Completed
1682
Hantu putih itu merenung Aku dengan pandangan yang menakutkan. Gaun kembang putihnya kelihatan sepadan dengan rambut putihnya. Hantu itu sedang memegang seekor patung beruang hitam.
Aku hanya memerhati, hendak membaca surah tetapi lidah telah bertukar kelu, mungkin nyawa Aku bakal berakhir malam ini. Ketika inilah Aku teringatkan solat yang masih belum diganti dan benarlah janji Allah bahawa maut itu tidak akan lewat, atau cepat walau sesaat.
Hantu putih itu mencangkung di hadapan Aku kemudian kembali merintih mengharap belas daripadanya. “Tolong aku! Hantarkan aku pulang jika tidak mereka akan bunuh aku.” Entah bagaimana keberanian Aku kembali dan terus bertanya. “Siapa tuan kamu? Di mana rumah kamu?
Hantu itu menjawab pantas. “ Aku tinggal di rumah agam hujung perumahan ini bersama keluarga.” Dia diam, kemudian kembali berkata. “Aku janji tidak akan kembali lagi ke taman permainan ini.”
Tanpa disedari atau mungkin kerana terlalu takut Aku bersetuju untuk menghantarnya pulang. Namun di dalam hati, Aku begitu menyesal kerana telah bersepakat dengan jin dan tentunya perbuatan ini akan dimurkai Allah. ‘HATI AKU BERDETAK LAJU’
Beberapa kali Aku cuba bangun dan akhirnya berjaya, namun kaki Aku masih menggigil. Hantu putih itu membonceng basikal Aku.
Beberapa orang penunggang motosikal hampir kemalangan akibat terkejut bila menyedari ada hantu sedang membonceng basikal Aku.
Sampai di hujung jalan, Aku membelok ke kanan. Hantu putih itu kemudian bersuara, nada suaranya dalam dan suram. “Kamu salah jalan. Rumah aku di depan, berhampiran pohon beringin itu.” Tangannya di angkat dan di arahkan pada pohon beringin. Aku bersuara laju. Risau, jika hantu putih itu marah.
“ Tadi kita sudah terserempak dengan beberapa orang, Aku risau jika mereka sudah menunggu kamu berhampiran pokok beringin tua itu. Kita guna jalan belakang, lebih selamat.”
Share this novel