BAB 1

Romance Completed 53287

"Mana anak dara awak? tak nampak batang hidung pun dari tadi, orang sibuk dekat dapur bukannya nak menolong," soal Pak Malek melihat isterinya yang sedang kelentang - kelentung di dapur sorang - sorang.

"Emmm...Biasalah bang, dekat bilik la tu, kejap Yah panggil dia," Balas Mak Gayah, terus berlalu ke arah bilik anak bongsunya itu. Mencerlung matanya memandang anak daranya itu sedang lena tidur terbongkang di atas katil. Kepala dia geleng - gelengkan melihat tabiat anaknya yang suka sangat tidur time - time dekat maghrib itu.

"Bertuah punya budak, membuta rupanya time - time maghrib ni, Yam,,, bangunlah dah nak maghrib, pergi mandi. Tak elok tidur time maghrib. Apa nak jadi dengan kamu ni?"

Mak Gayah membebel, ditepuk - tepuknya punggung anak bongsunya itu dengan bantal. Kepala dia geleng perlahan... Suka benar tidur time - time maghrib. Dah jadi macam tabiat pulak. Getusnya

"Ooo...Yam...Kamu tak bangun, mak siram kamu dengan air basuhan ikan, buatlah perangai kamu," Mak Gayah masih membebel.

Terdengar sahaja 'air basuhan ikan' terus celik matanya. "Emmm...Yela, orang bangun. Mak ni pun, janganlah panggil 'Yam' tak glamourlah. Bagi nama cantik - cantik, panggil 'Yam'..." Anggun memuncung. Dia menggeliatkan badannya perlahan - lahan. Membetulkan lenguh - lenguh urat yang dirasakannya ketika ini. Penat seharian bekerja siang tadi masih lagi terasa. Dah banyak kali ditegur supaya jangan panggil 'Yam' lagi. Dari dia kecil dia tak suka nama 'Yam'. Dari 'Yam' boleh jadi 'Ayam'... Ishhhh, tak suka...Tak suka...

Mak Gayah bercekak pinggang, tajam matanya mengekori pergerakan anak bongsunya itu.

Anggun Maryam bingkas bangun, mencapai tuala dan kain batiknya. Bergegas pergi ke bilik air yang terletak di hujung dapur rumah separuh kayu dan batu itu. Cepat kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air, pintunya dikunci rapat. Dia memakai kain basahan, tuala dan kain batik dia sangkut pada paku yang tersedia di tepi dinding bilik air itu.

"La...La...La..." habis semua lagu yang dihafal dinyanyinya, memang sejenis yang suka berkaroake di dalam bilik air. Seronok bermain sabun dan menyampu rambutnya yang panjang separas pinggang itu. Kulit putih mulus itu dia tambahkan lagi sabun. Suka benar main buih banyak - banyak.

"Hahhh, eloklah tu anak dara melalak dekat dalam bilik air, biar setan ikut sekali melalak," suara jerkahan Pak Malek kedengaran dari luar pintu bilik air bersama ketukan kuat pada pintu bilik air itu. Hampir nak tercabut pintu bilik air itu dibuatnya.

Tersentak Anggun mendengar jerkahan itu. Terus terdiam seketika. Leka dia menjiruskan air pada badannya yang berkemban itu. Sambil mulutnya masih meneruskan nyanyian sumbangnya. Tetapi volume direndahkan sedikit risau takut tercabut pula pintu bilik air tu nanti.

PRAKKK!!!

Kedengaran kuat di telinganya bunyi sesuatu di belakang dinding bilik air "Bunyi apa tu?" sepontan kata - kata itu terlontar dari bibir mungilnya. Anggun mendiamkan diri sejenak. Mengamati bunyi seperti ranting kayu dipijak yang didengari sebentar tadi. Dia mengurut tengkuknya. Terasa meremang pula. Biasa kalau meremang bulu tengkuk ni mesti 'benda' tu ada. Cepat - cepat dia mencapai kain batiknya dan menukarkannya di situ. Kain basahan dia sidai pada tempat penyidai yang tersedia di dalam bilik air itu. Tuala yang tersangkut di dinding dia capai dan meletakkannya pada bahu. Dia bergegas keluar dari bilik air. Seram pula rasanya. Itulah akibatnya time - time maghrib baru nak mandi. Syaitan tengah seronok berkeliaran sehati berdansa.

Berlari anak dia meluru masuk ke bilik. Bukan sekali dia mendengar bunyi di belakang ketika waktu mandi malam. Dah banyak kali. Pelbagai andaian bermain di benaknya ketika ini. Tapi tak pernah dia ceritakan pada mak dan abahnya.

Mak Gayah dan Pak Malek yang sedang duduk di meja makan memandang sambil menggeleng - gelengkan kepala mereka memerhatikan gelagat satu - satu anak perempuannya itu.

Anggun yang baru selesai solat maghrib datang menghampiri arah meja makan, menarik kerusi dan duduk bersama mak dan abahnya untuk makan malam. "Sedapnya lauk mak masak, tapi ni lauk siang tadikan? ingat dah abis," soal Anggun, laju mencedok nasi ke dalam pinggannya.

"Haah, lauk siang tadi, banyak lagi, mak panaskan aje," balas Mak Gayah.

"Kamu ni bila nak berubah Yam? umur dah boleh jadi bini orang. Perangai macam tu je tak pernah nak berubah. Lepasni kalau ada yang datang masuk meminang, abah akan terima, biar kamu tau erti tanggungjawab," ujar Pak Malek memandang tepat ke arah anaknya itu.

"Apa ni abah??? Anggun muda lagi, masak pun tak pandai, macam mana nak urus suami, urus diri - sendiri pun tak berapa betul, lagipun Anggun balik kerja dah penat, tak sedar boleh tertidur, bukan sengaja nak tidur time maghrib," balas Anggun. Waktu kerjanya yang tamat jam 6.30 petang sangat memenatkan badannya. Memang akan selalu terlelap, pantang disorongkan dengan bantal.

"Banyaklah kamu punya tak sengaja. Abah dah kenal kamu ni 24 tahun tau, bukan satu hari. Kalau tak tau, cuba belajar. Ni tidak, bila mak kamu masak dekat dapur, kamu berkurung dekat dalam bilik itu," bebel Pak Malek.

"Emmm, yela - yela, nanti orang belajar masak," Anggun mematikan ayat dan terus menyuap nasinya ke dalam mulut. Risau jika bersuara lebih lagi nanti akan makin panjang pula kisahnya. Yang paling utama, perutnya mesti diisi terlebih dahulu.

********

"Anggun, kau tak nak cari kerja yang lebih bagus ker? tak kan kau hadap kerja dekat kedai bakery ni sampai bila - bila," soal Alia yang ketika itu sedang makan bekal dibawanya. Breakfast awal sebelum kerja bermula jam 9.00 pagi.

"Memanglah nak, tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan abah dan mak aku. Merekakan dah tua, nak harapkan abang - abang aku, mereka semua dah berhijrah dekat KL, siapa lagi yang boleh diharap, kalau bukan aku," balas Anggun sambil menyuap nasi lemak yang dimasak oleh emaknya, dia juga rajin membawa bekal ke tempat kerja, sudah enam bulan dia bekerja di kedai bakery milik Tengku Ismadi. Bukan dia tak pernah mencuba mengisi borang dan memohon kerja kosong lain di pekan ini, tapi semua tak dapat. Hanya kedai bakery ini sahaja yang sanggup terima dirinya. Emmm...Tak kisahlah janji rezeki halal, lagi baik dari menjadi penganggur terhormat. Nak memohon kerja di kawasan bandar atau negeri lain, kesian pula dekat mak dan abahnya.

"Emmm...Betul juga apa yang kau cakap tu, kesian pulak dengan mak dan abah kau kan. Tapi sayanglah dengan ijazah yang kau ada kalau tak digunakan" ujar Alia lagi.

"Bukan aku taknak gunakan, aku dah berusaha mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan aku, tapi kau tengoklah, aku masih terpacak di sini. Rezeki aku belum tiba untuk dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan aku, kau fahamkan maksud aku???" tukas Anggun seraya menghabiskan saki - baki nasi lemak di dalam bekas makanannya. Sementara pelanggan belum ada dan waktu mula bekerja masih ada lagi 20 minit, dapatlah mereka bersarapan terlebih dahulu, kena pandai cari masa. Datang kerja juga kena awal.

Alia hanya mengangguk. Faham akan maksud kawannya itu. Berkawan baik sejak dari zaman persekolahan lagi. Dia juga memberi saranan kepada Anggun untuk memohon kerja di kedai bakery itu. Dia juga yang meminta Tengku Ismadi untuk bagi peluang pada untuk Anggun bekerja di situ. Bersyukur Tengku Ismadi sanggup menerima kawannya itu.Itulah bosnya, Tengku Ismadi seorang duda kematian isteri dan tidak mempunyai anak.



*******


"Assalamualaikum"


"Anggun"


"Anggun"


Teriakan dari luar rumah mengganggu Anggun yang sedang leka mengacau rendang ayam di atas dapur.

"Tu macam suara Alia dekat luar," ujar Mak Gayah sambil terjenguk - jenguk dari ruang dapur ke pintu utama.

"Haah, suara dialah tu, nak ajak Anggun gi mandi sungai."

"Jap...Anggun gi tengok jap," ujar Anggun sambil meletak sudip di dalam kuali dan bergegas keluar melihat empunya suara.

"Alia masuklah, mak aku ada masakkan rendang ayam dengan nasi himpit. Kita makan sekali," ajak Anggun mempamit kawan baiknya itu masuk ke dalam rumah.

Alia hanya mengangguk walaupun dia sebenarnya telah kenyang. Sempat bersarapan di rumah sebelum datang ke sini. Dari semalan kawannya itu menyuarakan hasrat untuk mengajaknya pergi mandi sungai, memandangkan hari ini hari cuti. Dalam seminggu, Tengku Ismadi akan memberi mereka cuti satu hari.

"Assalamualaikum Mak Gayah, sedapnya bau, sampai dekat luar baunya," ucap Alia sambil menyalami dan mencium kekura tangan wanita separuh baya itu. Kakinya menghala ke arah meja makan dan melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi di situ.

Mak Gayah tersenyum. "Nanti kita makan sama - sama, dah nak siap ni," pelawa Mak Gayah sambil menyambung kembali mengacau rendang di dalam kuali.

Anggun sibuk membancuh air kopi. Air kopi kurang manis yang wajib ada di atas meja kerana kesukaan abahnya.

"Pak Malek mana Mak Gayah? tak nampak dari tadi," soal Alia, sekadar berbasa - basi.

"Ada dekat belakang rumah, mengupas kelapa," balas Mak Gayah sepontan.

"Yam, pergi panggil abah ajak makan, dah siap ni," arah Mak Gayah kepada anak bongsunya itu.

Anggun hanya mengangguk perlahan, kaki melangkah ke arah pintu dapur. "Yam pun Yam"lah mak, dah susah nak ubah kalau dari kecik dah biasa memanggil gelaran itu.

"Kamu pun ada Alia, nak ajak Yam pegi mandi sungai yer," sapa Pak Malek dari muka pintu dapur, kaki dibawa melangkah ke arah ruang dapur menghala ke meja makan. Satu kerusi dia tarik dan turut melabuhkan punggungnya di situ.

"Haah Pak Malek, kebetulan hari ni kami dapat cuti pada tarikh yang sama, tu yang tak lepaskan peluang nak ajak Anggun gi mandi sungai," balas Alia.

"Jemput makan Lia, kau layan diri tau," pelawa Anggun seraya meletakkan kuah rendang dan air kopi di atas meja. Nasi himpit memang sudah dihidangkan lebih awal. Senang tak kalut.

Pinggan dihulurkan buat Alia dan Anggun turut sama menjamu selera.

"Mak, abah, Anggun dan Lia pergi dulu yer," sapanya, kedua - dua tangan mak dan abahnya dia salam dan cium.

"Emmm, yela, hati - hati dan jaga diri, kamu tu perempuan, jangan balik lewat," sempat Pak Malek titipkan pesanan buat anak daranya itu.

Anggun hanya mengangguk perlahan.

Dia mengambil basikal yang terletak di dalam garaj kayu di tepi rumahnya. "Jom," ajak Anggun.

Seronok menunggang basikal pagi - pagi. Membelah angin, terasa sejuk ke seluruh muka. Kayuhan basikal pun hanya santai - santai sahaja.

Pandangan mata Anggun tertancap ke arah pondok kayu di tepi jalan kampung yang dilaluinya itu, pondok kayu yang digunakan juga sebagai tempat menunggu bas atau prebet sapu. "Isyyyy, pagi - pagi dah buang masa melepak dekat pondok tu, macam tak ada masa depan," bebelnya menjeling ke arah sekumpulan budak - budak muda kampung yang sedang leka bersembang itu.

"Yam, nak ke mana tu? abang nak ikut boleh?" soal Paan apabila basikal itu melalui depan mereka.

Anggun semakin melajukan basikalnya itu, tidak dia hiraukan sapaan yang menjengah telinganya ketika itu.

"Amboiii, sombongnya dia, jangan sombong sangat Yam, nanti kempunan tak dapat jadi makwe abang," Paan menguatkan suaranya seakan menjerit, disusuli gelak ketawa kawan - kawannya yang lain.

Anggun mencebik. "Huhhh, mintak jauh, tak teringin pun nak jadi makwe dia," cemiknya sambil meneruskan kayuhannya.

Dalam lima belas minit sampai juga di sungai, segar udaranya, dia sedut perlahan - lahan, basikal dia tongkat berhampiran tepi sungai itu.


Angin sepoi - sepoi menerbangkan bahagian depan tudung bawalnya. Anggun yang duduk di atas batu besar menjatuhkan kakinya di dalam air sungai yang sejuk itu, menggerakkan kedua kakinya bermain dengan air. Kesejukan air sungai yang segar dari atas bukit sangat menyamankan.

"Kau tak nak mandi ker? takkan nak duduk dekat atas batu tu jer. Semalam kau juga yang beria - ria ajak aku ke sungai ni. Tak akan aku nak mandi sorang - sorang," soal Alia, dia yang ketika itu sudah berendam di dalam sungai.

"Kejaplah, bagilah aku ambil feel dulu. Baru masuk kaki, dah terasa macam nak menggigil ni," balas Anggun sambil menggerakkan badannya seolah - olah menggigil sejuk.

Simbahan air mengenai wajahnya. "Main kasar ekk, tak aci,"

Alia ketawa terkekeh - kekeh. Seronok mengenakan kawan baiknya itu.

Anggun sudah separuh badan di dalam sungai. Bunyi arus sungai yang mengalir lesu beserta kicauan unggas betul - betul membuatkan jiwa mereka tenang, setenang air sungai yang mengalir itu. Betapa beruntungnya tinggal di dalam kawasan kampung. Jauh dari hiruk - pikuk kenderaan, jauh juga dari asap - asap kenderaan yang menyesakkan dada. Anggun mengucap syukur. Nikmat apa lagi yang kau dustakan, selain dari nikmat kurniaan Allah SWT.

Perkenalkan novel baru dari EL... (Mungkin akan slow update, EL busy sangat dalam dua tiga minggu mendatang ni) Happy reading semua... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience