BAB 2

Romance Completed 18657

Beberapa bulan sebelum itu.

Di sebuah majlis persidangan perniagaan antarabangsa. Lokasinya di Ibu Kota Kuala Lumpur.

"Hai, saya Hakim" sambil menghulurkan tangan kepada seorang gadis dihadapannya. "Cik Ariana kan?"

"Ya, itu nama saya. Kita pernah berjumpa ke?" Ujar gadis itu.

"Pernah. Saya sempat mendengar Cik Ariana berucap di dewan tadi. Hebat awak berucap. Cadangan Cik Ariana sangat bernas semasa menyampaikan ucapan. Pelabur yang ada pasti tertarik" Hakim memuji.

"Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai jurucakap jenama Secret Beauty. Kami menyasarkan untuk mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa tahun hadapan"

"Saya dengar Secret Beauty mahu mencari pembekal bagi susu kambing?"

"Ya. Susu kambing sangat popular dalam produk kosmetik suatu ketika dahulu. Jadi menjadi hasrat kami untuk memperkenal semula produk berasaskan bahan tersebut kepada pengguna. Disebabkan pasaran kami yang semakin besar, pembekal sedia ada tidak mampu menyediakan bekalan dalam kuantiti yang banyak" Terang Ariana panjang lebar.

"Kebetulan pak cik saya merupakan penternak kambing terbesar di daerah Batu Pahat. Mungkin saya boleh berbincang dengan pak cik saya untuk membekalkan susu kambing kepada Cik Ariana" Bicara Hakim. "Cik Ariana nak makan apa? Saya ambilkan. Syarikat kami hari ni menyediakan makanan dari timur tengah"

"Kami? Jadi..."

"Bukan. Saya hanya pekerja. Pak Cik saya pemilik syarikat ini" Hakim memintas kata-kata Ariana. "Kalau syarikat Cik Ariana menggunakan kambing sebagai produk kosmetik, kami menggunakan kambing sebagai makanan!" Hakim cuba melawak.

Perkenalan singkat itu menjalinkan pertalian perniagaan antara mereka. Selepas itu mereka sering berurusan. Sama ada dalam urusan bisnes atau bukan bisnes.

Sikap Ariana yang sangat bersungguh-sungguh dalam perniagaan menarik minat Hakim. Dari dahulu lagi dia mencari gadis yang mampu memahami kerjayanya dalam perniagaan. Dan dia merasakan Ariana calon yang paling layak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience