BAB 4

Mystery Completed 1682

“Aku kurang percaya pasal hantu, tapi kalau pasal jin Aku percaya, sebab sudah termaktub dalam Al-Quran.” Dia kemudiannya meninggalkan Aku yang sudah bermandi peluh memikirkan keadaan Aku malam itu.

Aku berlari anak dan bila sampai pada basikal, terus Aku capai dan memecut seperti pelumba pecut yang sedang mengejar mata.

Jam di tangan sudah menunjukkan tepat pukul 12.30 malam. Peluh keletihan dan ketakutan bercampur menjadikan Aku bermandi peluh. Menghampiri kawasan permainan, basikal dikayuh agak berat kerana kawasan itu berbukit.

Hampir lima minit Aku ketakutan, seakan pundi kencing Aku menjerit minta dilepaskan. Bunyi burung hantu kedegaran menyihir suasana supaya semakin menakutkan.

Bila sampai sahaja di kawasan permainan itu, samar-samar kelihatan kereta BMW Datin Katie yang tersadai di lereng bukit. Bunyi riuh-rendah kedengaran, diikuti suluhan lampu suluh, beberapa motorsikal yang mengekori dan sekumpulan lelaki yang melaungkan “Allahhuakbar…Allahhuakbar!”

Sedikt lega namun kembali cemas bila kumpulan itu menuju laju ke arah Aku dan menjerit “Hantu..hantu..Bunuh dia!” Ketakutan menyebabkan Aku mengayuh laju, membelok dan menuju ke arah bukit.

Bila hampir pada sebatang pokok, Aku menyorong basikal dan bersembunyi. Aku kembali berfikir.

“Kenapa mereka mengejar Aku. Adakah Aku telah menyebabkan mereka salah faham?”

Sedang Aku memikirkan persoalan itu, terasa jari-jari sejuk menjamah bahu Aku, kaget dan kelu Aku. Sejurus itu kedengaran suara separuh berbisik yang menyebabkan Aku terjongkok ke hadapan.

“Tolong aku! Tolong hantar aku pulang. Mereka mengejar aku. Kalau kamu tidak tolong mungkin aku dibunuh mereka.”

“Han..” Belum sempat menjerit, tangan sejuk itu telah menutup mulut Aku. Dengan keberanian yang tersisa, Aku menoleh ke belakang dan sisa kekuatan itu surut tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience