BAB 7

Spiritual Completed 1011

“Haniff nak bawa balik barang-barang ni semua untuk dicuci. Cuba kamu periksa, dia dah buat tempatmencuci dan ampaian di belakang rumahnya. Malah Haniff sanggup mengambil kain pelikat, sejadah dan telekung kegunaan orangramai di surau-surau, masjid dan di hentian rehat sekitar daerah kita ni. Dia dah minta kebenaran untuk lakukan semuani. Malah dia lakukan secara sukarela. Cuba kamu semua fikir, dia nak buat apadengan semua ni?. Ada ke orang yang nakbeli sejadah, kain pelikat dan telekung terpakai?”

Syaiful dan rakan-rakannya berasa serba salah. “Maafkan kami Haniff. Kami terlalu ikutkan perasaan.”

“Tidak mengapa. Saya sedarbeginilah nasib seorang bekas penagih. Buat baik dipandang serong apatah lagi buat perkara yang salah. Saya redha atas ketentuan Ilahi. Kepercayaan masyarakat kepada golonganseperti saya memang tipis. Bak kataorang kami ini umpama sudah menjadi ‘bangsa’ lain, bangsa penagih”, Haniff meluahkan perasaan.

“Janganlah berkata begitu. Kitasemua sama sahaja di sisi tuhan kecuali amalan yang dilakukan”, potong Bilal Kassim.

“Kenapa kamu lakukan semua ni. Banyaklagi kerja yang boleh kamu lakukan?” Soal Syaiful.

“Saya merasakan kerja amal seperti ini umpama mencuci segala dosa saya.”

Dalam kesakitan Haniff mengucapkan terima kasih kepada Bilal Kassim sambil menadah tangan memohon doa agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Syaiful dan rakan-rakan berasa malu dan insaf.

Haniff berharap ada orang yang membantu dan menyokong usahanya. Dia berharap agar ada sinar yang terangu ntuknya di masa hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience