BAB 1

Horror & Thriller Completed 563

AZWA, seorang samseng yang bekerja dengan lintah drat. Kegiatannya dilakukan dengan penuh berhati-hati. Adakalanya Azwa berkeras dengan pengnutang hingga menyebabkan kecederaan.

Azwa tidak sesekali memberi muka kepada pemiutang. Dia tidak pernah gagal mengutip hutang dari penghutang yang dicari. Azwa sentiasa mendapat pujian dari ketuanya. Azwa akan tersenyum bangga.

“Mr. Amar Asyraf…” Bahu seorang lelaki dicengkam kuat dari belakang.

Lelaki yang dipanggil namanya itu menoleh. Wajahnya berubah menjadi pucat.

“Enci Azwa, berilah saya satu minggu lagi.”

Azwa mengoyang-goyangkan jadi telunjuknya sebagai isyarat ‘tidak’ kepada lelaki tersebut. Tempoh sudah diberikan. Harap muka kacak dan bergaya tetapi hutang dibayar tidak mengikut tempoh. Mahu tangguh-tangguh pula.

Azwa bersiul-siul mengira wang yang berjaya dikutip. Lelaki berpakaian pejabat itu hanya mampu melihat langkah Azwa beredar dengan wang miliknya. Jika dia melawan maka habuannya adalah buku lima. Dia tidak sanggup mukanya pecah ditumbuk oleh Azwa. Salahnya juga kerana meminjam wang dengan lintah darat.

Seorang makcik kelihatan sedang memangku mangkuk tingkat dengan kepala yang menunduk. Kain yang direntangkan tiada dilihat apa-apa barang jualan di atasnya. Kosong? Azwa kerut dahi. Barangkali makcik itu peminta sedekah tetapi tidak ada seorang pun manusia yang lalu-lalang di hadapannya menghulurkan duit kepada makcik berkenaan.

Simpati pula Azwa melihatnya. Lantas dia merapati makcik itu. Azwa menghulurkan wang lima puluh ringgit. Makcik itu hanya menundukkan kepalanya. Azwa hairan.

“Sedekah untuk makcik,” ujarnya lembut.

Makcik itu menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience