PERGADUHAN

Short Story Completed 981

(Disekolah menengah, kelas tingkatan 3 A)

"Pelajar-pelajar! Sila buka buku sejarah! Muka surat 110. Sila baca dan fahamkan. Nanti sya akan tanya seorang-seorang.! Arah seorang guru wanita sambil memandang serius kearah pelajar-pelajarnya. Kelihatan adik yang duduk di bahagian tepi tingkap melihat keluar sambil menguap. Kemudian, dia mengeluarkan buku sejarah yang hampir lusuh dari dalam beg dan membukanya.

"Razel! Kenapa buku awak macam ni? X boleh ke balut cantik-cantik kasi kemas sikit. Ini dah macam belacan! Saya tak suka buku pelajaran saya lunyai macam sampah! Esok saya nak tengok awak balut cantik dan kemaskan bahagian mana yang terkoyak! Faham?!" Marah cikgu Azlina, guru sejarahnya. Adik hanya melihat wajah ayu cikgunya tanpa kata. Anggukan sebagai balasan.

            Selepas belajar selama beberapa minit, loceng bertukaran waktu berbunyi. Itu menandakan masa untuk cikgu Azlina mengajar telah tamat. Selepas keluar dari kelas, adik mengeluh berat dan memasukkan buku sejarahnya kedalam beg usangnya. Dia menongkat dagu dan menyambung semula khayalannya yang terganggu sebentar tadi. Tiba-tiba...

"Hoi!! Termenung jauh nampak! Kau kenapa Razel? Macam orang ada masalah je. Tak nak cerita kat aku ke? Manalah tahu aku boleh tolong kau." Tegur seorang remaja yang seusia adik dari belakang.

"Tak ada apa-apalah James. Aku boringlah doh! Aku tak tahulah kenapa aku boleh ikut pelajaran hari ni. Selalunya aku ponteng. Sekali kena marah dengan cikgu Azlina. Bengang aku!" Luah adik tanpa menoleh kearah kawannya.

"Kau ni feeling lebihlah. Cikgu Azlina tu kan memang perangai macam tu. Tak payahlah kau ambik peduli. Hei! Rehat nanti kau nak ikut aku tak? Kita pergi makan kat bumbung sekolah. Kat atas tu best! Dengan angin semua! Nyaman...." ajak James sambil menunjukkan keterujaannya. Adik melihat kearah kawannya sambil mengangguk. Selepas seketika, mereka menyambung semula pelajaran mereka.

(Di padang)

"Riaz! Sambut!" Jerit seseorang di atas padang. Sekumpulan remaja lelaki yang memakai jersi sukan sekolah sedang berlatih raqbi.

"Ya!! Dapat!!" Angah cuba menyambut bola raqbi yang dibaling oleh kawan sepasukannya. Setelah berlatih untuk seketika, mereka berhenti untuk berehat. Masing-masing duduk di tepi padang sambil minum air yang dibawa. Angah hanya memerhatikan kawan-kawannya sambil mengelap peluh.

"Oi Riaz! Bagus latihan kau hari ni. Lepas habis latihan, kau ada nak pergi mana-mana tak? Kalau tak ada, aku ingat nak ajak kau pergi teman aku cari kerja. Mak ayah aku dah tak ada duit. Adik-beradik aku nak pakai duit sekolah. Kalau ada peluang, kau pun boleh cari kerja juga. Sama dengan aku." Ajak kawannya tenang.

"Entahlah Arif. Aku memang nak kerja. Tolong abang aku. Tapi kau tahu kan abang aku macammana. Dia tak akan setuju punya. Dia lebih suka kalau aku belajar je. Dia yang kerja cari duit. Tapi kesian pula. Tak cukup gaji abang aku nak tanggung kita orang." Jawab Angah sambil mengeluh berat.

"Faham! Tapi boleh tak kau teman aku karang? Aku tak ada kawan ni." Ajak Arif lagi.

"Ye! Aku ikut kau!" Jawab Angah ringkas.

(Di bumbung sekolah)

"Wah! Memang luas kat atas ni! Syok kalau tidur kat sini! Kau bawa bekal apa hari ni Razel?" Tanya James sambil duduk di tepi kawasan pagar di atas bumbung sekolah.

"Tak. Aku tak beli pun. Aku nak simpan duit ni. Aku nak beli buku sketch dengan art tool. Kau makanlah dulu." Ujar Adik perlahan. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan.

"Nah! Kita kongsi. Aku ada bawa bekal lebih. Aku tahu kau tak suka makan bila rehat. Nah! Ambil!" James memberi bekalannya kepada adik sambil tersengih. Adik menyambut bekal James dan membalas senyuman. James seorang kawan yang baik. Yang faham kesusahan yang dihadapinya. Semasa adik mula memasukkan makanannya di dalam mulut, satu tendangan tepat mengenai bekalan yang dipegang. Habis bertaburan segala jenis makanan di atas lantai. Empat remaja lelaki yang berusia 17 tahun sedang ketawa dihadapan mereka.

"Hoi budak! Ini tempat aku! Blah!!" Marah salah seorang dari mereka. kolar baju mereka berdua ditarik kasar dan diangkat tinggi. Ketinggian mereka berdua sama dengan bahu pelajar 17 tahun itu.

"Hanase!!!! Baka!!" Jerit Adik dan menendang dada remaja lelaki yang berambut ala askar yang sedang memegang kolar bajunya. Remaja itu tersungkur ke lantai. Tiga lagi rakannya tergamam. Mereka melepaskan kolar baju james.

"Kurang ajar punya budak! Belasahlah oi!!" Arah remaja yang masih terbaring di lantai itu.

Mereka mula bertindak. Adik hanya berdiri sambil bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Mereka mengepung adik dengan James.

"Kau boleh handle ke ni Razel? Kalau tak boleh, aku pergi minta bantuan!" Tanya James.

"Aku boleh handlelah. Setakat mamat poyo ni, kacang je!" Lagak adik sambil mengepal tangannya.

          Mereka mula menyerang. Satu tendangan menuju kearah wajah adik namun dihalang oleh adik menggunakan tangannya. Dia memegang kaki penyerang dan menumbuk kearah pinggang lelaki yang menyerangnya. Lelaki yang berwajah berjerawat tergolek ke lantai. Remaja yang berambut ala-ala askar itu menggantikan kawannya dengan menumbuk kearah adik. Adik mengelak kekanan dan menendang keperut menyerangnya. Dua sudah tumbang. Lagi dua rakannya memberi perhatian kepada Adik. James mengambil peluang ini untuk melepaskan diri dan meminta bantuan. Dia berlari kearah pintu dan menuruni tangga dalam keadaan tergesa-gesa. James mengetahui bahawa abang kepada adik berada di padang. Dia berlari kearah padang sekolah dan melambai kearah Angah yang masih berehat.

(Di bumbung)

             Adik masih ber'perang' dengan musuh-musuhnya. Sekali sekala adik terkena pukulan dari mereka. Tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk berlawan. Dia memanfaatkan skill dirinya dalam tae kwan do untuk cuba menumpaskan mereka. Sebaik sahaja satu pukulan terkena di kepala ketua pembuli, ketiga-tiga anak buahnya menangkap kedua-dua tangan adik dan menahannya dari bertindak agresif.

"Berani kau kan! Kau tahu tak berapa lama aku nak jaga muka aku dari sebarang cela! Sekarang dengan suka hati kau, muka aku dah buruk! Sekarang, masa untuk mengajar kau dah tiba! Hahaha!" Ketua mereka yang berambut ala-ala askar itu mengambil satu besi karat yang berada di belakang pintu. Dia mengangkat tinggi besi itu dan cuba memukul Adik sekuat hati.

              Satu tendangan tepat mengenai kepala ketua itu sekali lagi. Berdiri Angah bersama james dengan Arif dihadapan adik. Keempat-empat mereka tercengang seketika.

"Korang memang cari nahas sebab pukul adik aku yang aku sayang!! Terimalah rempuhan badak sumbu!!" Jerit angah dan berlari kearah mereka dengan lagak seekor badak atau kerbau. Arif masuk campur sekali. Mereka bekerjasama membelasah pembuli-pembuli itu dengan hanya beberapa minit. Akhirnya keempat mereka melarikan diri. Angah meluru kearah adik.

"Adik tak apa-apa ke?" Tanya angah sambil memeriksa badan adiknya. Adik menepis tangan angah ketepi. Wajah yang luka dan lebam ditenung oleh Angah lama.

"Mari balik. Sebelum cikgu tahu pasal ni. Kita tak boleh kena tahan adik. Nama kita akan buruk. Jom!" Ajak Angah. Dia memegang tangan adiknya. Tetapi adik menarik tangannya kasar.

"Aku boleh jalan sendirilah! Tak payah sibuk hal aku!" Marah adik. Angah agak terkejut apabila mendengar tengkingan dari adik. Angah membiarkan adik berjalan di hadapan. Semasa mereka menuruni tangga, seorang cikgu lelaki sedang merenung mereka satu persatu.

"Kamu semua! Ke pejabat saya sekarang!!" Arah guru disiplin mereka tegas. Masing-masing mengikut arahan.

(Di rumah)

              Satu deringan di telefon bimbit, mengejutkan Along yang sedang tidur dengan lena. Along meraba-raba handphonenya dari jauh.

"Hello! Ya saya Rezza. Ke sekolah? Pasal apa ya cikgu? Hah! Gaduh?! Dua-dua sekali? Baik! Saya datang sekarang!" Along bingkas bangun dan mandi. Dia bersiap untuk ke sekolah adik-adiknya.

"Dalam tahun ini sahaja, dah berapa kali aku kena panggil mengadap cikgu. Semuanya pasal gaduh! Kenapalah boleh jadi seteruk ini?" Bisik hati along sambil mengunci pintu. Semasa dia melepasi tangga yang paling bawah, seorang lelaki yang memandang kearah yang berlainan merenungnya dari jauh. Dia memerhatikan pergerakan along yang terburu-buru. Along menghidupkan enjin kereta Saganya dan memandu pergi.

(Di bilik disiplin)

"Saya dah call abang awak berdua! Lepas ni awak berdua kena terangkan pada saya di hadapan abang awak nanti. Sebelum itu, saya nak tanya secara detail. Apa yang berlaku di atas sana tadi? Siapa yang pukul siapa?" Tanya guru disiplin yang tertera namanya di atas meja sebagai Harun bin Saad. Masing-masing hanya mendiamkan diri.

"Sebenarnya cikgu, dia orang tak salah. Yang salah ialah budak-budak tingkatan lima yang pukul kami. Dia orang buli kami tadi. Sebab itu saya minta bantuan abang Razel untuk halang dia orang." Cerita James takut-takut.

"Kenapa mesti awak minta bantuan pelajar lain sedangkan awak boleh minta bantuan cikgu yang ada kat sini! Kami ni guru yang membimbing kamu semua. Setakat masalah macam ni, kami boleh tolong. Sampai bila kamu nak diamkan diri bila jadi perkara seteruk ni? Kamu nak tunggu sampai ada orang bunuh diri atau kena bunuh baru kamu nak bagitahu kami?! Apa yang terjadi pada kamu semua sekarang ini tanggungjawab saya! Saya sebagai guru disiplin kat sekolah ini perlu mengambil berat tentang kamu semua! Saya......." cikgu Harun meneruskan ceramahnya hinggalah Along sampai di sekolah. Selepas meletakkan kereta di parking yang ditetapkan, Along berlari ke bilik disipin yang sudah sepuluh kali dikunjunginya selama adik-adiknya bersekolah disitu. Along mengetuk pintu bilik dan masuk. Dia melihat kedua-dua adiknya dan kawan-kawan mereka sedang diberi nasihat oleh guru disiplin mereka.

"Encik Rezza, terima kasih sebab datang!" Ucap cikgu Harun sambil bersalaman dengan Along. Along duduk di kerusi di hadapan guru didisplin itu. Maka segala laporan yang diterima diceritakan secara terperinci. Adik yang sedari tadi mendiamkan diri mnceritakan tentang apa yang terjadi. Termasuklah campur tangan angah dalam pergaduhannya. James dan angah menyampuk sekali sekala. Along mendengar dengan teliti tanpa melihat kearah adik-adiknya. Walaupun hatinya agak panas apabila mendengar perkataan buli, dia tahu segala keganasan tidak akan menyelesaikan segala masalah. Selepas sejam berada di dalam bilik yang penuh ketegangan itu, mereka dibenarkan bersurai.

"Angah kena sambung latihan. Ada pertandingan minggu depan. Tapi... adik tak apa-apa ke? Nak angah ubatkan luka tu ke?" Tanya angah perlahan sambil melihat kearah adik. Adik mendengus.

"Tak payah sibuklah! Tahulah aku jaga diri aku sendiri!" Tengking adik lagi sekali. Dia berjalan meninggalkan along dan angah di belakang.

"Sabar angah. Adik tengah serabut tu. Angah sambung kerja angah. Along hantar adik ke klinik dulu. Jumpa kat rumah ya." pujuk Along sambil menepuk belakang angah.

"Kenapa adik tu garang sangat dengan angah? Apa salah angah ni sebenarnya along? Angah ada buat adik marah ke selama ni?" Tanya Angah keliru.

"Tak ada apalah angah. Angah pun tahu kan adik tu macammana. Nanti dia akan baik dengan angah. Air dicincang tak akan putus. Biarkan dia tenang dulu. Along pergi dulu ya." Pujuk Along lagi sambil tersenyum. Angah meneruskan latihannya di padang.

           Along berjalan menuju kearah kereta. Dia menoleh ke kanan. Dia pelik melihat sebuah kereta berwarna hitam yang mengekorinya dari tadi masih berada di luar sekolah. Tidak sampai beberapa saat, kereta itu meninggalkan perkarangan sekolah dalam keadaan yang mencurigakan. Along masuk kedalam kereta bersama adik.

"Along tak nak ambil tahu pasal apa yang terjadi. Along tahu adik bukan seorang yang suka cari gaduh. Tapi kalau boleh kawal sikit amarah tu. Jangan disebabkan orang lain yang punya pasal, orang lain yang kena. Tak adil tau." Nasihat along tenang.

"Bukannya adik sengaja. Adik tak sukalah orang luar masuk campur hal adik. I can help myself. No need anyone helping me!" Jawab Adik tegas. Along menggelengkan kepala.

"Tapi angah tu family kita. Dia bukan orang luar. Tak baik adik buat angah macam tu. Terasa hati dia tau. Lain kali biarlah angah tolong. Bila kita bersama, banyak kerja yang susah boleh jadi senang. Kerjasama tu penting adikku sayang. Kalau kita berpecah belah, tak guna duduk sekali. Faham kan?" Tambah Along lagi.

"Faham. Tapi tak sukalah dengan perangai angah tu! Mengedik! Nak peluklah. Panggil orang sayanglah. Manja sangat! Dengan orang lain tak pula macam tu. Dengan adik melebih-lebih pulak! Bencilah!" Luah adik sambil memerhatikan jalan. Kereta meluncur laju di atas jalan raya. Along ketawa besar.

"Itu cara angah luahkan perasaan dia. Kiranya adik ni istimewalah di mata dia. Dia hanya layan adik je macam tu. Dengan along tak ada pun dia buat perangai manja dia tu. Dia sayangkan adik beradik dia. Dah itu cara dia! Nak buat macammana. Kita ni kalau sama je, tak meriah tau. Kenalah ada kelainan dalam kesamaan dalam sesebuah keuarga. Adik faham maksud along ni?" Along mula membebel.

Adik menutup telinga. Along menggosok kepala adik bongsunya sambil tersenyum mesra. Mereka akhirnya sampai di klinik kerajaan dan menunggu untuk menerima rawatan. Selepas itu barulah mereka pulang kerumah.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience