02

Fanfiction Completed 4208

Kereta memasuki perkarangan kampus. Remy menolongku mengangkat bagasi dan berkata dia akan menunggu di luar sahaja. Aku mengangguk dan ibuku menemaniku ke dalam kampus untuk melihat bilik yang bakal aku tinggal selama 3 tahun setengah dan katanya nak berkenalan sekali dengan roommateku.
Ketika melalui sebuah pondok, kelihatan dua orang lelaki duduk berbual di situ. Salah seorang berambut panjang agak ikal paras bahu, berkulit cerah dan kelihatan seperti budak nakal jika dilihat dari penampilannya. Seorang lagi berambut pendek dan memang berbeza dari kawannya. Aku hanya memandang, lelaki yang berambut pendek senyum padaku dan
menganggukkan kepalanya, manakala yang berambut panjang hanya memandangku dari ekor matanya tanpa tersenyum. 'Dua personaliti yang berbeza ', ujarku dalam hati lalu membalas senyuman lelaki yang berambut pendek itu.

Aku dan ibu segera masuk ke dalam dan pergi ke pejabat pendaftaran untuk mendaftar. Syukur, aku dapat bilik di aras bawah. Jadi tak perlulah aku nak mengangkat bagasi ke tingkat atas.
Setelah selesai urusan pendaftaran, kami pun mula melilau melihat nombor di pintu bilik untuk mencari bilik yang bakal aku diami. Tak jauh pun dari pintu masuk tadi dan bilikku betul-betul menghadap pondok yang diduduki oleh dua orang lelaki tadi.
"Hai, awak mesti roommate saya," kata seorang wanita yang memakai tank top dan legging berwarna hitam. Rambutnya panjang bawah bahu Dan diwarnakan purple gelap, memakai celak hitam dan kening dan bibirnya memakai anting-anting.
'Tak sakitke?' namun hanya terdetik didalam hatiku.
"Hai, ye saya Rissa. Iman Arissa." Lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Saya Stella, gembira bertemu awak dan selamat datang ke MU, dimana dormnya sangat kecil dan partinya sangat besar. Awak mesti suka. " Dia tidak menyambut salamku tapi memelukku seperti sudah kenal lama.
"Ooh, saya memang macamni," ujarnya tertawa melihat aku dan ibuku yang berpandangan antara satu sama lain terkejut dengan reaksinya.

"Stella, lama lagi?" Tiba-tiba lelaki yang berapa di pondok tadi berada di luar tingkap bilikku.
Dia memandangku sambil berkata,"Hai, saya Danial. Awak mesti rakan sebilik Stella. Selamat berkenalan, ohh dan dia Ariz." Lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Danial melambai dan menunjuk lelaki disebelahnya yang dikenalkan sebagai Ariz tadi. Seperti biasa Ariz hanya memandang tanpa senyum.
Sekali lagi aku dan ibuku berpandangan. Pada hari pertama mendaftar, sudah ada dua orang lelaki berada di luar tingkap bilikku. Bagaimana hari-hari seterusnya?
"Saya dah siap, jap. Rissa, saya keluar dulu ya. Nanti kita jumpa lagi," ujarnya sambil tersenyum dan menghulurkan tangan kepada ibuku. Ibuku menyambut salamnya teragak-agak dan Stella melambaikan tangannya padaku lalu keluar dan menutup pintu.
Danial dan Ariz juga sudah berlalu pergi dari tingkap bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience