KEKUATAN DALAM IKATAN

Short Story Completed 981

(Di gudang lama)

"Bagus! Mesej dah dihantar. Tak lama lagi Along dengan pihak polis mesti datang sini. Dia orang tak akan terlepas!" Kata Angah gembira sambil memegang alat keluinya. Adik tersenyum lebar. Kedua2 telah dileraikan tali ikatan.

"Nanti kita boleh jumpa Along. Dan biar semua penjenayah ni mati kena tembak!" Jawab Adik geram.

"Yeah! Tembak!" Sahut Angah teruja. Tiba-tiba satu tendangan tepat mengenai pinggang Angah. Angah terpelanting ke dinding.

"Angah!!" Jerit Adik terkejut. Berdiri banduan yang telah melarikan diri itu bersama dua lelaki lain. Adik terus bangun dan cuba menumbuk tetapi gagal selepas lelaki tua itu mencengkam lehernya. Lelaki tua yang bernama Jimmy itu mengangkat Adik tinggi. Adik sesak nafas.

"Adik.... lepaskan adik aku!!" Tengking Angah dan menyerang. Dua lelaki melindungi ketuanya dan membelasah Angah ikut suka hati mereka.

"Angah....." Adik memanggil Angah dihujung nafas. Adik menyedari sesuatu. Dia berpura-pura mati. Tangan terkulai dan nafas dihentikan untuk seketika. Dia mempunyai rancangannya yang tersendiri. Angah yang melihat menyangka Adik telah dibunuh oleh Jimmy.

"Adik!!!" Jerit Angah sekuat hati dan bangun secara mengejut. Dia mengamuk dan mula menggunakan segala kekerasan yang ada pada dirinya dengan membelasah dua lelaki tadi. Angah nenendang dan menumbuk lelaki-lelaki tadi sekuat tenaga. Kedua-dua mereka tidak bertahan lama. Akhirnya mereka tumbang dengan muka yang penuh lebam. Mereka pengsan disitu. Jimmy agak terkejut dan segera mengeluarkan pistol yang dibawanya selepas melepaskan Adik. Adik yang terbaring segera bertindak dan merampas pistol berkenaan dan meletakkan muncung pistol dibelakang badan Jimmy.

"Jangan bergerak! Kalau tak aku tembak kau sampai kau mampus!!" Arah Adik.

"Adik tak apa-apa ke? Syukurlah..." Angah tersenyum gembira melihat adiknya masih hidup. Angah bangun perlahan-lahan. Jimmy ketawa sinis dengan tangan di angkat.

"Korang ingat korang boleh lepas ke? Korang ni budak-budak lagi. Korang tak akan faham!!" Serentak itu, Jimmy memusingkan badan ke belakangnya sambil tangannya memegang erat lengan Adik. Adik terkejut. Pistol beralih tangan. Jimmy menendang lengan kanan Adik sekuat hati ketika memegangnya. Kedengaran jeritan dari Adik dan bunyi tulang patah. Angah tercengang seketika.

"Lepaskan adik aku!" Angah bertindak. Belum sempat Angah menumbuk Jimmy, satu tembakan kedengaran. Angah rebah dengan bahunya mulai berdarah. Kedua-dua beradik merengkok di atas lantai dengan kecederaan masing-masing.

"Korang nak main-main dengan aku! Korang tak kenal siapa aku yang sebenarnya! Kalau ikutkan hati, nak je aku bunuh korang ni. Tapi nyawa korang berharga bagi aku! Aku akan gunakan korang untuk lepaskan diri aku dari polis. Dendam aku terbalas! Abang korang dah mati! Sama dengan mak ayah korang yang aku bunuh 12 tahun lepas. Disebabkan abang koranglah aku dengan kawan-kawan aku meringkuk dalam penjara! Aku patut bunuh dia awal-awal. Tapi akhirnya semua dah selesai. Selepas aku selamatkan diri aku, korang pula akan ikut jejak langkah abang korang!" Cerita Jimmy sambil ketawa besar. Dia meninggalkan mereka bersama dengan dua pengawal. Adik dan angah dimasukkan kedalam bilik stor kecil yang berada di hujung gudang. Pintu dikunci dan mereka dibiarkan.

"Adik.... adik tak apa-apa ke...?" Tanya Angah risau. Bahu yang ditembak dipegang kemas supaya darah tidak banyak mengalir keluar.

"Adik... adik nak balik... kenapa dia buat kita macam ni..?" Luah Adik kesal. Tangannya yang patah diletakkan berhati2 di atas peha.

"Sabar adik... Angah pasti Along mesti datang cari kita.. adik sabar ya.. adik kuat kan!" Pujuk Angah sambil tersenyum tawar. Dia cuba memujuk adiknya yang mendiamkan diri.

"Kalau diberi peluang, adik nak letupkan kepala dia! Biar otak dia berkecai!!" Marah Adik sambil menjerit.

"Adik ni... dalam keadaan macam ni pun... masih fikir pasal balas dendam.... tapi... angah kelirulah... betul ke dia orangnya yang bunuh mama dengan papa? Along cerita yang mama dengan papa mati dalam kemalangan... mana satu yang betul...?" Ujar Angah kehairanan. Adik hanya menggelengkan kepala. Angah menyandar berdekatan adiknya. Kedua-dua cuba bertahan dari kesakitan yang menyengat.

(Di jalan raya)

"So, awak dah tahu mana dia orang disorokkan bukan? Kita kena cepat sebelum perkara buruk berlaku." Kata Azam tegas. Liana yang memandu hanya mengangguk.

"Saya dah beritahu semua ahli pasukan saya yang berada berdekatan. Mereka telah bergerak kearah tempat kejadian. Saya juga dah arahkan pada mereka untuk menghalang Rezza dari bertindak melulu. Dia perlu dihentikan sebelum perkara yang lebih serius berlaku.

"Saya rasa dia takkan buat benda mengarut. Kalau dia buat pun sebab nak selamatkan adik dia je. Awak kena faham." Jawab Azam pula.

"Nampaknya awak macam tahu banyak pasal Rezza dengan adik-adiknya. Awak kenal dia dah berapa lama?" Tanya Liana ingin tahu.

"Sejak kami mula kerja di sebuah pasaraya. Masa tu umur kami baru 18 tahun. Baru lepas SPM. Dia oklah setakat ni. Adik-adik dia pun ceria orangnya. Saya suka berkawan dengan dia. Tapi selepas tu dia berhenti, baru sekarang kami jumpa balik." Cerita Azam tenang.

"Jadi tak lamalah awak kenal dia? Tapi awak tahu banyak pasal dia. Itu yang menghairankan saya." Kata Liana perlahan. Azam hanya mendiamkan diri.

(Di satu jalan sunyi)

"Aku kena cepat selamatkan adik-adik aku! Kalaulah jadi apa-apa pada dia orang, aku tak akan maafkan diri aku!" Bisik hati Along panik. Dia yang berlari sekuat hati tidak mempedulikan kecederaannya yang dihadapinya. Asalkan adik-adiknya berada di matanya kembali. Lariannya berhenti apabila dia terlihat sekumpulan lelaki sedang memeras ugut seseorang di kawasan laluan itu. Along tidak mempunyai banyak pilihan. Dia terpaksa melalui jalan berkenaan untuk ketempat adik-adiknya. Satu-satunya shortcut yang ada. Dia berjalan perlahan-lahan tanpa mempedulikan mereka yang berada agak jauh dari laluannya.

"Hei! Hei! Berhenti! Nak lalu kenalah bayar tol! Suka hati kau je lalu kawasan aku tak bayar! Cepat bayar!!" Panggil seorang lelaki yang kurus di belakang Along. Lelaki itu menarik baju Along dan cuba bertindak kasar. Along memegang tangan lelaki tadi dan menarik kasar sehingga lelaki tadi melayang kehadapannya. Kawan-kawannya hanya membatu.

"Apa yang korang tengok?! Belasahlah!!" Jerit ketua mereka yang masih terbaring di jalan. Kesemuanya mula menyerang.

"Aku betul-betul dah fedup dengan semua ni!!" Along mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam beg silangnya dan menghalakannya kearah mereka. Kesemuanya berhenti bergerak. Along menarik rambut ketua mereka dan meletakkan muncung pistol betul-betul di dahinya.

"Bang.... jangan bang... kesiankan saya bang... saya minta maaf bang... tolonglah bang..." rayu lelaki tadi dengan peluh mula kelihatan di wajahnya.

"Kau ada kereta?" Tanya Along serius. Lelaki tadi mengangguk. "Tolong ambik kereta kau bawa sini. Aku nak pakai! Boleh bagi pinjam tak?" Tanya Along lagi sekali.

"Boleh bang! Kejap bang! Hoi! Pergi ambik kereta aku cepat!" Arah lelaki itu secepatnya. Along masih memegang rambut lelaki itu. Selepas seketika, sebuah kereta persona muncul di hadapan mereka. Salah seorang anak buahnya memberi kunci kereta pada Along.

"Kereta ni kau pakai sambil berlagak samseng sekitar sini? Peras ugut orang pakai kereta ni?! Memang tak ada kelas korang ni! Lain kali pakailah kereta sport ke, toyota ke, mitsubishi lagi ok! Apalah!" Kutuk Along dan melepaskan lelaki tadi.

"Bang.... jaga elok-elok kereta tu bang.... ayah saya punya tu... nanti calar dia marah saya bang..." minta lelaki itu terketar-ketar. Along memalingkan wajahnya pada lelaki yang masih duduk di jalan.

"Kau ni budak lagi. Masih bawah tanggungan mak ayah! Menipu mak ayah! Bawak kereta ayah kau dan buat jahat! Kau tak kesiankan mak ayah kau kat rumah ke? Susah payah dia orang besarkan kau. Ini balasan kau kat mereka!" Marah Along sambil tunduk ke arah lelaki tadi. "Kau ikut aku! Apa-apa hal jadi aku tak nak bertanggungjawab atas kereta kau! Ini kereta ayah kau! Biar kau sendiri yang pandu! Cepat!!" Arah Along tegas. Lelaki tadi segera bangun dan mengambil kunci kereta dari Along. Along duduk di tempat penumpang di hadapan. Mereka mula bergerak.

"Nak kemana ni bang?" Tanya lelaki tadi. Along yang sedari tadi senyap agak terkejut dengan pertanyaan lelaki itu.

"Nama kau apa? Duduk mana?" Tanya Along pula. Along cuba menutup kesan darah di bajunya.

"Nama saya Hakim bang. Saya duduk di Putrajaya. Saya lepak-lepak dengan kawan-kawan saya kat sini. Abang pula nama apa?" Jawab Hakim ringkas sambil tersengih-sengih.

"Panggil je abang Sham. Maaflah pasal tadi. Abang nak cepat. Kalau sakit kat mana-mana, abang akan tanggung kos perubatan kau." Kata Along perlahan.

"Tak ada apa-apalah bang. Saya ok je. First time saya nampak abang kat sana. Jadi saya cuba ugut. Tak sangka abang ada pistol. Kecut perut saya bang.." balas Hakim. Tiba-tiba Along gelak.

"Pistol ni? Ini pistol mainan jelah. Mana ada peluru. Gila nak bawa pistol betul. Abang taknak masuk penjara. Kau ambiklah. Hadiah perkenalan dari abang." Jelas Along dan meletakkan pistol mainannya di tepi seat pemandu.

"Abang kenakan saya! Tapi saya betul-betul percaya bang! Saya ingatkan abang betul-betul nak bunuh saya tadi! Dengan muka serius abang tu.. cayalah bang! Tapi.... kita nak kemana sebenarnya ni?" Puji Hakim. Dia melihat kearah Along.

"Pergi ke sebuah gudang lama di jalan Mahameru. Ada hal yang perlu abang settlekan kat situ." Jawab Along kembali serius. Hakim menyedari sesuatu.

"Kalau abang pergi sana sebab nak gaduh, baik hentikan je. Abang sendiri pun tak larat. Saya tahulah abang kuat. Tapi dengan keadaan abang sekarang, abang akan kalah." Ulas Hakim bersungguh-sungguh. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan dan menelefon seseorang. Selepas seketika, dia tersenyum.

"Kau call siapa?" Tanya Along pula.

"Abang-abang saya. Saya bagitahu kat mana kita berada. Supaya senang dia orang back up kita nanti. Abang jangan risau." Balas Hakim gembira.

"Kenapa kau tolong abang? Abang buat jahat kat kau." Tanya Along ingin tahu.

"Entahlah abang Sham. Saya rasa nak tolong orang, saya buat apa yang hati saya suruh. Mungkin sebab abang baik kot." Jawab Hakim selamba. Along terdiam. Mereka menuju kearah sebuah gudang lama.

(Di hadapan gudang lama)

Kelihatan pihak polis sudahpun bersedia untuk menyerbu gudang berkenaan. Dua peronda polis dan sebuah kereta biasa milik Liana kelihatan di situ.

"Angkat senjata! Kami pihak polis sudah mengepung kamu semua! Serah diri sebelum perkara buruk terjadi!! Dengar tak?! Serah diri sekarang sebelum kami serbu masuk!!" Liana yang sampai awal bersama dua kereta peronda cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka sebaik mungkin. Tebusan perlu diselamatkan.

"Kami taknak!!!" Jerit seorang lelaki dari dalam gudang. Kedengaran bunyi tembakan yang bertalu-talu. Azam menutup telinga.

"Nampaknya dia ada geng. Dan senapang! Apa yang kita nak buat ni cik Liana?" Tanya Azam risau.

"Bukan kita! Tapi saya! Awak tak ada kaitan dalam hal ni. Sepatutnya awak tak ada kat sini! Sila balik encik Azam! Please!" Arah Liana tegas.

"Rasanya saya tak boleh ikut arahan cik Liana. Saya dah anggap dia orang tu macam adik-adik saya. Tak akan saya nak tinggalkan dia orang macam tu je. Saya akan tunggu sehingga Sham sampai sini!" Bantah Azam. Liana mengeluh.

Sebuah kereta Persona tiba tidak jauh dari mereka. Keluar Along dan Hakim dari perut kereta. Azam tersenyum. Dia melambai kearah Along. Along senyum dan berlari kebelakang gudang bersama Hakim. Liana ingin menghalang mereka tetapi terhenti apabila peluru menyinggah ke salah sebuah kereta polis. Masing-masing bersembunyi.

"Nampaknya keadaan dah bertukar menarik." Kata Liana dan mengeluarkan pistol dari dalam poket. Azam duduk di sebalik kereta polis sambil menutup telinga. Liana mula menembak kearah gudang bersama-sama pasukannya. Keadaan bertukar genting.

Along dan Hakim menyelinap kebelakang gudang secara perlahan-lahan. Dia meneliti setiap langkah mereka supaya tidak disedari oleh orang jahat. Along membuka sedikit cermin kecik yang berada di hujung sudut dan melihat semua penjenayah sedang fokus berperang dengan pihak polis termasuklah Jimmy. Along mencari adik-adiknya tetapi tidak di temui. Dia menyedari dua lelaki sedang mengawal sebuah bilik kecil. Dia tahu bahawa kedua-dua adiknya berada di situ.

"Hakim, pergi balik... keadaan bahaya kat sini. Kau muda lagi.. abang taknak perkara buruk jadi kat kau.. pergi..." arah Along sambil menolak Hakim perlahan.

"Mana boleh bang! Saya dah terlibat sama ni. Saya nak tolong abang. Abang cari apa sebenarnya? Mungkin saya boleh tolong.." minta Hakim. Along mengeluh panjang.

"Abang cari adik-adik abang. Dia orang kena culik. Abang pasti dia orang ada dalam bilik stor tu. Cuma abang kena cari jalan selamatkan dia orang tanpa disedari oleh penjahat tu." Rancang Along sambil berfikir.

"Saya boleh tolong!" Hakim keluar dari persembunyian dan mencari pintu masuk dari belakang.

"Hei! Tunggu dulu!" Panggil Along tetapi sudah terlambat.

Akhirnya Hakim menemui jalan masuk. Dia menjenguk kedalam dan melambai kearah lelaki-lelaki yang mengawal pintu bilik. Lelaki-lelaki tadi menyedarinya dan berlari kearah Hakim. Hakim melarikan diri secepat mungkin. Mereka menuju kearah hujung gudang. Hakim membelok ke kanan. Sebaik sahaja lelaki-lelaki tadi melepasi hujung gudang, beberapa pukulan dari besi tepat mengenai kepala masing-masing. Mereka berdua terbaring di tanah tidak sedarkan diri.

"Baguslah abang ni!! Kita boleh jadi satu pasukan hebat!" Puji Hakim sambil bersorak. Tiba-tiba Along memukul kepala Hakim.

"Lain kali buat rancangan dulu sebelum bertindak! Nasib baik tak mati! Kalau mati, sapa yang susah?!" Marah Along sambil menunjukkan penumbuknya.

"Sakitlah abang Sham... saya minta maaf.. tindakan spontan.." minta Hakim.

"Tindakan tu boleh buatkan semua dalam risiko dibunuh tahu. Lain kali jangan buat lagi! Dah! Kau pergi balik! Biar abang handle masalah ni dengan pihak polis." Arah Along tegas.

"Tak nak!! Saya nak tolong abang!" Bantah Hakim buat-buat merajuk.

"Kau ni dah kenapa?!! Kalaulah adik ada, dah lama kau kena tibai! Tunggu sini! Abang kena selamatkan adik-adik abang!" Along tunduk dan mula bergerak. Hakim mendiamkan diri di situ. Along masuk secara perlahan-lahan dari pintu kecil yang telah terbuka oleh Hakim tadi. Dia cuba menyembunyikan dirinya supaya tidak dikesan. Bunyi tembakan kedengaran di merata-rata tempat.

Along sampai di hadapan pintu stor. Dia menyedari pintu dikunci dari luar. Dia cuba menarik kunci mangga di hadapannya. Dia mengambil satu dawai kecil di lantai. Semasa dia cuba membuka mangga berkenaan, dia perasan sesuatu di bawah kain hitam tidak jauh darinya. Ada air jernih keluar dari salah satu tong disitu. Tong biru yang ditulis 'bahan mudah terbakar' mengejutkannya. Tembak menembak masih berterusan. Jika salah satu peluru mengenai tong disitu, bermakna letupan bakal berlaku. Dan kawasan sekitar pasti musnah. Along cuba membuka kunci mangga secepat mungkin. Akhirnya pintu terbuka. Dia terkelu apabila melihat adik-adiknya tersandar di dinding dengan kecederaan masing-masing. Dia menutup pintu perlahan-lahan.

"Adik.... Angah.... maafkan Along..." Along meluru kearah adik-adiknya dan memeluk mereka.

"Along.... along ke ni? Along!!" Adik mula menangis dan membalas pelukan Alongnya. Angah hanya tersenyum dengan wajah yang pucat.

"Apa yang jadi pada korang ni? Maafkan Along sebab libatkan korang dalam hal ni.. Along betul-betul tak sangka akan jadi seteruk ni.." rayu Along sebak. Dia memeriksa Angah. Dia mengoyakkan sedikit bajunya dan membalut bahu Angah. Along membuka sweaternya dan menjadikan bajunya sebagai penganduh untuk menahan tangan Adik yang patah.

"Tak apalah Along. Selama ni Along banyak berkorban untuk kami. Kami tak salahkan Along..." balas Angah.

"Kita pergi dari sini!" Along melihat keadaan sekeliling. Dia mengesan sesuatu di hujung bilik stor. Dinding yang menutup bahagian belakang stor agak goyah dan longgar. Along bangun dan menarik nafas. Dia menendang dinding sekuat hati. Dengan dua kali tendangan, dinding pecah dan terbuka. Kelihatan jalan belakang yang dilalui oleh Along dan Hakim sebentar tadi.

"Jom! Kita pergi! Biarkan pihak polis je yang uruskan mereka." Kata Along dan memapah Angah keluar dari bilik. Muncul Hakim di situ.

"Teruknya rupa korang! Jahat betul penjenayah yang culik korang ni!" Ujar Hakim selamba. Adik dan Angah melihat ke arah Hakim.

"Along, siapa dia ni? Macam dah lama hidup je.. rasa nak sepak je muka dia.." Adik mula mengomel.

"Ini kawan Along. Nama dia Hakim. Dia akan tolong kita keluar dari sini." Jawab Along ringkas.

"Mari saya tolong." Hakim menolong Along memapah Angah keluar dari bilik itu.

Ketika mereka ingin keluar, satu letupan kedengaran dari belakang mereka. Serta merta mereka semua terpelanting jauh dari gudang akibat letupan berkenaan. Masing-masing terbaring di jalan. Adik yang berada agak jauh dari mereka cuba bangun. Tiba-tiba satu tangan memeluk leher adik dari belakang. Jimmy yang separuh hangus masih berdiri tegak di hadapan mereka.

"Kau ingat... kau boleh lari.... dari aku.... ini Jimmy... kalau aku mati, korang... pun patut mati.... kita mula dari dia...." Jimmy tersengih dengan wajah hancurnya. Tulang kelihatan di separuh badannya dengan daging yang hangus tergantung sana sini. Darah pekat masih mengalir dari daging yang hangus terbakar. Jimmy meletakkan pistolnya di kepala Adik. Along dan yang lain-lain cuba menolong.

Muncul Azam dengan Liana dari hujung gudang yang terbakar. Jimmy terganggu oleh kehadiran mereka. Adik mengambil peluang ini untuk melepaskan dirinya. Dia merampas pistol Jimmy mengunakan tangan kirinya dan memusingkan badan. Dengan satu tembakan di kepala, Jimmy mati serta merta. Dia terjatuh ke tanah dengan pelbagai kesan kecederaan. Along dengan Angah menarik nafas lega.

"Kan aku dah cakap.. aku akan bunuh kau! Letupkan kepala kau dengan tangan aku sendiri." Kata Adik perlahan.

Tidak berapa lama kemudian, dua buah kereta mewah muncul di situ. Sebuah ambulan juga tiba di tempat kejadian. Mereka dibawa ke hospital yang berdekatan. Mereka dirawat dan diletakkan di wad yang sama.

(Selepas seminggu)

"Along!! Tengok ni! Ok tak Adik pakai baju doktor ni? Ada macam doktor tak?" Tanya Adik sambil mengenakan baju putih doktor yang diambilnya dari bilik doktor yang bertugas. Tangannya masih bersimen.

"Adik ambil dari mana tu? Letak balik! Nanti doktor marahlah!" Tegas Along yang sedang berbual dengan Azam.

"Doc yang bagi pakai. Dia kata adik nampak macho kalau jadi doktor. Ok ke tak ni Along?!" Tanya Adik lagi sambil mengayakan baju berkenaan. Nurse yang berada di situ ketawa melihat telatah Adik. Angah kelihatan berbual-bual dengan salah seorang nurse muda yang masih dalam praktikal di tepi pintu masuk wad.

"Adik macho! Hensem!" Jawab Along mengalah. Azam ketawa kecil melihat kenakalan Adik.

"Macam-macam perangai adik-adik kau ni. Seronok aku tengok. Semua kenal dia orang kat sini. Itupun baru seminggu duduk sini. Kalau sebulan, satu hospital kenal dia orang ni siapa." Tegur Azam sambil menahan ketawa.

"Aku tahu. Aku nak buat macammana Azam. Dah dia orang memang macam tu. Nak larang dah besar. Terima sajalah." Balas Along sambil mengeluh.

"Ada Liana datang jumpa kau? Tanya pasal kes Si Jimmy tu." Tanya Azam ringkas.

"Ada. Semalam. Kes tu dah selesai. Pihak polis dari Putrajaya tolong uruskan hal ni bersama dengan Liana. Kira settlelah." Jawab Along.

"Polis Putrajaya? Siapa yang bertugas kat sana? Sampai kesana kes ni pergi. Jauh tu." Ulas Azam lagi hairan.

"Rupa-rupanya si Hakim tu anak pada polis besar di Putrajaya. Abang-abang dia pun bertugas kat sana. Anak orang kaya. Aku tak tahu pula dia tu datang dari keturunan polis. Terima kasih pada dia kes aku yang dulu dihapuskan selepas aku didapati tak bersalah. Kiranya aku ni dilahirkan semula sebagai orang baru." Balas Along perlahan.

"Nampaknya ada ramai orang tolong kau Sham. Kau beruntung. Nasib kau dengan adik-adik kau baik. Kau patut bersyukur." Kata Azam sambil tersenyum.

"Aku bersyukur Zam. Aku tak pernah lupa pertolongan dia orang. Termasuklah pertolongan kau. Terima kasih sebab selamatkan aku hari tu. Kalau kau tak ada, dah lama aku mati. Adik-adik aku pun sama." Ucap Along sambil menghulurkan tangan. Azam menyambutnya.

"Kita kawan bro! Mestilah tolong menolong!" Jawab Azam ringkas.

"Along!! Ok x?!" Angah memanggil Along. Adik muncul sambil memakai baju nurse. Dua nurse tersenyum melihat adik yang merah padam mukanya.

"Adik!! Lawanya adik pakai baju tu!! Sama macam nurse yang ada kat sini!" Puji Along terkejut. Azam ketawa besar.

"Semua salah Angah!! Angah yang paksa Adik pakai baju ni! Akak-akak ni pun sama!" Marah Adik sambil merenung tajam kearah Angah.

"Adik nampak cute sangat pakai baju ni! Nasiba baik Adik ni lelaki. Kalau perempuan dah lama akak gomol kamu tahu." Jawab salah seorang nurse di situ.

"Adik je ke yang cute? Angah tak cute ke?" Tanya Angah ingin tahu.

"Angah tak sesuai jadi cute! Sebab muka Angah tak macam Adik. Adik ni babyface!" Jawab Along pula.

"Sampai hati Along cakap Angah tak macam Adik. Angah samalah dengan Adik. Kan Adik?!" Kata Angah lagi.

"Go to die!!" Adik menendang kaki Angah. Angah tersungkur ke lantai sambil menggosok kakinya. Mereka bergaduh di situ sambil dilihat oleh pesakit dan nurse-nurse yang ada. Along menggelengkan kepala.

"Inilah wad paling meriah aku pernah tengok. Semuanya sebab adik-adik kau." Puji Azam. Along hanya tersenyum. Akhirnya kes selesai dan mereka kembali pada kehidupan yang dahulu. Malah lebih ceria.

(THE END)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience