BAB 12

Romance Completed 18657

Hari itu cuti sempena hari wilayah. Di rumah hanya tinggal Hanafi. Azri outstation di Sabah. Hakim pula seperti biasa, sibuk dengan bisnes kateringnya.

Disebabkan kebosanan yang melampau, Hanafi mengajak seseorang untuk keluar. Lantas menghantar pesanan ringkas kepada seorang rakannya.

"Athira jom keluar. Bosanlah kat rumah sorang-sorang"
"Ok. Jumpa kat mana?"
"Teman aku tengok wayang? Ada cerita best baru keluar"
"Ok juga tu. Tapi sebelum tu teman aku pergi makan boleh? Teringin nak makan stimboat. Jumpa kat Johnny's?"
"Ok. See u there"

Hanafi terus bersiap.

Di restoran stimboat Johnny's.

Athira sudah sampai lebih awal. Hanafi lambat beberapa minit disebabkan jarak rumahnya ke situ agak jauh.

"Banyaknya kau pesan?" Hanafi terkejut melihat banyak mangkuk stimboat di atas meja.

"Aku laparlah. Hari ini aku belanja"

"Terbaik! Tiket wayang nanti aku pula yang belanja" Hanafi berkata.

Mereka menjamu selera bersama. Beberapa minit kemudian, hampir semua isi mangkuk stimboat habis dimakan.

"Kenyangnya. Aku dah tak larat ni. Kau habiskan semuanya ya, Hanafi" Bicara Athira yang tercungap-cungap kekenyangan.

"Aku pun dah tak larat nak masuk ni?"

"Tak apalah. Kita rehat kejap" Athira tersengeh.

"Tira, aku sebenarnya dah lama nak tanya tentang satu perkara ni"

"Apa dia? Tanyalah"

"Fasal Ariana"

"Tentang apa?"

"Kenapa dia tolak lamaran Hakim. Lepas tu kahwin dengan orang lain. Datuk pula tu"

"Aku rasa kau pun tahu kenapa dia tolak lamaran Hakim dulu"

"Sebab dia nak buka syarikat sendiri?"

"Ya. Sebab itu juga dia kahwin dengan Datuk Hisham"

"Jadi dia menggadaikan cinta untuk penuhi impian sendiri?"

"Lebih baik dia menggadai cinta dari menggadai maruah"

"Maksud kau?"

"Datuk Hisham mahu jadikan Ariana perempuan simpanan. Tapi disebabkan tak mahu menggadai maruah, dia terpaksa berkahwin dengan Datuk walaupun menjadi isteri nombor dua" terang Athira. "Kau ada baca surat khabar minggu lepas?"

"Tak. Apa kaitannya?"

"Datuk Hisham meninggal dunia disebabkan serangan jantung"

"Apa? Hakim tahu perkara ni?" soal Hanafi.

"Fasal kematian Datuk tu aku tak pasti. Tapi kalau sebab Ariana kahwin dengan Datuk Hisham dia memang tak tahu. Kau seorang sahaja yang tahu"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience