BAB 1

Spiritual Completed 1011

Imam menyudahkan doa solat subuh danmeraup kedua tapak tangan ke wajahnya. Makmum yang tidak sampai satu saf menuruti. Usai solat, para jemaah segera bersalamandan masing-masing mahu bergerakpulang.

Hanya beberapa orang jemaahtermasuk Imam masih beristiqamah dengan meneruskan wirid dan membaca Al Quran di dalammasjid.

Suasana pagi itu sungguhhening. Hanya sesekali kedengaran bunyienjin motorsikal penduduk melalui jalan di hadapan masjid An Nur, Bukit Beruntung.

Haniff masih berteleku di atas sejadah. Dia memanjatkan doa agar dosa-dosanya diampunkan. Doa untuk arwah bapanya, ibu serta rakan-rakannya juga dipohon.

“Tak balik lagi Haniff ?”

“Sekejap lagi Pak Imam.”

Dua orang jemaah subuh menjeling. “Alah, baru keluar pusat pemulihan, adalah tu yang di planningnya.” Ujar Pak Azad.

“Tak baik cakap macam tu Pak Azad. Lebih-lebih lagi di dalam rumahAllah ni.” Ujar Imam Ahmad.

“Di mana lagi dia nak tunjuk ‘wayangnya’ tu. Hah kat sinilah!. Di depan kita semua”, tokok Haji Nuar, menambah rasa pilu dihatiHaniff. Imam Ahmad hanyamenggeleng-gelengkan kepala sambil beristighfar.

“Takkan Pak Imam nak percaya padabudak tu. Dah dua kali masuk pusatpemulihan”, potong Pak Azad.

“Betul tu Pak Imam. Ini dah sebulantercongok di kampung kita ni. Kerja taka da. Nanti ada pula harta benda orangkampung yang hilang”, sokong Haji Nuar. Diamengerling kearah Haniff dengan perasaan meluat.

Haniff masih dengan perlakuannya, bermunajatke hadrat Ilahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience