BAB 2

Horror & Thriller Completed 4239

“Lina, cuba senyum. Orang lain balik kampung senyum, kamu pulak masam memanjang.” Ujar abah. Aku cuba maniskan muka. Aku tak suka macam mana nak manis. Creepy gila rumah tok ma tu. Walaupun aku sayang tok ma, aku takut dengan dia. Ada aura ‘gelap’ bila dengan dia.

“Hah, dah sampai pun kita! Tu mak dah tunggu kita, Zu. Lina senyum jangan nak masam. Karang tok ma terasa hati.” Ujar Abah memberi peringatan. Aku mengangguk lemah.

Aku hanya memandang abah dan mak menyerbu menyalami tok ma. Aku melangkah lambat-lambat. Saat tangan aku bersentuhan dengan tangan tok ma, bulu roma aku berdiri tegak. Cepat-cepat aku cium tangannya dan melepaskan salaman tu.

“Dah besaq na cucu tok ma ni? Awat jauh-jauh dari tok ma. Meh dekat sini.” Gamit tok ma. Aku bertambah cuak. Entah kenapa, aku rasa tok ma ada sesuatu yang ‘lain’.

“Lina tok ma panggil tu.” Ujar abah bersahaja dalam suara rendah. Tapi aku tahu makin rendah suara abah, maknanya dia makin marah. Aku melangkah dan melabuhkan punggung disebelah tok ma tanpa rela hati.

“Lina, Lina cutikan. Nanti duduklah dengan tok ma. Teman sekejap pun jadilah.” Pujuk tok ma. Aku gelabah. Nak duduk sebelah ni pun dah separuh mati inikan pulak nak duduk dengan tok ma. Ya Allah janganlah abah dengan mak setuju.

“Betul tu Lina. Dari kamu duduk tidor dekat rumah tu menambahkan berat badan. Baik kamu tinggal sini jaga tok ma. Dapat pahala.” Ujar mak menyokong cadangan tok ma. Abah aku lihat terangguk-angguk setuju. Aku telan liur yang terasa pahit. Yup... aku tahu aku tak ada pilihan.

Patutlah mak beria-ria kemas beg aku, walaupun dalam perancangannya tidor satu malam sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience