BAB 8

Romance Completed 18657

Di majlis perkahwinan Ariana.

Kelihatan begitu ramai sekali jemputan yang hadir. Ada juga beberapa orang kenamaan yang turut hadir. Persandingan dua mempelai itu diadakan di sebuah hotel di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

"Aku rasa lelaki itu mesti kaya" Bicara Azri sambil mencari meja makan mereka.

"Itu sudah pasti. Takkan kau tak perasan nama pengantin lelaki tu ada 'Datuk'?" Hanafi menyambung.

"Yakah? Tak perasan pula aku. Tak sangka pula Ariana ni mata duitan" kata Azri pula.

"Korang berdua ni nak makan ke nak mengumpat? Orang dah jemput ni, cubalah doa yang baik-baik" Hakim tiba-tiba bersuara seperti ingin mempertahankan Ariana.

"Azri, Hanafi! Eh, Hakim ada sekali?" tiba-tiba satu suara menegur mereka.

"Tira! Kau baru sampai ke?" Tanya Azri kepada gadis yang menyapa mereka itu.

"Dari semalam dah datang. Aku jadi mengapit Arianalah. Korang dah makan?"

"Belum. Dari tadi cari meja tak jumpa" Bicara Hanafi yang sudah kelaparan.

"Sini. Mari aku tunjukkan" Athira menarik tangan Hanafi.

Sampai di meja makan mereka meneruskan perbualan. Sudah lama mereka tidak berjumpa semenjak tamat pengajian dahulu.

"Macam mana kau kenal Ariana?" Soal Hanafi.

"Aku dengan Ariana rakan sekerja. Cuma lain jabatan sahaja. Kami dah rapat macam adik beradik. Rahsia dia semua ditangan aku" Athira menjawab pertanyaan Hanafi. "Hakim, aku tak sangka pula kau datang" tiba-tiba dia menyoal Hakim yang sejak dari tadi mendiamkan diri.

"Ariana kawan aku juga" Jawab Hakim ringkas. Saat itu, Azri dan Hanafi saling berpandangan dan memberikan senyuman sinis. Mungkin ingin memerli Hakim.

"Tak apalah. Korang makan dulu. Aku kena bersiap. Kejap lagi pengantin nak bersanding" kata Athira lantas beredar.

Tak lama lepas tu, kelihatan pasangan pengantin masuk ke dewan hotel. Begitu berseri-seri Ariana dan pasangannya.

"Lelaki itu" Hakim tiba-tiba bersuara.

"Kau kata tak kenal lelaki itu?" Soal Hanafi.

"Aku macam pernah nampak. Tapi aku lupa dekat mana" jawab Hakim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience