BAB 5

Romance Completed 18657

Suasana di kawasan rekreasi popular yang terletak di pinggir ibu kota pada malam itu sedikit terang. Bulan mengambang. Di tambah pula dengan pantulan cahaya dari air tasik buatan itu.

Hakim duduk di kerusi berdekatan dengan tasik. Masih menunggu Ariana. Beberapa minit kemudian Ariana muncul dari arah belakang.

"Kenapa awak beria-ria sangat nak jumpa saya malam ni? Esok tak boleh ke? Tadi nak jumpa di restoran, sekarang di tasik. Apa yang awak nak beritahu sebenarnya?" Ariana terus menghujani Hakim dengan soalan.

"Restoran dah tutup" Hakim tidak mahu membuang masa lagi. Lantas mengeluarkan kotak cincin dari saku seluarnya. Tapi malang, kotak berbentuk hati itu terjatuh. Sekali lagi kejutan yang ingin diberikan gagal.

Ariana yang masih berdiri, melihat kotak tersebut. Kebetulan kotak itu jatuh tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia mengambilnya.

"Apa ini?" Soal Ariana. Dia membuka kotak tersebut. "Cincin? Awak nak melamar saya ke?" Ariana tergelak kecil.

"Ya. Sudikah awak..." belum sempat Hakim menghabiskan ayatnya, Ariana memotong kata-kata Hakim.

"Selagi impian saya untuk membuka syarikat sendiri tidak tercapai, saya tidak akan kahwin" Terang Ariana.

"Ya. Kita punyai impian yang sama. Kita boleh buka syarikat bersama"

"Target bisnes kita berbeza, Hakim. Awak makanan dan katering, saya pula kosmetik dan kecantikan. Langsung tiada kaitan!" Ariana meninggikan suara. "Saya minta maaf. Saya tak boleh terima lamaran awak. Belum masanya lagi. Saya belum bersedia"

Ariana terus meninggalkan Hakim keseorangan. Hati dan perasaan Hakim pada malam itu bagai dicucuk-cucuk dengan jarum, ditikam dengan pisau dan dibelah dengan parang! Sudahlah makan malam yang dirancang tidak menjadi, kini lamarannya pula ditolak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience