BAB 2

Romance Completed 53287

TAP...

Anggun menekan jam loceng yang berbunyi nyaring di sebelah bantalnya. Dia menggeliat malas.


"Dah pukul 6, malasnya nak bangun, sambunglah lagi 5 minit," dia bercakap dalam kemamaian dengan mata yang semakin tertutup semula. Akhirnya kembali berlabuh ke alam mimpi.

Tok...Tok...Tok ..

Bunyi pintu bilik seperti dibuka dari luar. Anggun mencelikkan sedikit matanya. Melihat seseorang yang sedang menghampiri ke arah katilnya.

"Yam bangun Yam,"

"Isyy anak inilah...Bangun...Kamu tak pergi kerja ke harini? dah pukul berapa ni?"

Anggun menggeliatkan badannya membetulkan urat. Sempat juga dia menguap.

PAP...

Bahunya dipukul sedikit kuat. Terus terbuka luas matanya.

"Lain kali nak menguap tutup mulut, bukannya buka seluas - luas alam sampai segala anak beranak lalat boleh masuk," Mak Gayah dah mula membebel sambil menggeleng - gelengkan kepalanya. "Perangai tak padan dengan umur. Huhhh, esok - esok kalau dah berlaki macammanalah agaknya," gumam Mak Gayah.

"Dah pukul berapa mak?" soalnya, suara serak - serak basah kedengaran. Suara bangun tidur dengan mata yang terpisat - pisat.

"Dah pukul 7.00 dah, ni mesti tak solat subuh," balas Mak Gayah mencerlung matanya ke arah anak dara yang sorang ini.

"Haaa, dah pukul 7.00 kenapa mak tak kejutkan Anggun dari tadi," balasnya, dia yang dalam fasa tidak boleh solat itu memang selalu tersasar bangun pagi, jika boleh solat, disiplin pada dirinya menjadi lebih baik sedikit.

Pappp....


Ditepuknya pula dahi anak daranya itu. Geram pulak hati dia. Ehhh, dia pulak yang salah.


"Haaa, ni makan dia, kita juga yang disalahkan. Dah besar panjang tak boleh bangun sendiri. Habis tu yang mak duk terpekik terlolong tadi tu apa benda," balas Mak Gayah seraya melangkah keluar dari bilik itu, melangkah menuju ke dapur diiringi suara dari radio tak berbayarnya itu. Mengomel bebelkan si anak.

Anggun menggosok dahinya dan segera bingkas bangun menuju ke bilik air. Mandi sepantas kilat yang boleh, masa tidak menunggu dirinya.

Usai bersiap, dia bergegas ke dapur, mencapai bekal di atas meja makan yang telah disediakan oleh emaknya. Mata melilau memcari si emak.

"Mana mak ni? orangni dah lambat," getusnya sendiri.

"Mak...Anggun nak salam, dah nak gerak ni."

"Mak dekat ampaian, nak salam mak datang sini," kedengaran suara laungan dari luar.

"Emmm, yela, orang datang sana," balas Anggun seraya mengatur langkah menuju ke arah tempat ampaian di tepi rumah.

Sosok tubuhnya emaknya yang sedang menyidai baju sudah kelihatan. Laju langkahnya menghampiri ke arah itu.

"Abah dah pergi kebun ke mak? soal Anggun kerana dari tadi lagi dia tidak nampak bayang abahnya.

"Haah, selepas sarapan masa kamu mandi tadi dia terus pergi kebun," balas Mak Gayah pantas.

"Kerja elok - elok, jangan sibuk nak mengurat tuan kedai pulak, jaga perangai di tempat orang," sambung Mak Gayah, Anggun ada ceritakan padanya yang bosnya itu adalah duda tanpa anak.

"Jauh sangat perginya pesanan mak tu, Tengku Ismadi tak nak pandangnye anak mak ni. Orang kaya mestilah cari yang sekufu," ujarnya, tangan ibunya dicapai dan dikucupnya penuh kasih, kedua pipi yang semakin dimamah usia itu juga diciumnya.

"Anggun pergi dulu mak, jumpa petang nanti," ujarnya terus melangkah ke garaj, kereta Suzuki Swift berwarna kuning yang sedia menanti di situ dia tujui. Kereta kesayangan pemberian hadiah sempena dia mendapat lesen tiga tahun lepas dari abang - abangnya sangat dia hargai. Tiga abangnya 'tongtong' duit untuk belikan kereta itu. Enjin kereta itu di hidupkan. Menderum keluar dari kawasan rumah menuju ke tempat kerja.

____________

"Anggun, bos nak jumpa sekarang."

Anggun yang sedang sibuk menyusun roti - roti dan donut di bahagian rak roti bertutup berpaling ke arah suara itu. Alia ditugaskan untuk bekerja di ruang dapur. Dia di bahagian depan.

"Bos nak apa?" soalnya dengan dahi berkerut. Dulang berisi roti dia hulurkan pada Fatin, rakan sekerjanya dan tuan empunya suara sebentar tadi.

Fatin hanya menjungkitkan bahunya. "Entah, aku hanya menyampaikan pesan jer, cepat naik atas, nanti bising pula dia," balas Fatin sambil menyambung kerja - kerja yang dibuat oleh Anggun sebentar tadi.

"Emmm, okay...Okay, aku naik sekarang," balas Anggun menuju ke tingkat atas yang menempatkan ruang pejabat. Kedai bakery ini bukan sekadar kedai bakery, juga ada menempatkan ruang untuk makan juga, ada ruang ala - ala sebuah mini kafe dan free wifi. Ikutkan nama kedai kek ini, Sweet - Sweet Cake & Cafe. Dia je lebih senang memanggil kedai bakery. Mudah nak sebut.

Kaki sudah menapak di anak tangga paling atas. Perlahan dia menuju ke arah bilik Tengku Ismadi. Entah apalah bosnya hendak petang - petang ni? desisnya.

Tok...Tok...Tok...

"Masuk Anggun," suara garau kedengaran dari dalam.

Anggun memulas tombol pintu dan menguakkan sedikit muat - muat badannya. Dia melangkah perlahan menuju ke arah meja bosnya. Tengku Ismadi memandangnya sambil tersenyum.

"Bos nak jumpa saya?"

Sapaan Anggun mematikan lamunan Tengku Ismadi yang asyik memandang ke arah gadis cantik yang sedang menuju ke arahnya itu. Liurnya dia telan. Cuba beriak seperti biasa.

"Errr...aa ahh...Saya ada benda nak bincang dengan awak. Duduk Anggun," Tengku Ismadi menunakkan pandangan matanya ke arah gadis cantik di depannya ini.

Anggun menarik kerusi di depannya itu, melabuhkan punggungnya dan duduk dengan sopan di situ. Masih sabar menunggu apa yang akan dimaklumkan oleh bosnya. Cuba menadah telinga dengan sebaik mungkin.

"Macamni Anggun, saya sebenarnya berbesar hati nak naikkan pangkat awak menjadi Penolong Pengurus, memandangkan hanya awak seorang sahaja staff saya yang ada ijazah. Sebabnya saya tak menang tangan dengan nak handle satu cawangan dekat bandar tu lagi," dia menarik nafas panjang. Berharap tawarannya pada Anggun tiada bantahan.

"Tapi bos saya masih baru lagi dekat sini, tak sampai setahun pun, nanti apa kata yang lain - lain," Anggun seakan serba - salah.

"Tak perlu fikirkan orang lain Anggun, hanya awak yang berkelayakan dekat sini, nanti gaji awak saya akan upkan, waktu kerja awak juga berubah kepada office hour, saya yakin tiada pertikaian daripada orang lain berhubung pelantikan awak nanti," panjang lebar penerangan dari Tengku Ismadi, rasanya sudah jelas penerangannya kepada Anggun.

Anggun melongo mendengar ujaran itu. Hatinya masih berbelah bahagi, jika diikutkan tawaran itu memang sangat menarik untuknya. Rugi juga kalau dia menolak. Waktu bekerja office hour, jadi dia tidak perlu lagi bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, balik kerja pada juga jam 5.00 petang.

"Bila tarikh kuatkuasa saya untuk ke jawatan baru?" soal Anggun memandang tepat ke wajah Tengku Ismadi.

Tengku Ismadi tersenyum senang. "Terima kasih Anggun, nanti saya minta kerani keluarkan surat tawaran untuk awak, berkuatkuasa awal bulan depan, lagipun sekarangni dah nak hujung bulankan."

Anggun mengangguk perlahan, faham akan penerangan itu. "Bos kalau tak ada apa - apa lagi saya minta diri dulu, mahu sambung kerja saya semula," mohon Anggun.

Tengku Ismadi mengangguk perlahan. "Okay, pergilah sambung kerja awak semula."

********

"Yam, beli apa tu?" Paan menegur dan buat - buat terserempak dengan Maryam di kedai Pak Hassan. Dari tadi dia mengekori langkah gadis idamannya itu.

"Jangan sibuk boleh tak?" balas Anggun bersahaja. Malas mahu melayan lelaki di depannya ini.

"Jangan sombong sangat Yam, abang tegur elok - elokkan. Kenapa Yam selalu layan abang endah tak endah?" ujar Paan. Berebut anak dara di kampungnya ini yang mahu berkawan dengannya apatah lagi jika mahu dijadikan awek tetapi dengan Maryam, susah betul mahu mendekati gadis itu. Sudah banyak cara dia cuba untuk memenangi hati Maryam, gadis itu langsung tidak memandang dirinya yang kacak lagi bergaya ini. Hmmm...Betul - betul tolak tuah. Desisnya.

"Betulkan diri kau tu dulu Paan, sebelum nak berkawan dengan aku, bukannya tahu menghabiskan duit mak bapak aje. Taulah bapak kau tu orang kaya, ketua kampung, tapi seronok ker??? jadi kutu rayau, menghabiskan masa, buat kerja tak berfaedah, ganggu anak dara orang sana - sini, aku ni kalau nak membebel kat kau, sampai esok pun tak habis. So ingatlah kata - kata aku tu," Terus dibaginya setepek ke atas muka Paan. Sudah lama dia bersabar. Makin menjadi - jadi pula tingkahnya.

Tskkk...Paan berdecit. "Abang bukannya tak nak kerja, tapi harta bapak abang tu, tujuh keturunan pun tak akan habis. So buat apa abang cari kerja. Kalau Yam kahwin dengan abang, Yam goyang kaki jer, tak perlu susah payah. Tahun lepas, abang masuk meminang, Yam tolak, apa kurangnya abang pada Yam???" Sebal betul hatinya, kenapalah Maryam jual Mahal sangat. Dah banyak cara dia berusaha untuk mendekati gadis itu. Kuat betul benteng pertahanan dia.

"Issshhh, susah betul nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni. Hidup tau nak jadi biawak jer," Anggun menjeling tajam. Pemikiran tak sesuai dengan usia, umur dah 26 tahun.

"Siapa yang tak faham? Yam atau abang? cubalah bukakan hati Yam untuk abang sekali ini. Abang janji akan tatang Yam macam minyak yang penuh," Paan seakan merayu. Orang yang keluar masuk ke kedai itu memandang seakan pelik. Drama apa yang sedang bermula sekarang ini.

"Eeee, tolonglah, mintak simpang. Perangai dengan muka tu biar seiring. Memang lambattttlah lagi. Dahlah ambil duit singgit ni wat beli aiskrim dan pegi main jauh, Syuhhh,,, mengacau orang je yang dia tau," Anggun semakin menahan panas di hati. Murung hidupnya seharian ni, macam tak ada makhluk lain yang dia perlu jumpa, seraya berlalu pergi menuju le kaunter membuat pembayaran.

"Sampai hati Yam, halau abang macam kucing. Nasib baik abang ni ketegori kucing jantan yang hensem," Paan meluah, dia tau Maryam mendengar, sengaja dia kuatkan intonasi suaranya. Dia menghidupkan enjin motosikalnya dan berlalu pergi, mencari kawan - kawan lepaknya. Ke mana lagi kalau bukan di pondok yang terletak di tepi jalan itu. Pondok yang sudah menjadi tempat wajibnya setiap hari.

___________

"Kenapa masam je muka ni? marah dekat mak ker sebab suruh pergi beli barang dekat kedai?" soal Mak Gayah memandang wajah cemberut anaknya itu.

"Ke situ pulak mak ni. Mana ada, tak akanlah Anggun nak marahkan mak. Bukan sebab pasal pergi kedai. Ni pasal Si Paan anak ketua kempung tu. Suka betul kacau Anggun," adu Anggun. Serabut jiwanya memikirkan perihal Paan. Orang dah tak sudi, tak perlulah nak terhegeh - hegeh. Jenis yang tak faham bahasa.

"Ooo, pasal Paan, memang dari dulu dia sukakan kamu kan? sampai siap hantar rombongan meminang," balas Mak Gayah sambil tangannya lincah menyusun barang - barang yang dibelikan oleh Anggun sebentar tadi.

Anggun terdiam sejenak, mencuka wajahnya. "Mak kalau dia masuk minang Anggun lagi, mak tolak yer sebab Anggun tak nak subahat bela biawak, kang nanti tak pasal - pasal kena mohon lesen memelihara haiwan eksotik," tukas Anggun, menahan diri dari ketawa. Huhhh, haiwan eksotik yer... Desisnya...

"Hishhh, apa cakap orang macam tu, tak baik. Kalau dia dengar nanti tak pasal - pasal kecil hati," tegur Mak Gayah, kepala dia geleng - geleng perlahan, betul - betul tak ada insuran mulut anaknya itu.

"Betullah apa yang Anggun cakap. Kalau hidup sehari - hari tau nak menghabiskan beras jer, taknak kerja, bukan biawak ke namanya tu mak???" soal Anggun, geram pula apabila maknya sendiri seolah - olah nak memenangkan lelaki itu.

"Suka hati kamulah Yam, dahlah bincang hal Paan, meh tolong mak masak makan tengahari, kang kejap lagi abah kamu dah nak balik dari kebun," ajak Mak Gayah, bahan - bahan dari dalam peti ais dikeluarkannya dan di letakkan di atas meja.

"Mak nak masak apa harini?" soal Anggun, mata tertunak ke arah ikan dan udang yang telah diletakkan awal - awal lagi ke dalam singki.

"Hari ni mak nak masak asam pedas ikan kembong dengan udang sambal tumis petai. Tema harini berasaskan makanan laut," Mak Gayah tersenyum, siap ada tema....

"Sedap tu mak. Jomlah kita masak sekarang, ikan dengan udang biar Anggun yang siang," balas Anggun pula, sambil dirinya menghala ke arah singki.

"Emmm, yela!" Balas Mak Gayah sepontan.

"Mak...Anggun ada sesuatu nak bagitau mak, Anggun dah naik pangkat, jadi Penolong Pengurus," Maklum Anggun, dari semalam dia ingin maklumkan tapi dah terlupa. Balik kerja dah penat, semua ingatannya hilang. Nasib baik harini dia ingat semula.

"Yeke, cepat sangat,,, setau mak, kamu kerja dekat sana pun belum sampai setahun lagikan??? Lupa makan ubat ke bos kamu ni?" Mak Gayah memandang pelik.

"Isyyy mak ni, ke situ pulak, bos bagi jawatan tu sebab katanya hanya Anggun seorang sahaja yang layak kalau nak diikutkan dari segi kelayakan akademik. Anggunkan ada ijazah. Kira okaylah tu. Bukannya Anggun naik pangkat sebab membodek bos ke atau hal lain," Anggun memenangkan dirinya. Risau pula jika emaknya itu tersilap tafsiran.

Mak Gayah hanya mengangguk perlahan. "Kalau kamu rasa sesuai dengan jiwa kamu, terima jelah tawaran tu. Mesti banyak benefitnyakan. Apa yang baik buat kamu, baik juga untuk mak," ujar Mak Gayah. Tangan yang sedang memegang pisau itu dia gunakan untuk memotong sayur.

"Macamnilah Mak Anggun, selalu support Anggun dan faham Anggun, terima kasih mak, sayang mak ketat - ketat," Anggun membalas sambil menarik tubuh wanita separuh baya itu rapat ke dalam pelukannya.

Happy reading semua... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience