BAB 4

Romance Completed 53287

Dalam perjalanan balik dari masjid malam tu, fikiran Anggun menerawang jauh memikirkan kata - kata Alia di masjid tadi. 'Suami'nya sejak 18 tahun yang lalu balik semula ke sini. Dia ingat - ingat lupa siapa nama budak lelaki itu, masa tu umurnya baru enam tahun, mana mampu ingat semua. Tak silap budak lelaki tu dulu dalam darjah empat. Harap dia dah buang semua memori kahwin olok - oloknya dulu.

"Diam je Yam, kenapa??? dah jumpa jodoh dekat masjid tadi ker?" soal Pak Malek dalam nada gurau, melihat dari cermin pandang belakang keretanya, saja mahu mengusik anak daranya yang sorang itu. Tadi dia bersembang bersama Senah dan Harun perihal Zurin nak bertunang. Seronok pula dengar cerita mengenai persiapan yang telah dibuat. Sudah 90 peratus dah siap. Yelah, lagi beberapa hari je lagi majlis itu nak berlangsung.

"Mana ada abah, siapalah yang nakkan anak abah ni, bukannya cantik pun. Anggun tengah fikir bunyi dekat belakang bilik air, dah banyak kali bunyi seperti ranting kayu kena pijak. Nak masuk bilik air pun dah rasa takut," luah Anggun, nasib baik ada jawapan. Kang... Kalau cakap tengah fikirkan 'suami olok - oloknya' itu tak pasal - pasal kena label gatal pulak.

"Bunyi apa pulak tu?" kalini Mak Gayah pula menyoal, terbit riak risau di wajahnya.

"Entahlah mak, dah banyak kali bunyi, seakan ranting kayu kena pijak, kuat pula tu," balas Anggun, lega dapat meluahkan kepada mak dan abahnya.

"Abang nanti tolong buat edisi siasat apa ada kat belakang tu, risau pulak Yah."

"Macam - macamlah kamu ni Yam, entah - entah bunyi ayam itik yang lalu kat belakang tu," ulas Pak Malek. Tapi dalam diam dia akan cuba juga tengok apa yang ada kat belakang tu time anak daranya itu mandi. Saja dia cakap 'ayam itik' bagi nak mengurangkan rasa gundah dalam diri anaknya itu. "Sabar ye Yam, nanti abah buat edisi siasat," dia bermonolog di dalam hati.

"Mak,,, tadi Alia cakap anak buah Makcik Senah ada nak balik sini yer?" soal Anggun sekadar mahu mengorek cerita.

"Ha ah, budak Emir tu, tadi Makcik Senah kamu cakap, dia dengan keluarga dia nak balik tengok Zurin bertunang. Dah berbelas tahun mereka anak - beranak merantau ke luar negara, baru lima bulan lepas balik Malaysia, katanya nak terus menetap dekat Malaysia dah. Baguslah, hujan emas di negera orang, hujan batu di negara sendiri, lagi baik di negara sendiri," jawab Mak Gayah.

"Ooo Emir nama dia," hanya perlahan lontaran suaranya, takut didengari oleh emak dan abahnya. Langsung dia tidak mengingati nama itu, maklumlah ingatan dia dah terbang jauh, mana nak ingat - ingat lagi... Kisah kejadian waktu masih belum baligh kata orang. Kadang - kadang pelupa tu normal, bukan sebab faktor umur...Nak kata faktor umur, dia masih muda lagi. Kalau mak dan abahnya yang pelupa tu lainlah, baru boleh dikatakan faktor umur. hehehe...Maaf mak, abah, termengata sedikit.

*******

Tengku Ismadi yang sedang mengajar Anggun membuat laporan memandang lama wajah gadis cantik di depannya itu. Hatinya berdetak.


"Errr, kenapa bos pandang saya macam tu??? ada yang tak kena ker dengan penampilan saya. Bedak saya pakai tak rata ker? atau gincu di bibir saya comot??? ke tudung saya senget???" bertalu - talu pula soalan yang terkeluar dari mulut Anggun, risau dan pelik pula dengan pandangan Tengku Ismadi kepadanya. Dahlah duda... Berganda pula tahap risau dalam dirinya.

"Saja jer, suka tengok wajah awak, lembut jer, sejuk mata saya memandang. Tak sia - sia saya ikut cakap Alia dulu untuk terima resume dan permohonan kerja awak. Kalau tak melepaslah saya nak tengok perempuan cantik kat depan saya sekarang ni," terlebih pula pujian dari Tengku Ismadi. Tapi memang betul, hatinya gundah setiap kali berdua - duaan dengan Anggun. Saban waktu dia merindui untuk menatap wajah itu. Dia melantik Anggun untuk menjadi penolong pengurus pun supaya dia dapat dekat - dekat dengan Anggun.

Berdiri bulu tengkuk Anggun mendengar kata - kata Tengku Ismadi. Seram pulak. Isyyy, lain macam ni. Ni ke yang dikatakan penangan duda, sentiasa bermulut manis bak madu. Baik aku keluar dulu.

"Bos, saya masuk bilik saya dulu yer, dah nampak cara - cara nak buat laporan ni, nanti dah siap saya bagitau bos," Tukas Anggun, segera mengangkat punggung dan terus keluar dari bilik itu.

Tengku Ismadi memerhati gerak langkah Anggun sehingga hilang dari pandangan matanya. Dia tersenyum sekilas. Comel pula dia dalam keadaan gabra seperti itu. Lagi Anggun bersikap seperti itu, lagi suka dia mahu menyakat. Hehehe,,,comel... Puji lagi...

Anggun masuk ke biliknya, pintu bilik dia tutup rapat - rapat. Menghenyakkan punggungnya dengan kuat di atas kerusi. Dia menarik nafasnya dalam - dalam, membuang rasa gusar dan debaran yang berdendang hebat di dadanya. Fuhhh... Dia urut dada...


Apa kena dengan orang tua ni harini??? lain macam... Terkeluar ayat itu dari bibirnya. Dia memandang jam pada tangannya...Kejap lagi dah waktu lunch, emmm, malaslah nak keluar, dia ingat nak makan dekat mini cafe tingkat bawah jer... Biasanya hanya waktu pagi dia rajin bawa bekal, untuk waktu lunch dia lagi suka beli tapau atau makan dekat restoran sahaja, kalau nak makan dekat cafe tingkat bawah, jemu juga kalau makan hari - hari. Kek dengan roti dan lain - lain desert. Untuk tekak melayu sepertinya memang nak kena cari nasi juga waktu tengahari.

Anggun melangkah malas menuju ke tingkat bawah. Perlahan dia berjalan menghala ke arah mini cafe. Orang tak ramai. Banyak meja kosong.

"Eh, Anggun!!! Kau tak keluar makan ker? ni dah waktu lunchkan untuk staff office. Macam kitaorang ni lainlah, waktu lunch kena gilir - gilir," soal Alia, dia melabuhkan pungungnya di kerusi yang mengadap Anggun.

"Aku malas nak keluar. Makan dekat sini jelah, kau dah makan belum?"

"Oyeke, kau nak minum apa? nanti aku maklum pada Izzat, aku dah makan tadi," soal Alia lalu berdiri.

"Bagi aku fresh orange sejuk jelah, tekak tak berapa okay, rasa nak minum air masam," balas Anggun, mata melilau bahagian dessert. Dia menolak kerusi ke belakang dan ingin bangun.

"Nah, untuk awak!" Tengku Ismadi meletakkan sepiring kek dan ada beberapa desert lain di atas meja.

Melongo wajah Anggun memandang ke arah piring berisi kek yang sudah terletak elok di depannya. Tak jadi dia nak bangun. Kembali duduk di kerusinya.

Tengku Ismadi juga turut sama duduk di depan Anggun. "Jemput makan, jangan malu dan jangan risau, saya belanja. Lepas ni kalau awak teringin nak makan apa - apa dekat dalam cafe saya ni, awak ambil jer, tak payah bayar," maklum Tengku Ismadi beserta senyuman manis bak gulanya. Senyum plus kata - kata yang semua manis bak gula, hanya dari Tengku Ismadi.

Terdiam Anggun sejenak, masih lagi memerhati makanan yang terhidang di depannya. Izzat datang meletakkan fresh orange sejuk di atas meja. "Terima kasih," ucap Anggun sekilas dengan diiringi senyuman manisnya.

"Jangan senyum manis sangat Anggun dekat Izzat tu, saya masih ada dekat depan awak lagi ni," ada bau - bau cemburu dalam tutur katanya.


Semerta Anggun menundukkan wajahnya. Segan pula dia apabila ditegur seperti itu. Takkan itu pun nak cemburu, kau bukan siapa - siapa pun dengan aku. Pakwe bukan, suami pun bukan. Dia bergumam di dalam hati.

"Jomlah kita makan, kenapa tak pergi makan dekat luar? dah tukar selera ker?" soal Tengku Ismadi, wajah Anggun di depannya dia pandang. Ditenungnya lama.

Anggun hanya membalas dengan senyuman kelat. Baru nak feeling sorang - sorang, ada je duda ni mengacau...Hmmm... Makin lama, makin tak selesa pula dengan tingkah Tengku Ismadi.

"Takde selera nak makan nasi, tekak teringin nak makan desert je harini. Bos pulak kenapa tak keluar?" dia pula bertanyakan bosnya. Sebenarnya takde topik yang dia nak sembang, sekadar mahu berbasa - basi, tak nak nampak terlalu kaku.

"Saya memang nak keluar, tapi dah alang - alang nampak Anggun duduk sorang - sorang dekat sini, apa salahnya jika saya temankan, betul tak?" balas Tengku Ismadi, kek yang sudah berada di dalam sudu dia suap ke dalam mulutnya.

"Emmm...Yea...Yea...Tak salah pun," balas Anggun ringkas. Hmmm...Memang tak salah tapi yang jadi salah, apa pandangan staff - staff lain yang ada dekat sini. Kang tak memasal aku dicop nak menggatal dengan bos. Desisnya di dalam hati.

Anggun hanya memaku pandangan matanya pada piring desert yang ada di atas meja itu. Sekejap - sekejap dia mengerling ke arah Tengku Ismadi. Sesekali pandangan mereka bertaut. Anggun termalu sendiri. Hanya senyum paksa yang dia berikan pada bosnya itu bagi menutup rasa malu yang menghuni dirinya tika ini.

"Anggun curi - curi pandang pada saya yer?" Tengku Ismadi mengusik.

"Errr...Mana ada...Suka jer serkap jarang. Dah nak habis waktu lunch ni, kena makan cepat - cepat," tanpa dia sedar, dia pula yang memberi arahan. Siapa bos sekarang ni???...

*******

"Yah,,, ada botol - botol yang dah tak guna lagi tak?" soal Pak Malek yang ketika itu berada di dapur petang itu bersama Mak Gayah.

"Abang nak buat apa dengan botol - botol tu?" Mak Gayah menyoal sambil membuat reaksi pelik. Nak kumpul untuk jual dekat tokey cina yang bawak lori kecil petang - petang cari barang terpakai tu ker?

"Ada tak yang dah abis guna? botol kicap, botol sos boleh bagi kalau ada, abang nak buat 'Jerangkap Samar' dekat belakang bilik air kita tu ," balas Pak Malek tersenyum - senyum penuh makna.

"Ooo... Okay faham...Kejap Yah ambil," ujar Mak Gayah seraya berlalu pergi ke arah tepi dapur walaupun masih belum mengerti untuk apa suaminya minta botol - botol tersebut, di situ banyak dia letakkan botol - botol kaca yang dah kosong. Diambilnya beberapa biji.

"Nah, abang!" Mengunjukkan beberapa biji botol kepada suaminya.

Botol - botol itu disambut. Pak Malek menuju ke belakang rumah. Mak Gayah hanya memandang pelik, apa yang akan dibuat oleh suaminya itu.

*******

"Dah siap belum? abah dah tunggu kita kat luar," soal Mak Gayah di muka pintu bilik anak daranya itu.


"Dah hampir siap mak, tinggal nak betulkan selendang je ni," balas Anggun yang ketika itu mengenakan baju kebaya moden berwarna 'light brown' yang labuhnya paras bawah punggung. Sangat sepadan dengan tubuhnya yang langsing itu, diserikan dengan sulam kerawang bawah hujung labuh baju dan bawah lengan. Anggun tersenyum puas dengan penampilannya itu. Dia berpaling dan mencapai sling bagnya di atas katil.

"Jom mak, Anggun dah siap," ajaknya seraya menghala ke arah pintu utama membontoti emaknya.

Sampai di perkarangan rumah Makcik Senah, orang kampung sudah ramai yang datang untuk membantu. Semua pakat merewang dalam menguruskan kenduri di kampung ini. Amalan itu yang Anggun suka. Meninggalkan ibunya bersama kumpulan wanita yang ada di situ. Anggun berlalu pergi ke dalam rumah.

"Makcik Senah, saya jumpa Zurin yer," ujarnya ketika bertembung Makcik Senah yang ketika itu menghala ke arah ruang tamu, mungkin dari dapur.

"Haah, boleh Yam, pergilah, dia ada dekat dalam bilik tengah mekap dan bersiap tu. Bilik Zurin yang dekat tengah, - tengah," balas Makcik Senah tersenyum mesra sambil jarinya telunjuknya menunjukkan ke arah bilik Zurin.

Anggun menggangguk perlahan seraya mengatur langkah menuju ke arah bilik Zurin. Kelihatan kawannya itu sedang didandan oleh Mak Andam yang ditempah khas.

"Assalamualaikum Zurin, cantiknya kau. Tahniah, dah selamat nak bertunang dah kau," ucap Anggun mendekatkan dirinya ke arah Zurin. Tangan kanan kawan itu dicapainya.

"Thanks Anggun. Aku tunggu giliran kau pulak tau," balas Zurin, senyuman Anggun dibalasnya mesra.

"Kau jangan tunggu aku, aku takut janggut kau dah keluar pun aku masih lagi bujang," hehehe Anggun berseloroh.

"Ada - ada jelah kau ni. Papepun aku doakan moga jodoh kau akan menyusul selepas aku, aamin," doa Zurin sambil tangannya buat - buat gaya mengaminkan doa.

"Rombongan bakal tunang kau sampai selepas zohorkan?," soal Anggun.

"Haah betul, ikut perancangan selepas zohorlah, harap - harap camtulah," balas Zurin sepontan.

"Okaylah, aku ni mengacau kau bersiap jer, aku keluar dulu bantu apa yang patut," Anggun mengangkat punggungnya dan berura - ura mahu keluar. Dia mengatur langkah keluar selepas dilihatnya Zurin membalasnya dengan anggukan.

Anggun mengatur langkah ke arah dapur. Matanya melilau mencari Makcik Senah, haaa, adapun. Kelihatan Makcik Senah sedang duduk di tempat mesin memarut kelapa bersama dengan Makcik Saodah.

"Makcik, ada apa - apa yang saya boleh tolong tak?" soal Anggun.

"Yea, Yam, emmm, Yam tolong lap pinggan dalam rak jelah, dah pakai cantik - cantik, tak payah buat kerja sama - sama dengan makcik - makcik dekat luar tu. Nanti kotor baju kamu," arah Makcik Senah sambil bangun membantu Anggun mengeluarkan semua pinggan melamine dari dalam almari. Dilonggokkan di satu tempat bersama diberi sehelai kain bersih untuk mengelap.

"Yam buat ni yer, makcik pergi sana kejap," mohon Makcik Senah, meninggalkan Anggun sorang - sorang di situ. Yang lain - lain sibuk dengan tugas masing - masing. Anggun hanya mengangguk dan memulakan kerjanya.

Satu - persatu pinggan itu dilapnya, yang bersih diletakkan di dalam sebuah besen besar yang disediakan oleh Makcik Senah.

"Assalamualaikum, boleh saya tumpang duduk sini?"

Suara garau kedengaran mengganggu gegendang telinga Anggun. Anggun yang sedang fokus itu mengangkat kepala.

Terkebil - kebil matanya melihat senyuman beserta lekukan lesung pipit yang menghiasi pipi belah kanan orang yang menegurnya itu.

Anggun terpaku seketika. "Mak... Bidadara datang daripada mana pulak ni mak???? Anggun dah cair," suara itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja.

Happy reading semua -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience