BAB 1

Horror & Thriller Completed 4239

“Mak kita kena balik jugak ke rumah tok ma?” tanya aku perlahan. Takut mak melenting tiba-tiba. Tapi sungguh, aku tak mahu balik sana, tok ma tu creepy gila!

“Ya Allah, kenalah balik dah berapa lama kita tak balik.” Kata mak tanpa memandang aku. Dia sibuk melipat baju aku untuk disumbat ke dalam beg. Tipikal anak dara bandar, lipat baju aku fail. Tapi memasak aku tip top.

“Lama tak balik bilanya? Bukan minggu lepas mak dah balik ke?” sambut aku. Muka aku tak payah cakaplah, terpancar sangat reaksi ‘tak nak balik rumah tok ma!’

“Mak memanglah selalu balik sana. Yang kamu tu, dah berapa tahun tak balik kampung. Nama aja belajar dalam negara, tapi balik kampung setahun sekali.” Marah mak beria-ria. Kejut sekejap aku.

“Alah mak. Orang tak nak.” Kata aku sambil mengesel-gesel dengan lengan mak. Mak menolak aku jauh, rimaslah tu.

“Tak kira, tak tahu, tak penting. Yang mak tahu kamu kena ikut jugak balik kali ni. Tok ma tu dah tak sihat. Jangan sampai mak bagitahu abah kamu!” titik. Muktamad. Kata mak kali ni memang tak boleh nak mintak kautim lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience