BAB 3

Spiritual Completed 1011

“Ya, Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku yang telah lalu, dosa-dosakuhari ini dan juga dosa-dosaku yang akan datang. Dosa-dosa yang kelihatan ataupun yang tersembunyi.” Haniff bermuhasabah, menginsafi diri. Seketika kemudian, ingatannya kembali semula ke masa lalu.

“Kiri, kanan, kiriii…kiri, kanan, kiriii…”

“Hoi, awak tu, kenapa kaki tak sama gerak. Bodoh!, macam pondan!, Berapa kali saya dah cakap hah…tak reti-reti lagi.” Koperal Rejab menengkingnya bila dia melakukankesalahan di padang kawad yang panas membahang.

Dia yang baharu beberapa hari keluar dari bilik detoksifikasi terasamual, pitam dan mahu rebah. Maklumlahbaru sahaja keluar dari proses membuang gian, tubuhnya masih lemah.

Fikirannya menerawang lagi, umpamasebuah enjin projektor yang menyuluh sekeping layar putih.

“Lari!, lari!, Pusat dah terbakar!”, Jerit beberapa orang rakannya yangmengambil kesempatan meloloskan diri dengan memanjat pagar dari suasana kelamkabut.

Haniff tahu perbuatan khianatitu sudah dirancang oleh beberapa kumpulan ‘abang senior’ yang tidak berpuashati dengan pentadbiran pusat pemulihan itu. Mereka adalah penagih tegar yang sukar dipulihkan.

Bukan itu sahaja, banyak lagi memoridi pusat pemulihan yang masih kuat terpahat diingatannya. Sudah dua kali dia menjalani rawatan danpemulihan di pusat pemulihan.

Diasendiri mengakui, sukar untuk melupakan dadah yang dianggap kekasih khayalan itu.

Sepanjang menjalani proses pemulihan, Haniff dapat menyaksikan ada rakannya yang mati akibat penyakit Aids, cedera akibatbergaduh, melarikan diri, isteri memohon cerai, keluar pusat secara sembunyi untuk mendapatkanbekalan dadah dan sebagainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience