"Rissa!! Ma nak kamu tukar bilik sekarang juga!" separuh menjerit ibuku mula menarik tanganku untuk keluar dari bilik tersebut.
"Ma, it's okay. Tak perlulah sampai tukar bilik. Dia pasti jarang masuk bilik ni," Aku menarik tanganku kembali.
"Ohh Rissa, mama tak tahu nak cakap apa. Kamu jangan terikut-ikut macamtu ya." Ujarnya lembut sambil memegang kedua belah pipiku.
"Ye Ma, jangan risau. Rissa dah cukup dewasa dah, tahu bezakan baik buruk okay." Aku memegang tangannya. Kelihatan ibuku mengeluh. Aku faham benar dengan reaksinya. Dia pastinya risau meninggalkan aku tinggal disini bersama-sama Stella yang kelihatannya sangat sosial.
"Hmm, marilah. Kita selesaikan pendaftaran kamu kat MU dan selepas tu kita pergi makan." Dan aku mengangguk-angguk setuju lagipun perutku mula berkeroncong.
Aku dan ibuku menuju ke parkir kereta dimana Remy sedang menunggu kami disana.
"Dah selesai semua?" tanyanya.
"Dah awak, saya dah lapar. Jom cari makan dulu." Ibuku sudah pun masuk kedalam perut kereta diikuti aku dan Remy.
"Kita nak makan kat mana ni? Ke nak singgah je mana-mana restoran yang kita jumpa?" tanya Remy.
"Kat tepi tu ada cafe, jom makan kat situ. Tengok ramai je pelanggan yang makan kat situ, mesti sedap." Ujarku sambil memegang perut yang dah lapar. Ibuku hanya mengangguk setuju dan Remy pun memarkir keretanya.
Kami pun mencari tempat duduk dan nampaknya hanya tinggal satu sahaja meja yang kosong. Remy terlebih dahulu berjalan menuju ke meja tersebut dan duduk. Aku menuju ke meja buffet untuk melihat menu yang ada. Ibuku juga turut bersamaku. Setelah mengambil makanan yang ku inginkan aku kembali menuju ke meja dimana Remy sedang duduk dan ibuku juga menurutiku dari belakang.
"Hai Rissa, jumpa pula awak kat sini." sapa Stella mesra. Disebelahnya Danial mengangkat tangannya dan Ariz seperti biasa tanpa senyum hanya memandang padaku.
"Ya Stella, jemput makan," lawaku sambil tersenyum. Remy yang tertanya-tanya memandangku.
"Roommate dia," kata ibuku separuh berbisik kepada Remy seolah-olah faham apa yang ada dalam fikirannya.
"Ouhhh.. " Remy mengangguk-angguk.
"Takpe, awak makanlah. Kitorang batu je lepas makan. Nak keluar dah ni. Nanti jumpa awak kat bilik ya." ujarnya lagi. Ramah sungguh Stella ni.
"See you again Rissa." kata Danial pula. Aku mengangguk dan mengangkat tangan melihat mereka keluarga dari cafe tersebut.
"Ma tak berkenan betullah dengan roommate kamu ni Rissa. Risau mama tau. Ma taknak nanti Rissa terikut-ikut cara dia tu." sambil tangannya menggaul nasi didalam pinggan.
"Dahlah ma, mungkin luaran je nampak macamtu tapi hati dia baik kita tak tahu. Kita tengok je macam mana nanti k. " aku cuba memujuk hati ibuku yang mula risau dan berfikir bukan-bukan tu.
"Betullah makcik, lagipun Rissa tahu memilih kawan. Rissa kan seorang yang bijak," Remy cuba menenangkan keadaan yang agak tegang sambil tersenyum padaku.
"Yelah, kalau kamu pun cakap macamtu." Ibuku cuba tersenyum memandang kami berdua. "Remy, awak tak ambil makanan lagi. Pergilah tengok kat buffet sana." arah ibuku sambil menunjuk ke meja buffet.
"Haah, dah terlupa. Patutlah perut dah menyanyi." ujarnya ambil tertawa dan kami turut tertawa sama.
Selesai makan, ibuku dan Remy menghantar aku semula ke bilikku dan mereka terus balik semula ke kejirananku.
Share this novel