BAB 9

Horror & Thriller Completed 4239

Arwah tok ma berjaya dikebumikan. Aku masih terbayang-bayang dengan jenazah tok ma. Selepas sahaja benda itu keeluar dari tubuh tok ma, terus badan tok ma berbau busuk dan keluar ulat. Hampir semua yang melihat muntah.

“Lok, macam mana kau tahu pasal hal tu?”tanya aku tanpa perasaan kepada Lokman.

“Kan kau dah kata ada benda kacau kau. Aku rasa tak sedap hati. Tu yang aku ajak ustaz dan Mail temankan aku lepak dekat pangkin. Masa pukul 2 tu anjing-anjing melolong kuat. Aku terjaga dan terdengar kau menjerit.” Ceritanya. Aku mengangguk faham.

“Terima kasih. Kenapalah tok ma simpan benda tu.. dan kenapa dia pilih aku?” aku menyoal dia.

“Benda tu dah jadi turun temurun Lina. Dan hanya orang perempuan akan mewarisi benda tu. Dalam kalangan anak tok ma, tiada seorang pun yang perempuan. Kau pulak satu-satunya cucu perempuan yang dah baligh yang dia ada. Jadi dia pilih kau...” kata Lokman. Aku agak dia hanya meneka.

“Hm... aku takut.” Ujar aku sedikit bergetar.

“Jangan risau. Benda tu dah tak ada. Yang penting kau kena rajin solat dan mengaji. In sha Allah tak ada apa yang buruk akan jadi.” Kata Lokman sambil meminta diri. Aku mengangguk faham.

Surah Yassin aku capai. Semoga roh arwah diterima-Nya dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Aku tahu arwah tok ma juga tiada pilihan melainkan menerimanya.

Ya... benda tu dah tak ada.

‘ Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi...’
Ha, marilah, marilah dengan nenek, di sini ada magik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience