"Rissa!! Cepatlah, harini kan hari pertama kamu ke kolej. Kamu mesti tak nak terlambat untuk mendaftar bukan? " Jerit Puan Intan, ibu kepada Iman Arissa.
"Ye mak, dah nak turun dah ni." Aku menyahut kalau tak sahut karang lagi kuat dia menjerit memanggil aku turun. Setelah memastikan rambutku kemas seperti yang aku kehendaki, aku pun segera menarik bagasi turun ke bawah. Kelihatan Remy di hujung tangga, "Mari, saya tolong angkatkan." Dia menawarkan pertolongan. "Terima kasih Awak." Kataku sambil senyum padanya.
"Ini saja ke barang yang awak nak bawak? " tanyanya.
"Haah, rasanya ini je. Barang-barang lain nanti boleh beli je, kot ada yang terlupa bawak kan." Ujarku sambil tersenyum.
Remy muda setahun dari aku sebenarnya. Aku dan dia telah 'bercinta' selama dua tahun dari menengah atas lagi. Aku sendiri pun tak pasti apa perasaan aku terhadapnya sebab aku tak pernah bercinta sebelum dia dan hanya dia yang berani meminta aku ber'pacaran' dengannya ketika itu. Mungkin kerana aku kelihatan seperti seorang nerd (walhal memang nerd pun) kerana itu kawan-kawan lelaki kurang berminat untuk bergaul dengan aku melainkan Remy. Entah apa yang menarik padaku yang membuatkannya tertarik pun aku tak tahu. Ibuku, dah tentulah dia suka. Lebih-lebih lagi Remy adalah anak kepada tauke pasaraya yang agak terkenal di kawasan aku tinggal dan Remy sangat disenangi oleh orang-orang di kejiranan kami atas sikapnya yang ringan tulang.
"Hah, cepatlah. Perjalanan kita ambil masa tiga jam lebih juga nak sampai sana tau. Tak masuk kalau ada emergency lagi." Makku berkata lalu masuk ke tempat duduk belakang. Setelah memastikan semua pintu berkunci, aku pun turut sama masuk ke dalam kereta.
Hatiku mula berbunga riang. Selama ni, aku tak pernah tinggal berjauhan dengan ibuku. Aku mula berfikir, bagaimanalah kehidupanku di kampus selepas ini..
Share this novel