KEBENARAN TERBONGKAR

Short Story Completed 981

(Di rumah mereka bertiga)

"Along! Mana angah ni?! Kata nak balik awal. Dah pukul 5 petang! Adik nak pergi beli kasut!" Rungut adik sambil mengintai keluar rumah mencari kelibat abangnya.

"Kejap lagi angah baliklah tu. Dia kan ada pertandingan minggu depan. Jadi kenalah berlatih lebih masa. Adik jangan marah macam tu. Muka dah tak cute! Senyum sikit..." pujuk Along sambil mencubit pipi adiknya. Adik masih lagi membuat muka marahnya.

"Yelah! Kalau dalam masa setengah jam Angah tak balik, Adik belasah dia cukup-cukup!" Gertak Adik sambil menunjukkan penumbuknya. Aong hanya gelak melihat gelagat adik bongsunya.

"Along dah siap masak ni. Nak makan sekarang atau nak tunggu angah balik makan sama-sama?" Tanya Along sambil menghidangkan lauk pauk yang dijadikan juadah untuk makan malam mereka. Ada sup ayam, sambal ikan, sayur campur, dan telur goreng. Kelihatan asap keluar dari periuk nasi eletrik di tepi dapur menandakan nasi sudah masak.

"Taknaklah! Adik nak pergi beli kasut! Angah! Cepatlah balik!" Jerit Adik sekuat hati. Kedengaran bunyi brek basikal di hadapan rumah flat tingkat satu itu. Angah membuka pintu rumah setelah meletakkan basikalnya di tepi rak kasut.

"Angah dah balik! Sedapnya bau! Angah dah lapar ni Along!" Angah menghidu makanan yang dimasak oleh abangnya. Along menjawab ketika berada di dapur.

                Tiba2 satu tendangan di paha membuatkan Angah jatuh ke lantai. Angah melihat Adik yang tercegat di hadapannya sambil mencekak pinggang.

"Kenapa Angah balik lambat?! Dah lama Adik tunggu! Along nak bawa kita pergi beli kasut! Grrrr!! Cepatlah mandi!!" Marah Adik dengan wajah garangnya. Angah bangun dan menggosok pahanya.

"Janganlah marah Adik. Tadi memang Angah nak balik awal. Tiba-tiba je ada seorang lelaki ni minta tolong Angah tunjukkan jalan kat dia sebab dia orang baru kat kawasan sini. Angah tunjukkan arah tempat yang dia cari. Sampai satu selekoh tu, kereta dia rosak. So Angah tolonglah. Sampailah kereta dia dah ok balik. Janganlah marah. Bukannya Angah sengaja.." pujuk Angah sambil menggosok belakang adiknya. Adik mendengus kasar.

"Pergilah mandi! Bau busuk!" Arah Adik sambil menutup hidungnya. Angah menunjukkan 'peace' dan berlari ke bilik air sambil membawa kain tualanya.

"Kejap lagi kita makan ya! Lepas tu siap-siap. Kita pergi beli barang dapur sekali." Arah Along pula.

"Ya Along!!" Kedua-duanya menjawab serentak. Angah mandi dengan riang. Dia menyanyi di dalam bilik air seperti biasa. Adik menonton televisyen dan menguatkan volume. Deringan telefon menggangu kosentrasi Along ketika memotong tembikai merah di dapur. Dia mengangkatnya.

"Hello! Ya saya Rezza! Ya! Sekejap ya!! Adik!! Slowkan sikit tv tu! Along tengah bercakap dengan kawan ni!!" Jerit Along tetapi tiada respon dari Adik. Along keluar dari rumah dan berjalan ke arah tangga. Di sana sedikit aman.

"Ya encik. Saya Rezza.. kenapa ya Encik telefon saya? Saya ada buat salah ke Encik?" Tanya Along agak gugup apabila bercakap dengan pihak polis.

"Sebenarnya encik Rezza. Pihak polis telah dikhabarkan bahawa salah seorang banduan yang telah dipenjarakan dua belas tahun yang lalu telah terlepas lari dari penjara ketika kami cuba memindahkan dia dari sini ke HQ kami. Kami berharap encik Rezza sentiasa berjaga-jaga sebab banduan itu adalah salah seorang pembunuh yang telah membunuh keluarga encik 12 tahun yang lalu. Kami bimbang dia akan pergi mencari encik sekeluarga kerana dia tahu siapa yang telah memenjarakan dia dengan kawan-kawannya. Dia ada sebut semasa dalam tahanan tentang keberanian encik memenjarakan dia dahulu. Jadi kami risau berlaku apa-apa pada encik sekeluarga. Tolong beritahu kami jika berlaku apa-apa perkara yang buruk. Kami sekarang telah melakukan gerakan mencari besar-besaran untuk menangkap dia kembali. Nama dia yang sebenar ialah Jimmy Nelson. Hati-hati encik Rezza." Cerita konstabel polis yang telah lama mengenali keluarga Along.

"Baik! Saya akan lebih berhati-hati. Terima kasih sebab bagitahu hal ini pada saya." Ucap Along dan menekan butang tamat. Dia menarik nafas sedalamnya. Rambut yang kemas diserabutkan dengan jari. Wajah yang ceria bertukar pucat.

"Aku tak boleh bagitahu adik-adik pasal hal ni. Dia orang tak terlibat dalam kes ni. Aku kena hati-hati mulai sekarang." Bisik hati Along dan cuba menenangkan dirinya. Dia mengelap peluh di wajah dan senyum. Kedengaran suara pertengkaran antara dua beradik yang berada di dalam rumah.

"Bagilah remote tu balik!" Tengking Adik sambil berebut remote tv dengan Angah.

"Taknak! Cium pipi dulu!! Cepat! Kalau tak Angah tak bagi!" Balas Angah mengusik.

"Bagilah!!!" Marah Adik lagi. Angah semakin seronok mengusik adiknya. "Nak sangat ya! Ambik ni!!" Adik memukul kepala Angah dengan remote ditangan sekuat hati.

"Sakitlah!!!" Jerit Angah sambil memegang kepalanya yang bengkak. Angah mengaduh sambil duduk di lantai.

"Kenapa ni? Janganlah gaduh-gaduh." Tanya Along perlahan.

"Mana ada Along! Angah ni suka cari pasal. Orang nak tengok tv, dia nak tengok tv! Padan muka!" Jawab Adik geram.

"Sudahlah tu... kata nak beli kasut. Kita pergi beli barang dapur sekali. Sapa nak ikut?" Tanya Along lagi sekali. Adik menunjukkan wajah terujanya.

"Adik nak ikut!! Adik nak ikut!! Jom pergi!! Tinggalkan Angah!" Adik menarik tangan Along meninggalkan Angah yang masih menggosok kepalanya.

"Hoi!! Tak kesian ke orang cedera parah ni?! Kepala Angah dah bocor kena pukul dengan Adik!" Adu Angah sambil pura-pura menangis.

"Adik, tak baik buat macam tu. Kita tunggu Angah ya." Ujar Along tenang. Sedaya upaya dia menenangkan dirinya. Dia melihat keadaan sekeliling.

"Along tengok apa?" Tanya Adik ingin tahu.

"Tak ada apa-apalah. Ok! Angah dah siap! Balik nanti baru kita makan ya." Jawab Along sambil tersenyum manis.

(Di hentian bas)

"Along, kenapa kita kena tunggu bas? Bukan ke kita ada kereta?" Tanya Adik sambil memeluk tubuh. Along tersengih2 dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Em.... sebenarnya Along lupa nak isi minyak kereta. Maaf.." jawab Along perlahan. Adik mengeluh.

"Yeah! Pergi pasaraya!! Beli kasut!! Yeah!!" Kata Angah gembira. Dia menunggu bas dengan wajah tersenyum.

"Bas dah sampai!" Along bersedia dengan adik-adiknya untuk menaiki bas yang berhenti dihadapan mereka. Seorang lelaki yang tidak dikenali menaiki bas yang sama sebelum mereka naik. Adik menyedari satu kerusi kosong dan terua duduk.

"Adik dapat tempat duduk kosong!" Adik terus duduk seorang diri.

"Mana adik macam ni. Bagilah Angah duduk dulu. Angah yang naik bas ni dulu." Rajuk Angah di hadapan Adik.

"Orang ramai hari ni. Bas dah penuh." Kata Along perlahan sambil melihat keadaan di dalam bas.

"Korang berdiri jelah." Balas Adik selamba. Angah mula membebel.

"Mana boleh adik! Cikgu selalu cakap hormati orang yang lebih tua. Adik kena bagi Angah duduk dulu." Angah masih tak mengalah.

"Ada Adik kisah semua tu." Jawab Adik dengan muka tak kisahnya.

"Teruknya adik ni! Kalau taknak bagi Angah duduk, bagilah Along duduk. Penat Along berdiri." Arah Angah sambil menunjuk kearah Along yang tersenyum.

"Along tak kisah. Along kuat. Biarlah adik duduk." Jawab Along ringkas.

"Along bagi Adik duduk." Kata Adik secepatnya.

"Huhuhu! Kenapa Along sokong dia?" Ujar Angah sedih. Adik terlihat seorang nenek tua sedang berjalan kearahnya. Bila nenek itu mendekati mereka, Adik terus bangun dan mempelawa nenek tua itu tempat duduknya.

"Baik hati cucu. Terima kasih." Ucap nenek itu sambil tersenyum. Adik berdiri di tengah-tengah antara abang-abangnya dan memeluk tubuh. Tiba-tiba bas dibrek secara mengejut dan Adik tersungkur kehadapan. Walaupun Adik cuma menyambar baju Angah, Adik terjatuh.

"Angah sengaja nak Adik jatuh kan?" Marah Adik kerana malu. Merah padam wajahnya ketika itu.

"Padam muka budak pendek!" Ejek Angah sambil tersengih. Along menolong Adik bangun.

"Adik tak apa-apa ke?" Tanya Along serius. Adik menggelengkan kepala. Akhirnya Adik terpaksa memegang kedua-dua tangan abangnya untuk seimbangkan badan jika bas berhenti secara mengejut sekali lagi.

"Akhirnya boleh pegang tangan adik!" Bisik hati Angah gembira. Adik memandang lantai dengan wajah malunya.

"Aku tak patut bagi nenek tu kerusi untuk duduk." Adik merungut di dalam hati.

(Pasaraya SukaHati)

"Yeah!! Dah sampai!! Troli!!" Jerit Adik dengan Angah serentak berlari mengambil troli yang berada di tepi pintu masuk kedalam pasaraya.

"Angah dapat dulu." Kata Angah sambil memegang troli dihadapannya. Adik memandang geram.

"Mana ada!! Adik dululah! Angah tipu! Kenapa Angah selalu berebut barang dengan Adik?!" Balas Adik sambil berebut troli dengan abangnya.

"Suka hatilah!" Ejek Angah lagi. Along cuba meleraikan pertelingkahan mereka. Akhirnya mereka membawa masuk troli bersama-sama.

"Rezza!" Panggil seseorang di belakang Along. Along melihat kawan lamanya melambai kearahnya.

"Eh Azam! Dah lama tak jumpa! Kau buat apa kat sini?" Tanya Along sambil bersalaman dengan kawannya, Azam.

"Aku kerja sinilah. Kau pula buat apa kat sini?" Tanya Azam pula sambil tersenyum lebar.

"Aku nak beli barang dapur sikit. Dengan adik-adik aku." Jawab Along sambil menunjuk kearah adik-adiknya yang sedang berseronok mengerjakan troli. Adik masuk kedalam troli manakala Angah menolak laju.

"Cepat Angah! Laju lagi!" Arah Adik teruja.

"Baik!! Yeah!" Angah mengikut arahan Adik dan menolak laju. Akhirnya giliran Angah tetapi troli yang ditolak oleh Adik langsung tak bergerak. Along masih berborak dengan kawan lamanya.

"Kau kerja kat mana sekarang Rezza? Kat tempat lama ke?" Tanya Azam ingin tahu.

"Aku kerja tempat barulah. Yang lama tu aku dah lama berhenti. Ada masalah sikit. Kau macammana sekarang? Makin sihat aku tengok!" Puji Along.

"Aku macam nilah! Masih bujang lagi. Kau ni aku tengok semakin kurus. Sibuk sangat ke dengan kerja kau? Mesti kau penat kan. Nak melayan adik-adik kau yang aktif tu lagi. Happy je dia orang aku tengok! Kau memang bagus dalam bab menjaga adik-adik kau! Aku respect kau!" Puji Azam pula sambil menunjukkan tabik.

"Mana ada! Pandailah kau. Aku biasa jelah. Lagipun adik-adik aku dah besar. Dah boleh jaga diri sendiri. Jadi tak adalah aku risau sangat." Balas Along. Azam ketawa besar.

"Besar panjang pun kena dijaga juga. Hah! Aku nak tanya sikit. Kau dengar berita tak? Pasal banduan lepas dari penjara? Polis dah cuba cari banduan tu tapi masih tak jumpa. Pihak berkuasa dah bagitahu supaya berhati-hati sebab banduan tu bekas pembunuh. Kau pun kena hati-hati Sham! Adik-adik kau sekali." Tegas Azam sambil menepuk bahu Along. Along menelan air liur.

"Aku sentiasa berhati-hati bro! Jangan risau! Lagipun siapalah aku ni banduan tu nak apa-apakan. Aku tak kenal dia pun!" Jawab Along sambil berpura-pura ketawa.

"Aku cakap je. Manalah tahu terjadi sesuatu di luar dugaan kita. Berjaga-jaga lebih baik kan. Eh! Minta nombor telefon kau. Yang dulu punya dah hilanglah." Minta Azam. Dia mengeluarkan iphone 5 nya dari poket.

"Ok! Aku akan ingat! Nah! Nombor telefon aku." Along menyebut satu persatu nombor telefonnya. Manakala semua orang ramai menumpukan perhatian kepada gelagat Adik dengan Angah.

"Kenapa tak bergerak ni Adik?" Rungut Angah sambil berdiri tegak di dalam troli.

"Angah ni..... beratlah.. Adik tak... boleh tolak..." Adik cuba menolak troli berkenaan tetapi hampa. Dia menarik nafas sedalam mungkin dan menolak troli sekuat hati. Terlancarlah Angah terus ke hadapan dan melanggar bahagian kotak susu yang berada di tengah-tengah sudut.

"Rezza, itu adik-adik kau...." Azam menunjukkan jarinya kearah belakang Along.

"Adik! Angah! Kenapa ni?!" Along berlari mendapatkan adik-adiknya yang cuba menyusun semula susu kotak di tempat yang betul.

"Angah ni! Dia yang main troli!" Jawab Adik menyalahkan abang tengahnya.

"Apa pulak! Adiklah yang salah! Adik yang ajak Angah main!" Marah Angah pula. Selepas mengucapkan maaf kepada manager pasaraya, mereka meneruskan kegiatan shopping mereka.

          Semasa leka mencari barang, seorang lelaki sedang mengekori mereka dari jauh. Mereka bertiga tidak menyedarinya. Mereka asyik membelek barang yang ingin dibeli.

"Adik kenapa duduk dalam troli? Adik dah besar kan?" Tanya Along lembut.

"Malas nak jalan kaki." Jawab Adik ringkas. Angah kelihatan teruja menilih barang yang diingini.

"Along! Mie ni sungguh menyelerakan! Belilah mee ni! Sedap!!" Ujar Angah sambil menunjukkan sebungkus mee segera kepada Along.

"Boleh! Angah pilih je yang mana Angah nak. Nanti Along bayarkan." Jawab Along sambil tersenyum riang walaupun hatinya merasakan tidak enak.

"Angah je ke? Adik?" Rajuk Adik sambil mengerling ke wajah Along.

"Er.... Adik pun boleh ambik.." kata Along perlahan.

"Angah pergi dulu!!"

"Adik pun!!"

           Mereka memilih barang yang dilihat hanya sekilas dengan kelajuan maksimum hingga penuh troli. Along tercenggang disitu sambil mengambil beg duit di dalam poket seluar.

"Banyaknya.... cukup ke nak bayar...?" Bisik hati Along. Apabila beg dibuka, dia terus murung. Sekeping duit rm50 kelihatan di dalam beg nipisnya. Along mula resah.

"Along! Kenapa ni?" Tanya Adik hairan. Tangan masih memilih barang. Angah buat tidak endah.

"Along kan tu. Biasalah..." Angah masih memilih barang yang diinginkan. Along berbincang dengan Adik dan Angah tentang duit yang dibawa. Akhirnya barang-barang yang diambil diletakkan semula. Mereka meninggalkan pasaraya dengan sedikit barang yang dapat dibeli. Azam melambai kearah mereka dari jauh.

"Apalah Along ni! Kenapa tak cakap yang Along kena cucuk kat bank dulu? Malu Adik.." rajuk Adik sambil membawa barang makan.

"Maaflah... Along lupa nak ambil duit kat bank. Nanti kalau dah ada duit, kita pergi beli kasut Angah dengan Adik. Maaf ya.." ucap Along sedikit sedih.

"Tak apalah. Nak buat macammana. Bukannya Along sengaja. Kita pergi bank dululah ni. Baru boleh pergi beli kasut kat BATA." Tambah Angah sambil membawa barang dapur sedikit.

"Bank kat depan tu je. Kita pergi sana dulu. Jom!" Ajak Along riang. Selepas mereka sampai di kawasan bank MAYBANK, mereka menyedari ramai manusia beratur hanya untuk mengeluarkan duit dari akaun masing-masing.

"Angah dengan Adik tunggu sini dulu ya Along." Angah duduk di bawah pokok yang redup berdekatan dengan bank.

          Tidak berapa lama kemudian, cuaca berubah mendung. Tiba-tiba, kilat sambung menyambung dengan guruh berdentum. Hujan mulai turun. Mereka berlari ke bawah sebuah payung menjual burger. Semasa Adik berdiri di tepi jalan, seorang lelaki meragut barang-barang yang dipegang oleh Adik serta merta. Lelaki itu terus nelarikan diri.

"Hoi!!!! Perompak!!!" Jerit Adik sambil mengekori peragut dari belakang. Angah cuba menghalang tetapi tidak sempat.

"Along!!! Adik kejar perompak!" Jerit Angah di dalam hujan lebat. Along yang sedang mengeluarkan duit segera mengambil duitnya dan berlari mengikuti adik-adiknya.

"Adik!! Angah!! Jangan kejar!! Biarkan dia!!" Panggil Along kelam kabut.

         Namun suara Along tidak dapat di dengar di dalam hujan lebat itu. Mereka berlari sekuat hati sehinggalah mereka menemui jalan sunyi dan kosong. Adik berdiri di hadapan perompak bersama dengan Angah. Along masih mencari adik-adiknya.

"Adik! Angah! Jangan bertindak melulu!" Jerit Along di dalam hati. Dia yang basah kuyup cuba melihat dengan jelas di dalam hujan. Handphonenya berbunyi nyaring. Along segera mengangkatnya sambil berlari.

"Ya Azam! Aku tengah kejar perompak ni! Adik-adik aku ikut lelaki tu dari belakang!" Along memberitahu lokasinya ketika itu.

"Hah!! Kau dah tak boleh lari! Berani kau rampas barang-barang kami!!" Tengking Adik dan mula menyerang. Dia membelasah perompak berkenaan dengan kemahiran yang dia ada. Angah juga masuk campur.

          Entah dari mana, sekumpulan lelaki yang memakai baju hujan mengepung mereka. Angah dengan Adik melihat antara satu sama lain. Mereka mula gugup apabila salah seorang dari mereka memegang sebilah pisau rambo. Mereka mula berlawan. Adik cuba mempertahankan dirinya dari serangan. Walaupun Adik masih muda, tetapi skil berlawannya sama sahaja dengan Angah yang mahir dalam wushu. Akhirnya Along tiba di tempat kejadian. Dia terkejut melihat lelaki-lelaki itu cuba mencederakan adik-adiknya. Sebelum Along menekan butang tamat, dia sempat memberitahu Azam dimana dia berada ketika menemui adik-adiknya yang sedang berlawan. Dia perlu masuk campur.

"Tak guna korang! Jangan sentuh adik-adik aku!" Jerit Along dan serbu ke arah mereka semua. Along menggunakan kemahirannya dalam ilmu silat yang dipelajarinya ketika di sekolah untuk menyelamatkan mereka bertiga.

          Tiga bersaudara melawan sepuluh lelaki dengan menggunakan kemahiran masing-masing dalam tae kwan do, wushu dan silat. Walaupun tidak pernah berlawan seramai ini sepanjang hidup, Angah dan Adik cuba berlagak tenang. 'Perang' dimulakan di dalam hujan lebat.

          Mereka cuba mempertahankan diri sendiri dari semua serangan namun jumlahnya tidak adil. Adik menendang menggunakan kelajuan kakinya dan juga pergerakan. Angah menggunakan kekuatannya untuk menumbuk penjahat di sekeliling mereka. Manakala Along menunjukkan ketangkasannya dalam silat yang tidak pernah ditunjukkan di hadapan adik-adiknya sebelum ini.

"Terernya Along. Tak sangka Along pandai lawan!" Puji Adik kagum.

"Angah tahu Along pandai silat tapi ini pertama kali Angah tengok secara live!" Balas Angah.

        Mereka hampir berjaya. Ketiga-tiganya termengah-mengah. Penjahat yang menyerang hanya ada seorang lagi yang masih berdiri.

"Angah! Bawa Adik ke tepi! Biar Along habiskan dia!" Arah Along serius.

         Ketika Along ingin menyerbu, kedengaran suara seseorang menjerit yang datang entah dari mana. Ketika Along berpaling kebelakang, satu tikaman di perut dari seorang lelaki yang tidak dikenali mengejutkan semua terutamanya Along.

"Kita berjumpa lagi Rezza..." bisik lelaki itu di telinga Along yang tergamam dengan serangan dari pengecut itu. Darah pekat mengalir dari luka pisau rambo yang dibawa oleh penjahat berkenaan. Along mengenali siapa penyerangnya. Dia adalah banduan yang telah membunuh keluarganya 12 tahun dahulu.

"Along!!!!" Jerit Adik dan Angah yang sebentar tadi ditutup mulutnya oleh kawan-kawan banduan itu.

          Dua lelaki yang memegang Angah dan Adik menekup mulut masing-masing dengan kain yang diletakkan klorofom. Mereka berdua meronta minta dilepaskan sambil cuba berlawan. Tetapi bau klorofom terlalu kuat. Lama kelamaan mereka tertidur. Mereka dibawa menaiki van yang telah disediakan tidak jauh dari situ.

"Adik..... Angah....." Along cuba membantu tetapi gagal. Along terbaring di situ. Kelihatan darah mengalir bersama air hujan di sekeliling Along. Kedengaran suara Azam memanggilnya bersama pihak polis peronda. Azam sempat melihat segala yang berlaku sehinggalah adik kepada kawannya diculik.

(Selepas beberapa jam)
(Di satu tempat yang tidak dikenali)

"Adik..... adik..... adik ok ke?" Adik dapat mendengar suara Angah berdekatan dengannya. Dia membuka mata dan melihat Angah tersenyum padanya dengan linangan air mata. Adik melihat keadaan sekeliling.

"Angah.... kita kat mana?" Tanya Adik yang masih mamai. Angah berhenti menangis.

"Angah tak tahu... dia orang culik kita. Angah cuba lepaskan diri dari tali ni tapi tak boleh. Tali ni ketat sangat..." jawab Angah perlahan. Dia memerhatikan dua orang bodyguard yang berdiri di hadapan sebuah bilik. Adik cuba mengingati apa yang berlaku.

"Angah! Along ngah!! Along tak apa-apa ke?! Tadi Along kena tikam!! Macammana dengan Along?!!" Tanya Adik lagi dan mula menangis menggantikan Angah. Angah menggelengkan kepala.

"Angah tak tahu dik. Angah sendiri buntu sekarang ni! Angah bimbangkan Along dan juga diri kita.. tengoklah dia orang tu! Semua pakai senapang. Kita tak akan dapat lepaskan diri kalau macam ni.." kata Angah hampa.

"Adik tak kira! Adik nak tengok Along juga! Kita kena lepaskan diri kita! Adik akan bunuh dia orang ni!!" Adik mula berfikir negatif. Angah tidak dapat berkata apa-apa jika Adik mula mengamuk.

"Kita buat rancangan.. mula-mula kita longgarkan dulu ikatan ni. Adik cuba cari benda tajam. Dalam poket Angah ada alat kelui. Angah akan hantar SOS dengan lokadi kat telefon Along. Cuma kena Angah pegang alat tu.."Angah meronta untuk melonggarkan sedikit tali yang diikat. Adik mencari sesuatu. Adik ternampak kaca pecah agak jauh dari mereka. Adik menarik kaca itu menggunakan kaki yang juga terikat.

            Semasa salah seorang bodyguard melihat mereka, Angah dan Adik berpura-pura tidur. Untuk mengelakkan sebarang tindakan drastik. Adik mengambil kaca yang berada di kakinya dan memegang dengan tangannya di belakang.

"Angah, pusing tangan Angah kesini.. Adik nak cuba putuskan tali.." arah Adik berbisik. Angah mengangguk faham. Mereka bersandar di belakang masing-masing dan Adik mula mengikis tali yang mengikat Angah secara berhati-hati. Sebarang pergerakan akan menyebabkan mereka dicurigai.

(Di hospital)

         Kelihatan Azam menunggu di bilik kecemasan. Azam yang menemui Along yang cedera segera membawa Along ke hospital dengan bantuan pihak polis. Azam memegang barang-barang peribadi Along untuk seketika termasuklah wallet dan handphone Along. Dia mengelap mukanya yang basah terkena hujan. Selepas seketika, doktor keluar dan memberitahu Azam sesuatu. Azam mengucapkan syukur. Along dibawa ke wad biasa setelah dirawat. Seorang pegawai polis wanita tiba di hospital dan berjalan menuju kearah Azam. Mereka bersalaman.

"Maafkan saya. Saya Inspektor Liana Lim. Saya nak tanya pasal Rezza dengan adik-adiknya. Boleh Encik Azam buat laporan di balai berhampiran? Kes ini dah serius. Saya dah bagi amaran pada Rezza tentang apa yang akan terjadi. Nampaknya perkara tu terjadi juga." Minta Liana tegas.

"Baik! Saya akan buat laporan. Sebelum tu, saya nak tengok keadaan Rezza. Lepas tu bru saya ikut Cik ke balai." Jawab Azam. Mereka berdua berjalan ke wad lelaki yang telah menempatkan Along.

        Azam dan Liana melihat keadaan Along yang masih lemah. Along dibiarkan tidur buat seketika selepas lukanya dijahit dan dibalut. Semasa Azam meletakkan handphone Along di atas meja, deringan kedengaran. Azam membaca mesej yang diterima. Azam tersenyum.

"Cik Liana, saya rasa kita dah tahu dimana budak-budak tu disorokkan. Nampaknya laporan tu terpaksa tunggu." Kata Azam dan menunjukkan mesej yang diterima oleh Along.

"Kita bertindak sekarang! Jangan beritahu Rezza. Dia akan bertindak di luar dugaan jika dia tahu adik-adiknya dalam bahaya. Kami sendiri tak dapat nak halang dia." Ujar Liana serius. Azam sedikit kehairanan. Mereka keluar dari wad. Azam sempat meletakkan handphone Along di atas meja.

"Apa maksud Cik Liana? Saya tak faham." Tanya Azam pelik. Liana hanya tersenyum sinis.

"Kalau awak nak tahu, Rezza tu dulu tali barut polis. Dia ambil jalan yang merbahaya ni semata-mata nak menyara adik-adiknya. Dia memberi informasi penjenayah dengan memasuki kumpulan gangster di dalam sesebuah kumpulan. Rezza seorang yang cekap. Banyak penjenayah yang dapat kami tumpaskan. Tetapi selepas satu kejadian, dia berhenti secara mengejut. Dia menghilangkan diri dari dunia penyamaran dan dunia gangster. Dia hidup low profile disebabkan adik-adiknya. Dia taknak adik-adiknya tahu tentang dirinya. Tapi semua tu tak lama. Seorang banduan telah melarikan diri dari penjara. Banduan tu adalah pembunuh kepada Keluarga Rezza. Dia dengan kawan-kawannya telah merompak rumah Rezza masa Rezza 8 tahun. Selepas kejadian itu, Rezza membuat pengecaman dan membuat kenyataan. Kesemua penjenayah di tahan dan dibicarakan. Hukuman telah dijatuhkan. Mereka dipenjarakan seumur hidup. Saya ingatkan benda ni dah settle. Tak sangka dia boleh lepas lari. Akhirnya benda buruk ni terjadi di luar kemampuan saya." Cerita Liana panjang lebar. Azam berhenti berjalan. Liana menoleh kearah Azam.

"Saya rasa tak sedap hati. Sekejap!" Azam berlari semula ke wad lelaki dan panik apabila melihat Along tiada di katil bersama wallet dan hanphonenya.

"Mana dia?" Tanya Liana gusar. Azam mengeluh.

"Dia cari adik-adiknya sendiri. Silap saya tak padam mesej tadi. Tak sangka dia betul-betul tekad. Kena cari dia orang dengan kadar segera cik Liana!" Kata Azam dan mula bergerak. Mereka menuju ke kereta yang diletakkan di luar hospital untuk merancang sesuatu tentang kes penculikan ini.

        Kelihatan Along sedang bersembunyi di dalam bilik stor yang terletak di hadapan bilik wad lelaki. Dia melihat ke telefonnya dan merenung mesej yang dihantar oleh Angah.

-SOS GUDANG LAMA JALAN MAHAMERU-

"Along akan selamatkan adik dengan Angah. Tunggu Along." Bisik hati Along. Dia keluar dari stor dan mula bergerak ke tempat adik-adiknya diculik.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience