Aku membuka pintu bilik dan kelihatan Stella sedang berbaring di katilnya.
"Rissa, you're back." Stella bangun dari pembaringannya.
"Ya, hai Stella,"sapaku sambil tersenyum padanya.
"Malam ni, awak ada nak pergi mana-mana tak?" Stella bertanya.
"Hmm, rasanya saya takde plan malamni. Cuma nak check planner untuk esok je. Kenapa ye?"
"Saya nak ajak awak pergi party. Jomlah, awak mesti suka."katanya.
"Party? Errr, saya tak rasa saya boleh pergi. Seganlah, lagipun saya ni tak berapa suka suasana bising dan ramai orang ni." kataku sambil tersenyum. Aku tahu aku macam mana. Aku pun segan nak pergi party-party ni. Lagi merisaukan jikalau ibuku dapat tahu. Mau dia menjerit histeria kat aku nanti.
"Eh, awak nak segan apa. Awak janganlah fikir macamtu. Saya pasti awak akan suka party ni nanti. Saya rasa kita boleh jadi bff." Ujarnya lalu mengenyitkan mata kepadaku. "Jomlah pergi ye, 7.30pm Kita kena siap. Nanti kawan saya datang ambil."katanya lagi.
Setelah aku berkira-kira nak pergi taknak, nak pergi taknak Stella menambah, "Lagipun kita belum start kelas lagi for this week. Esok pun takde program, so bolehlah k. Awak boleh berkenalan dengan kawan-kawan yang lain."
Dan entah apa yang merasuk fikiranku, aku hanya mengangguk setuju. Mungkin sebab aku malas nak mencari alasan lagi untuk taknak pergi ke party tersebut. Lagipun sekadar pergi ke party dan menambah kenalan tak salah rasanya.
"Saya nak pakai apa ke party tu?" tanyaku. Stella tertawa dan bingkas bangun menuju ke almarinya lalu mengeluarkan beberapa helai pakaian.
"Nah, try leggings dan tank top ni."katanya. Aku segera menggeleng-gelengkan kepadaku.
"Eh, takpelah. Saya rasa saya pakai jeans dan t-shirt je kot. Maaf ye, saya rasa pakaian ni terlalu menonjol dan seksi untuk saya." dan aku merasa mukaku membahang bila membayangkan aku memakai pakaian tersebut. Selama ni aku tak pernah memakai pakaian sedemikian rupa.
Sambil tertawa Stella berkata, "Terpulang kat awak. Pakai apapun tak kisah sebenanrnya, yang penting awak selesai." Dia faham, dengan melihat caraku berpakaian yang memang agak formal, memakai blouse dan skirt plated. Menunjukkan aku seorang yang punctual in everything.
"Kalau macamtu saya pergi mandi dulu. Dekat jam 7pm dah ni." kataku lalu mengambil baldi yang berisi perkakas mandian di dalamnya.
"Okay," Stella hanya mengangguk.
Setelah selesai mandi dan bersiap, Stella menawarkan dirinya untuk memakaikan aku celak. Aku hanya menggelengkan kepala dan mengangkat tangan tanda protes taknak.
"Alaaaa, just eyeliner. Sikit je, and lip gloss." Dia berusaha memujukku.
Aku berfikir, tak ada salahnya kalau plak sedikit.
"Okay, tapi taknak tebal-tebal tau," aku risau selama ni aku tak pernah menggunakan mekap. Paling-paling pun aku memakai lip balm sahaja. Betapa kuno rasanya diriku. Tapi itulah kenyataannya.
"Ye, saya tau," sambil tersenyum Stella memakaikan aku celak. "Siap, silalah tengok kat cermin." Aku pun memandang wajahku di cermin.
"Okay, tak tebal." Tersenyum-senyum aku memandang wajahku didalam cermin.
"Haha, I told you, just nice je." katanya dan tiba-tiba tingkap bilik kami kena ketuk.
"Stella, are you ready?" Ariz menjengah dari luar tingkap. Aku terperanjat hampir menjerit.
"Just Arizlah Rissa. Jom." katanya seraya menarik tanganku keluar.
Share this novel