BAB 7

Horror & Thriller Completed 4239

‘ Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi...’

Tidur aku terganggu saat aku terdengar budak-budak kecil menyanyi riang. Aku mencapai telefonku. Baru jam 2 pagi. 2 pagi? Ya Allah benda apa yang menganggu aku ni? Aku menyelimut seluruh badan.

“Lina... Lina nak tak hadiah dari tok ma?” kedengaran suara tok ma. Menyeramkan. Seperti dia bukan dirinya yang sebenar. Aku mematikan diri.

“Lina... tok ma tahu Lina tak tidur cu...” suara tok ma berubah menjadi garau dan kasar.


“Lina... terimalah cu... terimalah cu...”

‘ Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi...’

“Tolong! Tolong!” aku menjerit meminta tolong. Katil yang aku berbaring bergegar kuat. Suara tok ma berselang seli dengan lagu permainan di zaman kanak-kanakku.

“Allahuakhbar!” jerit satu suara yang cukup aku kenali. Ya, Lokman datang. Syukur ya Allah.

“Ya Allah teruk dah ni. Cepat Mail, Lok pegang Tok Ma tu. Ustaz nak baca ayat kursi ni.” Ustaz Zaid mengarahkan Lok dan kawannya Mail. Tok ma menjerit kuat tatkala ayat suci itu berkumandang.

Aku cuba bangun melarikan diri. Tetapi aku terpaku saat mata aku melihat sesuatu yang aneh. Ada satu lembaga yang turut sama menjerit bersama tok ma. Lembaga yang sungguh mengerikan.

“Lina! Lina lari keluar!” jerit Lokman kepadaku. Aku hanya mampu terpaku mematung melihat apa yang terjadi.

Tok ma tumbang selepas ustaz Zaid azan. Aku turut jatuh terduduk. Kaki aku bagaikan tiada tulang.

-

Mak dan abah muncul tepat jam 4 pagi selepas dihubungi Lokman. Aku terus menyerbu ke dalam pelukan mak. Tangisan aku hamburkan sepuas hati.

Mak cuba menenangkan aku. Abah sudah beransur untuk bercakap dengan ustaz Zaid. Aku cuba memasang telinga.

“Sebenarnya, mak Suhaimi ni dah lama meninggal. Dekat seminggu dah. Yang tinggal hanyalah saka dia. Untuk membolehkan arwah pergi hanya ada dua cara.” Kata ustaz.

“Apa dia cara tu ustaz?”tanya abah dengan sabar. Abah tahu hal ini. Sudah banyak kali abah menyuruh tok ma buang tetapi tok ma degil.

“Satu, Lina kena terima saka tu. Dua, kita buang dia.” Kata ustaz Zaid dengan tenang. Abah mengangguk faham.

“Kita buang. Saya sebenarnya tak suka benda-benda macam ni. Lagipun arwah mesti dah terseksa.” Kata abah dengan linangan air mata. Aku hanya mampu melihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience