BAB 3

Romance Completed 53287

Hari pertama sebagai penolong pengurus, masih belum mengetahui apa yang akan dilakukan olehnya. Sebentar lagi dia akan berjumpa dengan Tengku Ismadi untuk bertanyakan job skop untuknya. Dia memerhati setiap ruang bilik yang sederhana besar itu. Ruang pejabat di tempatkan di tingkat atas, partition luar hanya menempatkan empat staff, seorang kerani pentadbiran, seorang kerani akaun, seorang kerani stor dan seorang despatch. Bagi ruang pejabat yang berbilik pula hanya menempatkan biliknya dan bilik Tengku Ismadi sahaja.

"Anggun...Jom temankan saya breakfast... Awak pun mesti belum breakfast lagikan?" ajak Tengku Ismadi yang ketika itu berdiri tegak di hadapan Anggun. Cantik betul Anggun harini, berbaju kurung moden. Bergetar tulang rusuknya.

Lamunan Anggun terhenti sejenak. Sempat juga dia mengelamun sebentar tadi. Sampai tak perasan bila Tengku Ismadi masuk ke biliknya.

"Errrr, tak apalah bos, saya dah bawa bekal. Terima kasih..." Anggun menolak, lebih kepada segan sebenarnya.

"Jomlah, sambil - sambil boleh kita bincangkan skop kerja untuk awak sekali," Tengku Ismadi masih belum mengalah.

"Emmm, bolehlah..." Dalam serba salah, tetap juga dituruti pelawaan bosnya itu. Nanti apalah tanggapan staff - staff yang lain. Nanti mesti ada bau - bau bawang.

_________

Mereka memilih meja yang berada di bahagian paling tepi. Bersebelahan dinding cermin. Restoran yang terletak tidak berapa jauh dari tempatnya bekerja. Menurut Tengku Ismadi dia teringin nak makan nasi lemak. Anggun hanya menurut sahaja. Setelah order diambil oleh pelayan, masing - masing hanya diam. Anggun lebih selesa memandang di luar cermin. Melihat gelagat manusia yang lalu lalang.

"Anggun,,, awak dah berpunya???" terus sahaja terlontar soalan cepu mas dari mulut Tengku Ismadi.

"Bos cakap tadi nak maklumkan skop kerja saya, saya tunggu ni," balas Anggun tanpa menjawab soalan Tengku Ismadi. Ntah pape punya soalan... Hal peribadi pun dia sibuk nak tau. Desis Anggun.

"Errr, sorry kalau soalan saya sedikit menyinggung perasaan awak. Tapi tak salahkan kalau saya nak tau. Risau juga takut pakwe atau tunang awak pukul saya sebab bawa girlfriend dia keluar," aju Tengku Ismadi, sebenarnya soalan itu lebih kepada mahu mengorek sisi peribadi gadis cantik di depannya ketika ini.

"Jangan risau, saya masih single and available. Belum menjadi hak milik mutlak sesiapa lagi," balas Anggun, memandang sekilas kepada lelaki di depannya ini. Segan pula hatinya apabila berduaan begini. Diakan insan yang pemalu.

Tengku Ismadi menarik nafas lega, terungkai persoalan yang selama ini selalu bermain di fikirannya. "Single and available," dia bermonolog di dalam hati. Terlepas secebis senyuman dari mulutnya.

"Awak nampak cantik harini, saya suka tengok awak datang kerja dengan berbaju kurung seperti harini. Nampak manis dan ayu," Tengku Ismadi memuji. Ikhlas dari hatinya. Anggun sedikit lain dari wanita - wanita yang dia pernah kenal.

Anggun hanya tersipu malu. Malu apabila dipuji depan - depan begitu oleh insan berlawanan jenis dengannya. "Terima kasih, tapi jangan puji lebih - lebih, risau pula saya tak mandi sebulan nanti," balas Anggun, mengalihkan sedikit tangannya yang diletakkan di atas meja kerana order sudah tiba.

"Terima kasih," ucap Anggun kepada pelayan yang menghantar makanan mereka. Anggun memerhati hidangan yang terletak elok di atas meja.

"Makan Anggun, jangan ditenung lama sangat makanan tu, nanti tembus," arah Tengku Ismadi yang sedari tadi melihat Anggun lebih kepada mengelamun.

"Errr...Yea...Yea...Saya makan, bos pun jemputlah makan sekali," balas Anggun turut mempelawa bosnya itu makan. Sebenarnya mahu menghilangkan sedikit rasa gugup yang sedang beraja di dalam hatinya ketika ini.

Anggun menyuap mee hailam ke dalam mulutnya. Lidah kelu tanpa berkata apa - apa. Terasa berat lidahnya untuk berbual dengan bosnya itu.

"Nampak macam tak selera je makan tu, tak sedap ker? kalau tak sedap, kita boleh order menu yang lain," Tengku Ismadi mencuri pandang gadis di depannya itu.

"Se...Se...Sedap," Anggun sedikit gugup. Sampai tergagap dia mengeluarkan kata. Kembali fokus pada suapan, risau takut tertangkap lagi.


"Kalau sedap, makan kenyang - kenyang. Tak cukup boleh tambah order," balas Tengku Ismadi lembut. Sejuk hatinya memandang wajah Anggun.

"Bos,,, apa tugas untuk saya? tadi bos cakap nak maklumkan semasa kita breakfast sama - sama dekat sini," Anggun mula menyoal, seakan tidak sabar. Sebenarnya dia mahu segera beredar dari sini. Tapi sepantas kilat dia tepuk dahi. Tadikan aku tumpang Tengku Ismadi naik kereta dia. Nak balik awal macam mana? Hmmm...Bertabah jelah...

"Kenapa?" Soal Tengku Ismadi sedikit pelik dengan tingkah Anggun.

"Tak de...Tak de apa - apa... Bos teruskan aje makan, saya cuma nak bincangkan skop kerja saya. Sebab saya belum nampak lagi apa tugas - tugas saya sekarangni," Anggun bertingkah. Dia menghembus nafasnya cepat - cepat.

Tengku Ismadi hanya tersenyum manis. "Sabar Anggun, dokumen tu semua ada dekat pejabat, nanti kita bincang di pejabat yer....saya tipu je pada awak tadi, cakap nak bincang pasal skop kerja dengan awak. Kalau saya tak cakap macam tu, awak seolah - olah tak sudi untuk breakfast bersama saya," balas Tengku Ismadi lembut. Seolah - olah mahu memujuk gadis cantik di depannya kini.

Anggun terdiam, panjang pula akal bosnya ini. Dia meneruskan suapan sehingga ke suapan yang terahir. Matanya berkalih dari memandang pada pinggan hidangannya, diteruskan pandangannya ke luar cermin dinding itu. Dia leka memerhati gelagat manusia.

Tengku Ismadi sesekali mencuri pandang, dia hanya tersenyum. "Cantik" pujian yang hanya mampu terluah di dalam hati.

____________

"Ni dokumen skop kerja untuk awak. Awak boleh baca dan teliti segala intipati yang terkandung dalam dokumen ini. Buat kerja baik - baik. Saya percayakan awak," hulur Tengku Ismadi seraya melabuhkan punggungnya di kerusi yang bertentangan dengan Anggun.

Huluran dari tangan Tengku Ismadi disambut oleh Anggun. Dia membuka setiap helaian dan mula membacanya.

"Kalau awak tak faham, awak boleh terus tanya saya dekat bilik sebelah," maklum Tengku Ismadi datar. Dia menolak sedikit kerusi ke belakang dan bangun berdiri. "Saya keluar dulu, sebelum tu, terima kasih sebab sudi temankan saya breakfast tadi," ujar Tengku Ismadi disusuli dengan memohon pamitan.

Anggun mengangguk..."Terima kasih bos," seraya menghadiahkan secebis senyuman dan melemparkan pandangannya pada objek yang sedang bergerak menghala ke arah pintu sehingga hilang dari pandangan matanya.

Anggun menilik dokumen yang berada di tangannya. Memahami apa yang harus dibuatnya nanti. Tanggungjawab yang semakin berat untuknya. Banyak juga yang harus dia pelajari. Takpe, slow - slow belajar. Anggun boleh...

********

Petang itu, Anggun pulang dari kerja lebih awal daripada biasa. Selesai menunaikan solat asar, dia menyinsing lengan baju membantu ibunya di dapur. Belum mandi kerana dia lebih suka mandi selepas siap masak, tak suka dengan bau - bau masakan yang melekat pada baju. Rimas tidur dalam keadaan seperti itu.

"Hujung minggu ni kita pergi rumah Makcik Senah, ada majlis pertunangan Zurin, dia jemput kita datang, sambil - sambil boleh bantu apa yang patut," maklum Mak Gayah yang ketika itu sedang memasukkan kuah kari ayam ke dalam mangkuk. Permintaan dari Pak Malek yang teringin nak makan roti jala berlauk kari ayam malam ini.

"Zurin nak bertunang??? dapat orang mana mak???" soal Anggun kelihatan teruja. Zurin kawannya juga walaupun tidak terlalu rapat. Sebaya tetapi kelas lain - lain sewaktu bersekolah dahulu. Seorang yang suka melawa. Berbeza dengan dirinya yang suka berpenampilan simple - simple sahaja...

"Ha ah, Zurin nak bertunang, mak ni padan pergi tengok kenduri tunang - kahwin anak orang ajelah, nak tunggu anak perempuan sendiri entah bila," luah Mak Gayah...Sengaja diselitkan sedikit ayat perlian dalam kata - katanya. Harap anak daranya itu akan terasa. Memang itu yang dia inginkan.

"Sabarlah mak, belum ada yang sesuai. Anggun masih lagi mencari 'Mr. Perfect' untuk sehidup semati dengan Anggun. Nanti Anggun bagi 'Yang Baaaiiikkk Punyaaa' untuk jadi calon menantu mak, mak sabar sikit je yer," jawab Anggun sambil tersengih seperti kerang busuk. Ingat nak pilih suami ni seperti memilih ikan di pasar...

"Hmmm...Nak tunggu datang 'Mr. Perfect' tu entah bilalah agaknya. Nak tunggu mak masuk lubang kubur dulu baru kamu nak menikah," terus diberi ayat sentap untuk anaknya itu.

Mak Gayah sedikit mengeluh..."Nak harapkan kenduri dari Along, Angah dan Alang pun tak tau bila, masing - masing sibuk je manjang. Tak pernah nak tunjuk calon kat mak," sambung Mak Gayah lagi.

Kedengaran sedikit sedih kata - kata emaknya di telinga Anggun. Along dah menjangkau umur 32 tapi belum menunjukkan tanda - tanda nak ada teman hidup. Entah apa yang ada dalam fikirannya abang sulungnya itu. Terlalu fokus sangat dengan kerja. Hidupnya cuma untuk bekerja.

"Nanti siap - siap, ikut abang pergi masjid, malam ni ada kuliah maghrib. Haaa...Kamu pun Yam, jangan lupa ikut sekali. Jangan nak mengelak, bila nak ajak pergi masjid ada je alasan, sakit perutlah, nak terciritlah, hmmm...." Suara Pak Malek mengiringi dirinya yang mahu masuk ke dapur. Menyapa gegendang telinga dua beranak yang sedang berbahas itu. Dia yang baru balik dari kebun menarik satu kerusi di meja makan. Melabuhkan punggungnya di situ. Mak Gayah menghulur segelas air sejuk buat suaminya.

"Yer...Yer... Anggun ikut, tapi kat sana nanti jangan panggil nama 'Yam' panggillah nama yang glamour sikit, 'Mary' ke atau 'Anggun' ker, barulah sepadan nama dengan muka...Hehehe..."

Mencerlung mata Pak Malek. "Yam tu dah sesuai dengan muka kamu, kang manja je bunyi panggil nama 'Yam' tu, tak payah nak ubah panggilan, nak nama glamour la konon, ingat artis...Nasib baik abah tak panggil kamu 'Ayam', dah dari kecik panggil 'Yam', nak suruh ubah - ubah pulak...." Pak Malek menggeleng - menggelengkan kepala, macam - macam..."Yam...Yam..." seraya berlalu menuju ke bilik air.


Anggun buat - buat muka cemberut. Sebal betul hatinya. Orang cakap serius, abah boleh buat perkara gurauan pulak. Dipandang sekilas pada emaknya.

"Padan muka kamu, dah siap cepat, kejap lagi kita nak pegi masjid. Mana tau jumpa jodoh kamu kat masjid tu nanti," tukas Mak Gayah berlalu pergi, ada bunyi gelak dalam kata - katanya.

"Mak dengan abah ni kan, sama ajelah, langsung tak sporting," ujar Anggun sepontan lantas bergegas menuju ke biliknya.

Dia menuju ke bilik air usai abahnya selesai. Seperti selalu, akan kedengaran suara sumbangnya berkaroake. Tapi volume dia perlahankan, takut kena jerit oleh Pak Malek... Siapa lagi abahnyalah.

Seronok mandi menggunakan air kolah. Sejuk sehingga ke tulang, tapi puas. satu gayung demi satu gayung dia jirus pada badannya.

PRAKKK......

Bunyi lagi.... Serta - merta dia terdiam, mengamati bunyi itu. Bunyi seperti ranting kayu dipijak. PRAKKK..... Sekali lagi berbunyi...Betul - betul di belakang dinding bilik air. Dalam beberapa minggu kebelakangan ni sudah banyak kali dia mendengar bunyi itu. Hatinya mula rasa tidak sedap. Cepat - cepat dia menyalin kain basahan dan bergegas keluar dari bilik air. Nasib baik bilik air bersambung dengan dapur. Jadi takdelah rasa takut sangat.

Malam itu Anggun mengenakan jubah pemberian emaknya yang dibeli dekat Mekah semasa menunaikan ibadah umrah tahun lepas.

Dah ramai yang sampai ke masjid. Patutlah abah beria - ria suruh datang dengar kuliah maghrib, ada ustaz jemputan dari luar rupanya. Siap ada jamuan makan - makan. Meriah....

Selesai kuliah maghrib....

"Anggun, kau pun ada, ingat kau tak datang," tegur Alia semasa mahu mengambil makanan yang dihidang secara bufet, letaknya di bawah khemah betul - betul berdepan dengan masjid.


"Mestilah datang, abah aku yang suruh datang. Kang kalau tak ikut, sampai esok dia membebel," balas Anggun seraya mengajak Alia untuk pergi ke arah satu meja di bawah khemah itu. Abah dan emaknya kelihatan sedang rancak berbual dengan Pak Harun bersama Mak Senah. Mesti bertanyakan hal pertunangan Zurin. Sebut pasal Zurin....

"Kau pergi ker majlis tunang Si Zurin hujung minggu ni?" soal Anggun sambil menyuap nasi tomato ke dalam mulutnya. "Sedap pulak, katering mana yang pihak masjid tempah ni?"

"Kau ni kalau bab makan, semua sedap, janji makan free, emmm,,, kau pergi ker? aku... inshaAllah akan pergi, dengar cerita anak buah Makcik Senah yang kita jumpa lapan belas tahun lepas tu ada balik, suami kau yang tak pernah bercerai dengan kau dari kecik sampai sekarang tu...Takkan dah lupa, main kawin - kawin masa kecik dulu tu kan, hahaha," ujar Alia ketawa kecil...Nostalgia betul...

Merah padam muka Anggun... Kuat pulak ingatan kawan dia yang sorang ni. Peristiwa main pondok - pondok, main kawin - kawin yang dah berkurun tu pun dia masih boleh ingat.

"Yang kau tiba - tiba diam ni kenapa? memutar kembali memori indah dulu - dulu time main kawin - kawin masa kecik tu ker? hehehe."

Alia mula serkap jarang. Tapi memang betul pun, dia cuba mengingatkan semula peristiwa lama itu. Harap si polan itu lupalah peristiwa mereka main kawin - kawin masa kecik dulu. Malunya kalau dia masih ingat. Bukan sekali mereka jadi pengantin...Berkali - kali juga. Ni semua Alia dengan kawan - kawannya yang lain punya pasal, minta dia dan si polan itu jadi pengantin. Masa tu dia kecik lagi, apa yang dia tau...

Happy reading semua... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience