BAB 1

Mystery Completed 1682

Sejak kebelakangan ini, aku sudah tak berani untuk berpeleseran di waktu malam sampaikan nak ke kedai runcit Makcik Timah kat seberang tu pun aku takut tahap meremang bulu tengkuk padahal kalau ikutkan dulu aku selamba saja berjalan ke kedai tu setiap kali teringin nak beli jajan ke ice cream kea tau apa saja di saat-saat memerlukan.

Apa yang aku rasakan itu bukan aku sorang sahaja rasakan bahkan ia turut dirasai oleh hampir semua penduduk kampung. Hal ini terjadi sejak beberapa bulan yang lalu selepas rumah banglo di hujung kampung ini dihuni semula.

Berpuluh orang pandai agama seperti ustaz dan imam dijemput untuk memagar dan menawar kawasan kejiranan yang dulunya aman damai ini namun beberapa hari kemudian pasti ramai yang akan melihat kelibat hantu itu datang semula.

Kini kampung yang dulunya riuh dengan aktiviti anak-anak desa, berpeleseran dengan deruman motorsikal kapcai sudah tak lagi kedengaran, Jemaah surau juga semakin berkurangan menghadiri kuliah dan solat maghrib, dah macam Jemaah masjid lebih takutkan kelibat itu daripada Allah SWT.

Kampung ini tak ubah macam padang jarak padanng tekukur, sunyi sepi usai saja matahari berselimut awan gelap.

Para suri rumah akan keluh- kesah jika anak-anak mereka masih belum pulang menjelang petang tidak kurang juga anak-anak yang dikurung.

Lebih hebat para wartawan berpusu-pusu berkampung berhampiran taman permainan yang dikatakan berhantu itu, namun, hantu yang ditunggu tidak muncul-muncul menyebabkan mereka hanya bertahan selama tiga hari sahaja di situ. Cerita itu senyap tanpa noktah akhirnya.

Malam itu, ketika hujan renyai-renyai, bulan mengambang penuh dan suasana yang kebiasaannya sunyi pecah kerana jeritan garau seorang wanita. Aku dan orang-orang yang sedang bersantai di ‘Kafe Honeybee’ menjerlangkan mata masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience