BAB 7

Mystery Completed 1682

Air wajah Cindai pula kelihatan sedih dan hanya tertunduk seakan menahan malu, menyedari akan hal itu wanita itu berdehem seakan cuba membetulkan anak tekak yang sudah longgar dek ketawa tak ingat dunia tadi lalu kembali menyambung perbualan semula.

“Yang sebenarnya Cindai ialah anak saudara mak cik. Dia sudah kehilangan ibu dan bapa dalam nahas jalanraya sejak setahun yang lepas. Sebab taknak dia keseorangan dan berasa sedih, mak cik sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah ke banglo ini. Cindai manusia biasa cuma dia istimewa sedikit kerana ada penyakit Albino di mana hampir 90% kulitnya bewarna putih dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kecuali biji mata tu je ha warna coklat. Kalau kamu nak tahu penyakit yang dihidapinya ini menyebabkan dia tidak boleh terkena cahaya matahari, risau jika terkena kanser kulit. Mungkin sebab itu dia hanya keluar pada waktu malam sahaja.’’ Ujar wanita itu, Cindai pula perlahan-lahan berdiri menuju ke dapur.

Selepas memastikan Cindai benar-benar masuk ke ruang dapur, wanita itu menyambung semula perbualannya, ‘’Makcik harap kamu berkawanlah dengan Cindai, bukan apa makcik kasihan tengok dia ni, dari kecil lagi dia sering diejek dan dipulaukan kerana perbezaannya itu.

Sebenarnya kalau kamu kenal dan bagi dia peluang, kamu akan dapat melihat dia gadis yang cantik dan memiliki hati yang sangat baik. Cuma disebabkan selalu diasiingkan buat Cindai memilih untuk bersendirian.’’

Aku terkesima masih cuba menguatkan diri untuk mempercayai apa yang baru ku dengar ini. Tidak lama kemudian kelibat Cindai keluar dari dapur, kulit mukanya yang putih melepak itu kini kemerah-merahan menahan malu.

Dia mengangkat dulang berisi tiga gelas air sirap dan sepinggan kuih lapis. Usai menghidangkan juadah itu dia lalu beredar meninggalkan aku dan wanita di hadapan ku yang merenung aku penuh dengan harapan agar aku dapat membantunya.

“Hai Cindai, nanti esok malam nak takk kalau aku temankan kau ke taman permainan?” tanyaku sedikit gugup namun langkah Cindai serta merta mati.

“Kau tak perlu risau ya, esok aku akan bawa kakak aku sekali dan kita akan ke Kafe paling hipster di kampung ni, di mana lagi kalau bukan di ‘Kafe Honeybee’. Esok juga aku akan kenalkan kau pada kawan-kawan aku, jangan takut mereka semua baik hati dan sama sekali tidak memandang rendah atau memperkecilkan orang lain. Apa yang penting esok juga aku akan ceritakan perkara sebenar kepada orang kampung supaya kampung yang kacu bilau dek salah faham ini akan kembali aman semula.’’ Ujar Cindai memandangku sayu lalu menghadiahkan aku sebuah senyuman yang manis. Selepas sekian lamanya, aku sudah boleh menghela nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience