3 BERADIK

Short Story Completed 981

(Di sebuah tempat asing)

"Tak!! Aku tak akan benarkan korang apa-apakan keluarga aku!!" Jerit seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun sambil menghayunkan sebilah pisau kearah tiga lelaki yang menceroboh rumah mereka. Diwajahnya tertera ketakutan yang teramat. Tangan yang terketar-ketar masih kemas memegang pisau seolah-olah itu sahaja senjata yang dapat menyelamatkannya. Kedengaran tangisan kanak-kanak lain di dalam sebuah bilik.

"Kita bunuh mereka semua! Walaupun budak, dia orang dah tengok muka kita!" Arah seorang lelaki yang merenung bengis pada kanak-kanak yang masih menggigil dihadapan mereka. Di saat parang diangkat tinggi, satu tangan menghalangnya.

"Jangan! Kita dah bunuh mak ayah dia orang. Biarkan dia orang hidup. Jom blah sebelum polis sampai!" Seorang lelaki yang berparut di muka menahan tangan kawannya. Mereka meninggalkan kawasan rumah yang dirompak dalam keadaan tergesa-gesa. Kanak-kanak yang masih berada di situ terduduk di lantai dan menangis sekuat hati. Dua lagi kanak-kanak keluar dari bilik kecil sambil berlari kearah abang mereka. Ketiga-tiga mereka berpelukan.

"Along, mama dengan papa mana? Kenapa muka along ada air merah? Angah panggil mama ya." Tanya salah seorang adiknya yang berusia 5 tahun. Adiknya yang paling kecil berusia 2 tahun hanya memandang kelu. Abangnya memeluk kemas kedua-duanya.

"Along akan jaga angah dengan adik sebaik mungkin. Along janji! Along tak akan sia-siakan wasiat mama dengan papa!" Along tersenyum sambil mengelap air mata dengan lengan bajunya. Luka yg kelihatan di atas kening sebelah kanan dilap laju. Selepas seketika, pihak polis sampai dan rumah mereka dikerumuni jiran tetangga. Mereka diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa buat sementara waktu.

(Di sebuh rumah sewa.. 12 tahun kemudian)

           Seorang pemuda sedang merenung ke jendela sambil menatap bulan purnama pada malam yang hening itu. Dia mengeluh beberapa kali. Setiap kali tibanya waktu malam, ingatannya tentang kejadian yang berlaku 12 tahun lalu sering bermain di fikiran. Tidak mampu dirinya melupakan peristiwa yang menimpa dirinya. Dia menoleh ke kiri dan tersenyum melihat adik-adiknya yang lena tidur. Entah kenapa sayu hatinya apabila merenung wajah polos adik-adiknya.

"Aku kena berusaha lebih untuk mereka. Aku dah berjanji akan memberi mereka kebahagiaan yang mama dengan papa tidak dapat berikan. Mereka adalah harapan aku." Bisik hatinya. Along merenung dan berfikir. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dia yang keletihan akibat bekerja seharian tertidur di kerusi.

(Pukul 7 pagi)

"Hoi bangun!!!! Kita dah lambatlah!!" Jerit seseorang di dalam rumah kecil itu. Jeritannya mengejutkan penghuni yang lain.

"Hah?! Apa? Apa?" Seorang remaja berusia 17 tahun terbangun dalam keadaan mamai. Dia yang berambut pendek dan berbadan agak sasa menggosok matanya berulang kali.

"Pergi sekolahlah angah! Ada ke tanya soalan bodoh tu! Cepatlah!!" Marah adiknya yang masih muda. Adik yang berwajah lembut dan berusia 15 tahun kelam kabut memilih baju sekolah yang telah siap digosok.

"Angah! Angah gosok baju adik ke malam tadi?" Tanya adik hairan. Dia memakai baju sekolahnya cepat. Angah mengeliat dan menguap.

"Mana ada. Baju angah pun angah tak sempat gosok. Along kot." Jawab angah perlahan. Dia menyambar kain tualanya dan masuk kedalam bilik mandi di tepi dapur. Kedengaran suara angah yang mandi sambil menyanyi. Adik menggelengkan kepala.

"Hoi angah! Jangan nyanyilah. Sakit telinga adik tau tak?!" Marah adik sambil mengetuk pintu bilik mandi.

"Im going under!! Drowning with you! Ahhh!!!" Angah semakin kuat menyanyi lagu evenessense dari dalam. Adik mendengus.

Along yang masih tidur tersedar kerana cahaya matahari menyilaukan matanya. Dia menoleh kanan dan kiri dan menyedari adiknya sedang memakai baju sekolah yang digosoknya pagi tadi.

"Adik dah bangun? Adik nak makan apa hari ni? Along belikan kat bawah. Nanti sarapan sama-sama. Along tak sempat masak." Tegur along sambil tersenyum.

"Along dah bangun? Tak payahlah along. Along rehat je. Hari ni along kerja ke?" Tanya adik ramah.

"Along kerja. Pkul 10 pagi sampai pkul 1 pagi nanti. Dua kerja dik. Nah! Ambik duit belanja. Beli apa yang patut je. Angah mana?" Hulur along. Duit di tangan along diambil oleh adik.

"Tu!! Tengah mandi! Bising pagi-pagi! Angah!! Cepatlah!! Nanti lambat!!" Jerit adik lagi sekali sambil mengetuk pintu kuat-kuat.

"Ye!! Kejap!!" Angah keluar dari bilik mandi dalam keadaan terketar-ketar.

"Sejuk air! Macam air batu!" Kata angah dan masuk ke bilik persalinan. Setelah kedua-duanya siap berpakaian, mereka memakai kasut sekolah yang terkoyak. Along mengintai kearah mereka.

"Balik awal nanti. Along akan minta cuti hari ni. Kita pergi beli kasut baru. Hati-hati pergi sekolah." Nasihat along serius.

"Baik along!! Adik, nak naik basikal dengan angah tak? Basikal adik dah rosak kan. Jomlah! Tapi adik kena peluk angah. Nanti adik jatuh!" Ajak angah sambil tersenyum lebar. Adik menjeling.

"Tak nak! Adik rela jalan kaki! Adik tak nak pergi dengan angah!" Balas adik tegas.

"Ok! Tak apa! Peluk angah dulu! Sayang adik!!" Angah melebarkan tangannya untuk memeluk adik. Adik sempat elak dan memberi satu tumbukan di wajah angah. Angah hampir terjatuh.

"Sakitlah! Angah nak peluk je.. takkan itu pun tak boleh? Angah nak peluk adik...." Angah cuba sekali lagi. Tetapi adik sudahpun berlari meninggalkan angah.

"Baka!!" Jerit adik sambil berlari. Along yang berada di depan pintu rumah hanya ketawa kecil. Angah mulakan perjalanan kesekolah bersama dengan Adik.

"Macam-macam perangailah dia orang ni." Along menggelengkan kepala dan menutup pintu. Dia berehat seketika sebelum menelefon ketuanya untuk meminta cuti. Selepas diluluskan, dia menyambung tidurnya yang tidak cukup.

(Bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience