia kot yang akan ganti Cikgu Hafizah" kata Haikal yang sudah berada di hadapan mejaku.

"Ye ye O je kau" balasku tidak percaya.

"Betul! Tadi aku terdengar cikgu lelaki dengan cikgu Salma borak borak pasal Physic" Haikal cuba meyakinkan aku tentang kedatangan cikgu baru tersebut.

"Baguslah. Kita ni pun dah lama tak belajar" jawabku lalu mulanmencari buku teks mata pelajaran Physic di dalam beg.

Aku menyelongkarkan begku untuk mencari buku teksku. Namun tidak jumpa. Aku cuba menyelongkarnya lagi.

"Bangun!" jerit Haikal selaku ketua kelas sebaik sahaja cikgu baru tersebut menapak masuk ke dalam kelas.

Aku tidak dengar akan arahan Haikal kerana sibuk mencari buku teksku. Namun aku segera tersedar sebaik sahaja Aleesya mencubit pinggangku.
"Wehh cikgu dah masuklah!" kata Aleesya.

Aku dengan kelam kabut menegakkan badan dan menghadap kearah cikgu baru itu.

ZZUPPPPP.....

Mataku terbentang luas akan gerangan cikgu baru tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience