BAB 2

Spiritual Completed 1011

“Pak Aji, Pak Azad, niat orangkita tak tahu. Allah lebih mengetahui. Apa pun yang dia lakukan,biar Allah sahaja yang menilainya.” ImamAhmad tidak mahu perbualan itu berlarutan. Dia menapak ke tangga masjid mencari seliparnya.

“Jangan diangkutnya tabung masjid tu sudahlah”, bisik Pak Azad ke cuping telinga Haji Nuar. Mereka berdua beriringan keluar ke pintumasjid. Langkah kaki mereka diiringidengan mulut celupar yang masih berbunyi. Air mata Haniff bergenang.

Selesai berdoa Haniff mengensot ketiang masjid, menyandarkan tubuhnya. Jemaah terakhir sudah pulang. Diperhatinya suasana di dalam masjid. Begitu indah, nyaman dan mendamaikan jiwa.

Kenangan masa lalunya berputar. Dahulu di antara saf-saf itulah dia seringmengikuti arwah bapanya mengerjakan solat berjamaah. Sehingga remaja dia masih taat kepada keduaibubapanya dan juga perintah Allah.

Namun entah macam mana dia terpengaruh dengan rakan-rakan yang terlibat denganpenagihan najis dadah.

Selepas itu bermulalahepisod buruk di dalam hidupnya. Keranadadah dia rela melakukan apa sahaja. Malah dia pernah meragut, mencuri, pecah rumah malah sanggup menipu ibudan bapanya yang sedang sakit.

“Ayah, ibu, maafkanlah aku. Aku sangatberdosa pada mu.” Haniff bermonolog. Dia kesal kerana akibatperbuatannya ayahnya jatuh sakit.

Keranadia juga ibunya sanggup mengikat perut untuk membeli ubat-ubatan, mengumpulduit tambang dan duit belanja untuk melawatnya semasa dia di tahan di pusatpemulihan.

Kerana dia jugaadik-beradiknya menjauhkan diri. Ketika ketagihannyasemakin teruk dia bersepakat dengan rakannya memecah masuk rumahnya sendiriuntuk mencuri wang simpanan ibunya.

Akibatnya bapanya yang menghidap barah meninggal dunia tanpa sempat menjalanipembedahan.

Kekesalan bertamudihatinya. Sungguh tabah ibubapanyamenghadapi dugaan hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience